Tuesday, March 31, 2009

Benjol!

Smlm terhantuk kat meja..
Sangat sakit..
Blur kejap (dah la lately mmg blur)..
Skrg... kepala benjol.. beso telur puyuh..
Sakit.... uwaaaaaaaaaaaaa!

Friday, March 27, 2009

Short notes ~ Sungai Tengkala



~ mmg dr awal planning gathering kami ni berubah2. kejap nak buat itu, ini. last2 masa alin tunang, kitorang decide to berkelah kat tengkala mcm bertahun2 dulu tu.. horeay!!! i missssssssss it!

~mlm tu lepak kat Little Island @ sungai ramal dalam. aku tatau kewujudan tempat tu. da byk sgt berubah dah. aku dah warning dorang ni. kalau nak lepak, sila cari tempat yg org x pedulikan kita. sebab kitorang ni kalau da bkumpul, mmg gelak tak hengat. sesilap org yg tgk mmg berbulu! nak2 pulak bila dpt zida yg blur tu. ayat sume tunggang terbalik. and silap menggunakan perkataan.. sapai 1 tahap kitorang gelak, org sume ejek kitorang gelak. well... soriiii

~ mlm tu krame jd ustazah. kitorang bukan je bercerita hal memasing, tapi gossip artis. lepas 1-1.. termasuk hukum hakam. ustazah rohimah... erk!

~ oleh sbb ramai yg tido umah zidah, aku x joinla. aku tido umah kak nuin je. ala... sekangkang kera. tp dah janji pg2 bangun. sbb kalau bole nak gerak 7.30. gila pagi kan???

~ pg2 aku da msg sume tanya da bangun k blum. krame x reply. nasib baik tini jawab.. da... tgh buat sandwich ni.. gud..

~ alin lambat sampai. si min pulak suh tunggu kat tengkala je. sementara tunggu alin, pi beli nasik lemak. oopppss... bukan nasik lemak.. tapi apai kata "makcik lemak".. mua a a a! mmg aku gelakkan apai kaw2!!!

~ sampai tengkala awal... very da syiok sbb x ramai. dpt port yg dulu! seronok sgt!!!! gila syiok. asik gelak je.. i guess i gelak tooooooo much! sampai sakit kepala..

~ dulu selalunya bila g berkelah, aku x mandi. aku akan dok tepi amik gambo. rileks layan jiwang. sbb aku agak takut air. tp kali ni... xde takut dah.. mmg aku terjun je sekali!

~ kat tempat mandi tu, ada batang kayu yg mmg dah bertahun merentang air terjun tu. dulu dalam lg tempat tu so bole buat terjun tiruk. apai ngan alin blaja summersault kat situ la. dorang plak dtg idea nak bergayut sambil main kepit2. yg kalah kompem akan terlucut dan jatuh. org sume main kepit, alin main tendang! sampai arini perut aku berbekas! kena tendang ngan alin! ampehssss!

~ main "cap kelicap kelicap cap cap"... korang tau ke? hahahha.. ala yg dok ikut org sebelah buat tu. sapa salah dia dikira kalah dan keluar dr group. kairin x pandai main.. and sampai sudah dia tak reti main. hahahhahah.. kesian btul bakal pengantin. tapi main kepit teror!

~ makan dan makan dan makan... gelak dan gelak dan gelak... bergambar dan bergambar dan bergambar.

~ ada pulak yg buat percubaan nak merampas tempat.. tp sorry... kitorang punya ok.. hehehhe.. tp akhirnya da tengah ari tu kitorang kalah apabila ada 1 group india yg dtg and sesuka hati mengacau tpt kitorang. sgt ampehs!!! naisb baik da puas mandi.. kalau tak.. mmg aku gadoh ngan india tu!

~ blk lunch kat ayam penyet bangi. sgt tak best ok! zida... kita pangkah tempat tu... next time no more ayam penyet... tq!

~ balik yg sgt penat, sume pakat tdo.. aku da rasa nak demam..

~ bila bersurai.. rasa puas hati sgt. ntah bila lagi nak mcm tu.. gonna miss u guys... next gath, bulan 5. masa kairin kawen.. emmm..... lepas sorang2 nak kawen..

~ akibat dr mandi sungai yang melampau, kak aini anta aku pi klinik kol 1 pagi... erk... aku muntah, demam, cirit birit. hasilnya... 1 lagi mc yg aku dpt. :)

Short notes ~ Alin's enggagement.


~ First time tgk alin make up dengan rambut yg vogue.. she's look cute as usual...

~ gathering yg sgt best! sume yg penah dok serumah (atau menumpang dirumah) muncul! kecuali apai yg sampai petang x muncul, sampai krame cabut kelopak rose sambil sebut i hate min (min lambat tp dtg jugak), i hate apai, i hate min, i hate apai.. akhirnya kelopak rose tu tunjuk.. I HATE APAI. hehehehehe..

~ Krame, zida, nana, As (bertahun x jumpa as, anak dah 2 ok! sgt ibu2) ima (dtg dr langkawi semata!) together with kairin, tini.. perghhhhh mmg havoc. masuk pulak si bad. mmg happening!

~ alin mintak duit mas kawen dia 307. sbb birthday dia 30 aribulan 7. mengadaaaaa!

~ first time jumpa shahril (alin's fiance tu). ada taik lalat kat pipi yg sama ngan alin... kuat jodohnya..

~ first time alin x terkinja2 nak bergambar. almaklumla... majlis dia kan.. tp yang paling best, punya la sibuk sume nk bergambar... sampai PATAH KATIL alin kami kerja kan. ooopssss! alin, ko nak kawen kena beli katil lain. nasib baik kitorang da test dulu. kalau time ko da kawen and ko guna katil tu utk "ohek ohek" tak ke naya? hahahahhha!

~ masa mak mertua sarung cincin, muka alin sgt cuak! hahahahha... x penah tgk muka dia camtu! tp kejap je.. da siap tu dia kembali lah terkinja2! hehehehehhe!

* cik kairin, mana gambo???

Sunday, March 22, 2009

The best weekend...

Byk yang jadi within this few days.... ada yang buat aku blur sampai arini.. ntah.. tatau cemana nak explain. tak tau cemana nak react. should i smile because terasa mcm "menang" or apa nak act..

Weekend yang happening! alin dah selamat bertunang. kitrorang gathering reramai... sgt happy!!! nnt later2 la update.. sekali gambo ye.. owh.. x lupa jugak.. g sungai tengkala! sgt best!!!! sgt penat!! puas hati! :)

rindu la plak ngan anak2 tiga org. next week la baru balik. emm... esok mayb try balik umah sendiri lagi. hopefully da bole dok sensorang tanpa perlu melalak!

Friday, March 20, 2009

Cute2u....

Hape jadah cute2u? cerita nya camni.. kak nuin nyer anak buah (ke kazen ke?) mintak kak nuin buatkan email utk dia.. dia nak camni.. namadia_cute2u@yahoo.com. hahahah.. sgt comel ok! so since that kitorang asik la membahasakan nama kitorang ni as nuin_cute2u, yaya_cute2u, casriena_cute2u.

bbudak skolah kan... camtu la... hehehhe..

Thursday, March 19, 2009

Perah sampai kering!

Actually aku rasa smlm tu cume gangguan perasaan je.. aku pun TERLUPA yang dia tu tinggalkan aku mmg untuk betina lain.. so agak sentap la kan.. tp cm pikir balik.. mana bole aku suffer tp dia happy. adoiyaiiii...rina rina... tak worth langsung la. free je kena marah ngan ayu smlm..

Urghhhhhhh!!!!!

Wednesday, March 18, 2009

Bahagia atas airmata org lain..

I'm home.. On my own bed. Tak sangka aku balik jugak. Mmula ok, I tot tat I'm tough enuf. Tapi... Menangis jugak akhirnya..

Aku ingat aku kuat.. Tp bila aku tau ada org jumpa fareez tak guna tu dgn gf baru, aku rasa hati aku sakit.

Bahagia ke atas airmata org lain? Mungkinla kot. tp tuhla. Aku pun silap dulu. Bukan tak tau dia mcm mana. Mmg merosak anak org je kerjanya kan. Tp ntah mcm mana aku mmg terblind kejap and hanyut sekejap.

Aku rasa sgt sakit. Tapi aku harap sakit ni tak lama.. Aku x aniaya org mcm mana dia aniaya aku. Aku x sakitkan org mcm mana dia sakitkan aku. Aku percaya sesuatu yang lebih baik tersedia utk aku..

Ya Allah, aku mohon kekuatan mu.. Amin..

Resume ku corrupt...

Sila abaikan entry ptg td tu coz the fact is, i'm still at kak nuin and yaya's place. esok ada interview. wish me luck! i need new environment.. new life..

kenapa aku kat sini lg? hahahhaah.. td petang b4 opis hour abis, aku nak update and print resume. ttiba corrupt! tgk jam dah dekat 5.30. opis tu da la tutup ngam2 timing nya kan. aku pun blur. kalau aku balik umah, aku x dpt nak buat resume tu. aku ngadu ngan kak nuin. kak nuin kata, balik umah dia, buat resume, pastu pi intebiu.

uhuks.. ok.. tp kan, awat la plan nak balik ni tak menjadi2... maybe Allah tak bagi aku balik umah lg kot sbb DIA tau apa akan jd kat aku. or maybe aku lum ready. tu sbb mcm2 halangan. or mcm ayat kak nuin td " sebab tuhan tu tau yang rina akan lari tgh malam.." ampehs.. gelakkan sy eh akak.. huh! MENCI!

hopefully interbiu esok elok2 aje... kalau dpt keje lain means number celcom aku tu will gone. and F bukan nama sebenar tak dpt call aku lagi (even aku da tak pernah pickup or reply). itu yang lebih baik.. takpe.. number maxis hanya kengkawan yang tau.. (aku pun tak tau mcm mana aku boleh senekad ni)

Tuesday, March 17, 2009

Tak terbalas...

buat masa skrg, pada jam 1.54 ptg, aku buat keputusan utk pulang ke rumah sendiri..
hopefully sambil drive balik ptg nnt aku tak meraung..
tak melalak... mahupun menangis!

Kak nuin ckp pg td, kalau tak boleh, jgn la balik lagi..
Akak.. sy nak balik.. sy cuba..
kalau tak sampai bila pun sy mcm ni..
nnt kalau x tahan sgt, sy lai umah akak tgh malam eh?

Kak nuin and yaya.. thank u so much for being with me, during my hard time. thank u so much.. tak terbalas.. :)

Monday, March 16, 2009

Dugaan lagi..

Dugaan blum abis... putus cinta da berjaya diatasi 60% (kot)
Tapi dugaan kerja ni blum settle..
I'm looking for a job..
So... Wish me luck..

Insya Allah..

Friday, March 13, 2009

Penang Trip - Day 3

Bangun Pagi yang sgt lambat.. aku sedar2 dah dekat kol 11.. turun bawah terasa malu! hek hek hek.. anak dara hape bangun kol 11 ni.. dah la kat umah org kan?? hek hek hek.. sadis! kat bwh atas meja da tersedia lauk tgh ari ok... isk! sgt malu..

Again, i tried to call Mujahid (bukan nama sebenar.. ada gak aku tersasul tulis nama betul dia ni kang.. lain mcm je jari nih!) he didnt pickup and reply. dah la mamat ni nak menghilangkan diri. damn.. time ni mmg aku blur. apa yg salah tatau.

Dia tak suka aku dtg ke, or dia rasa aku menyusahkan?? or tak suka emac ngan suraya dok bagi soalan "kedu" kat dia? or dia xleh nk deal dgn diri sendiri bila dgn aku? aisyiooooo! wateva it is.. ckp la kan... sampai aku anta msg kat dia, no wonder within this 6 yrs, dia dtg dlm idup aku and touched my heart so many times then dia GONE! aku da depan mata pun dia bole gone.. marah ni..!

hemm... tensi! dah la aritu nak balik dah. and dia bg harapan kat kitorang ni nak jenjalan kan.. sampai sudah kami x dpt pi bukit bendera tau.. pg tu aku makan sekali tgh ari.. emac masa sampai umah suraya 2 ari lepas, dia timbang berat dia kat situ tau. last day ni dia timbang lagi. dia telah berjaya menambah 2 kg!! adoiyaiii... gilo..

Tgh ari kitorang klua, mmula pi beli jeruk kat jeti. then naik ferry pi pulau.. kitorang nak cari souvenir yang ada tulis penang.. tapi tatau kat mana. suraya bwk pi jusco queensbay. tapi cam xde menda pun kat situ. kitorang dah target da nak bergambar kat luar queensbay tu. mengadap pulau jerjak tu. ok apa.. pulau jerjak pun pulau jerjak lah kan.. janji gambar.


mmg bergambar sakan lah. then kawan suraya si fiza dtg, bergambar lagi. org sume dok tgk, cam pelik je.. sorrylah ye abang2 sekalian.. kami bukan org penang.. kami tourist. jd kami boleh bergambaq dia mana sahaja biarpun berlatar belakangkan pulau jerjak ok!

actually along the road, aku ngan muhaidi pernah lepak di waktu petang. bercenta sakan.. bercerita ttg idup, ttg relationship kitorang. depan kitorang adalah laut yg sgt luas. and i told him that "laut tu luas... harap2 kita tak hilang.." and yet.. he remember it till today. tapi akhirnya kitorang karam jugak. aku pun tak tau lah.. aku yg karam ke dia yg karam. for him, it is me yang karam. emmmm... ye la kot..

Hermm... trip aku ke penang ni mmg sgt mengimbas kenangan la.. sampai kkdg aku rasa cam ada projector depan mata. mayb sbb kami masih contact even after 6 yrs, and kitorang x gaduh. and i guess.. jauh kat ati memasing still ada rasa kot.. tu yang boleh ingat semua sekali witout menyakitkan ati.

balik dr queensbay, ayah suraya bwk pi bendang... ha.. time ni mmg aku sgt peghrak ok.. nasiblah org lalu lalang nak kata apa. aku berlari ke sawah padi tu. kat sana org br tanam anak padi. jd nampak luas dan hijau. kalau ikutkan hati, nak je aku benamkan kaki kat selut tu. suke!!! ingat dulu masa pi bali. ima siap marah aku sbb mcm la malaysia xde sawah. :P


bergambar mmg x hengat dunia la. pening adik suraya amik gambo kitorang. adik dia ustazah kat situ. kat kg tu sume anak murid dia. sambil tolong amik gambo, anak murid lalu jerit "ustazahhhhhhhhh!!" last2 dia pi lari masuk kereta. malu... hek hek hek.. then bila pi umah paksu suraya, maksu dia siap ckp, kalau nampak org dok bergambaq kat sawah.. mmg org pekan la tu... eheksss! well.. raub tak ada sawah ok... apatah lagi KL..



Malam mmg dah janji ngan kak nuin nak balik.. kak nuin byk keje so mayb kol 10 br bole balik. i dun mind.. emac la kesian. sbb dia nak mengajar besoknya (which is dia sebenarnya telah berjaya ponteng keesokkan hari! gila.. cikgu apa hang ni emac oiii). rasa cam sedih la nak balik.. kat sana aku x ingat pun masalah aku kat sini. aku x sekusut aku kat sini. even aku rasa aku pegi penang bwk masalah lain, balik bwk hal lain kan..

Terima kasih banyak2 kat ayah suraya, mak dia.. adik2 dia.. layanan sgt best. gonna miss them.. especially ayah suraya yang sgt peramah tu.. manalah tau, nnt dtg lagi kan? emac kalau dia rasa nak naikkan badan, dia bole ikut suraya balik lg.. so that dia gumuuuk!

On the way balik, i feel sad. tapi bole control. tp ada org menangis.. lg sekali lagu jiwang kete kak nuin dipersalahkan.. and when they sleep.. aku layan jiwang sendiri. bila dah masuk kl... aku rasa lagi sedih! its time to face reality... yes it is..

Gila!

Emmm... plan asal balik dr penang nak balik umah sendiri kan? hasilnya arini dah jumaat. aku masih kat umah kak nuin. aisyiooo... tapi next week mmg aku nekad nak balik.. mayb lepas keje monday, aku balik la terus ke rumah..

Kekadang aku rasa cam aku takut dgn byg sendiri kot kan? emmm.. dengan kerja ntah apa2 nih.. pening kepala! Arini nak balik hometown cam biasa.. hopefully i found something there..

Gila! frust kali ni btul2 buat idup aku huru hara. My fault is, aku tak beringat langsung. aku lupa yang dia tu historynya mcm mana. centa punya pasal sampai lupa semua tu. and my biggest mistake is.. terima dia dulu! Ggggggrrr.... i hate! I cant stand in this situation anymore. coz if i did, aku akan kalah dgn tekanan idup beb.. takkan nak biar kot? NO way!

Thursday, March 12, 2009

Masa ni... saat ni..

Masa ni.. saat ni..
Aku sgt berharap ada seseorang
Didepan mata aku ni
Yang boleh aku bercerita ttg segala luka..
Yang boleh aku menangis sepuasnya..

I just need someone to hold me tight..
Coz i miss one hug...
And i miss... him..

:(

Penang Trip - Day 2 con't

Lepas Pantai Merdeka, balik umah sat. Solat and so on, kami klua balik. This time parents tak ikutla. sbb dah tau dah.. kompem balik tgh mlm punya kan. tatau mana nak pegi. last2 decide nak pi padang kota. lepak sana. for me, bagus jugak.. nnt mujahid (bukan nama sebenar) abis kenduri, dia boleh dtg. i did text him but he didn't reply. so aku pikir dia busy...

kitorang decide nak naik ferry. jeng jeng jeng.. naik ferry dimlm hari beb.. aku dah berdebar. aku kan phobia air. emac ngan suraya panic gak la sat. mlm tu aku yg drive. que tunggu ferry agak lama. ttiba perasan la kat kete sebelah dipenuhi lelaki2 sekalian. tapi..cm bbudak lah! so.. boooo layan.. kitorang dok amik gambar dlm kete, dorang amik gambar kitorang. isk isk isk..

dlm ferry, kitorang turun kete. bbudak yg td tu, salah sorangnya berani ok.. dorang tegur suraya... "kak ni blajaq ka?" mua a a a a! aku nak tergelak. korang dok ngayat tp korang ttp panggil kami kakak.. guddddd... suraya sgt tabah melayan. siap amik kan gambaq depa lagi tu.. aku ngan emac layan perasaan sambil luahan hati.

Actually, we have been thru same situation, same problem before. Dilema laki org.. i did once, yaya did once, emac? twice dah.. something yang aku remind kat emac, dulu aku pernah tanya "pundeks" about my situation (after aku tau yg dia dah kawen) aku ni perempuan simpanan dia ke? and he said.. no.. sy xpenah anggap awak camtu. then if tak anggap mcm tu, please... bagi aku 1 term lain utk gantikan perkataan perempuan simpanan tu. but he cant!!

btul apa.. apa lagi yg boleh panggil kalau bukan itu??? and for me, aku x nak jd perempuan simpanan... aku x deserve utk tempat tu. aku deserve tempat yang lebih baik! my words, alhamdulillah sedarkan emac ttg kenyataan. hasilnya balik dr penang, she can ignore the guy. she erased all his msg and didnt pikup any calls. bagus la tu.. :) hopefully dia x balik lg pd situasi sebelum ni.

Back to stories, we lepak @ padang kota. makan hotdog yang sedap. gila kuat la angin kat sini. in d same time, kitorang tatau nak g mana lagi. aku dah start wonder about si mujahid tu. he didnt pikup my calls. he didnt reply. wat la???? apa yg x kena?? aku pun x paham. aku call nak tanya direction pun dia tak angkat. and he also switch off his fon! kenapakah??? tak paham la pulak aku jantan ni.. dia yg berjanji dia yang ilang ni...

we need pantai.. nak dok tepi laut, layan perasaan. padang kota crowded sgt. lepak reramai tgk org boleh la. tp kami x tau jalan. yaya kata dia ada g dating dulu. kat tanjung bungah. tapi dia tatau kat mana. she decided to call her EX! erk.. vacation@ bertemu ex's kah kami? mua aa a a.. dengan kompiden yaya yakin yang dia ok kalau jumpa ex dia.

the ex offer diri utk guide.. we went to Tanjung Bungah.. best! tapi x sempat layan perasaan coz kat situ ada ex yaya. kalau kami je, aku rasa ada yg dr hati ke hati dan teriak!! i keep trying to get "mujahid" but he didnt pikup. ntah kenapala dia ni. frust aku mula dtg. mau tak frust. coz dia da janji bwk pi mkn char kuey teow yang aku suke tu...

kat tanjung bungah, makan sebijik burger lagi. nasib baik siang tu aku x makan pape.. so mmg terasa lapar. tapi emac ngan suraya yg berselera mkn dr siang tu pun mmg makan dan makan la.. hehehhe. ttiba ex suraya kata org penah nampak anjing laut kat area tu. i tot he was kidding. so aku gelak je. sbb nya si mamat ni, aku tatau bila dia ckp serious, bila dia memain.. hek hek hek.

tgk jam da kol 1. "mujahid" pun x dpt dikesan. kitorang decide utk balik. balik dgn rasa frust and puzzle. aku tatau awat ttiba mujahid decide to be quiet. hemmm... something wrong somewhere. so.. cam semalam.. balik dan tido... penat sgt! alahai.. esok mlm nak balik dah.. aku rasa x nak balik boleh??

Fareez (bukan nama sebenar) keep calling. i didnt pickup. not even once.. aku rasa itu jln terbaik utk diri aku sendiri... dia dah pilih jalan dia.. and aku tak rasa aku nak lg bckp atau jumpa lagi dgn dia.. biarlah benda yg dah habis tu habis terus..

Aduhai Lelaki...

I got question here.. kenapa lelaki ni suka lariiiiiiii bila ada issue atau masalah?? kenapa tak suka selesaikan btul2 then baru menghilangkan diri?? tak boleh ke bg clear dulu semua br la pikir nak diam ke, nak ignore ke apa ke?

Urghhhhh! tau tak yang perempuan ni lebih mudah menerima "pengakuan" drpd terpaksa berdepan dengan thousands of puzzle bila korang ttiba senyap and lari?? sesapa yang terasa tu, silalah jawab. or mmg lelaki ni salah satu sebabnya adalah utk lariiiiiii??? ggggrrrrr!

Wednesday, March 11, 2009

Penang Trip - Day 2

Pagi tu bangun da terlewat. balik pun da pukul berapa kan. dengan semalaman x tido, penat and so on. Turun2 tangga ja, aku dah terbau lazatsss... tu dia... laksa sudah siap! perghhh... meja dah penuh. Ada laksa, ada roti canai, ada kuey teow goreng, ada puding.. mak aih.. ni mcm nak kenduri!!

Aku masih dlm situasi kurang berselera makan.. so amik sesikit lah. Suraya ngan emac.. pergh.. aku kagum! lagi2 emac.. dah cedok kuey teow.. cubit plak roti canai.. mmula cam cubit sesikit and share sekeping tu ngan aku. ttiba dia pulun ambik sume! tamak sungguh!! laksa 2 mangkuk! adoiyaiiiiii.. aku tak tau bape ekor jin yang dia bela. makan tak hengat! alasan dia, putus cinta.. kena makan. kalau tak lg susah hati! agaknya kalau aku ni makan cam dia, bukan gemok lagi dah.. Gedempol lah aku.

Since morning, aku call Mujahid (bukan nama sebenar) coz dia kata dia nak bwk jalan. Ptg dia ada tahlil. so siang boleh la jalan. but he didnt pickup. he didnt reply. i tot that dia blum bangun coz dia yang aku kenal, mmg ada masalah dengan tido. kalau dia tido.. jgn kan enpon bebunyik, aku rasa bom meletup pun dia tak dengar. dulu masa centa, dia siap letak enpon tepi bantal, vibrate. tp tiap kali aku call pun dia tak dengar..

Worse sekali bila dia dtg kl. dia ngantuk, aku balik umah nak mandi. so dia tido kat bwh dlm kete. dengan engine terpasang, lena sgtlah dia tido. dah siap2 aku pun pi kat kete. tgk dia zzzzzz dengan sungguh tenang! aku ketuk cermin kete, x bangun. aku call enpon dia, x angkat. dia masih zzzzz... aku dah naik marah ni. dah la bahaya. enjin tak tutup. sampai housemate sume klua. membuat percubaan membangunkan dia. harammmm dia nak sedar. aku sampai hangen! lekuk pintu kete aku tu aku tendang. stll dia tido ok!

Sgt teruk kan? aku tatau la.. kalau sape jd bini dia nnt kena guna tilam yang waterproof. sbb ari2 nak kejutkan dia, kena curah air. or.. dia dah berubah la kot skrg?? erkkk.. ni hape mengimbas kenangan nih?? hahahhaah! back to trip story nah.. aritu ari ahad. so byk activity family suraya. mak dia nak pi kenduri. adik dia nak pi sana sini. so mmg hope sgt mujahid (bukan nama sebenar ) tu boleh bwk kitorang jenjalan...

Sampai ke petang kitorang lepak umah tau.. he didnt pickup. last2 emac plak call dia.. x pickup gak. dah lama lepas tu br dia call number emac. and i pick it up. dia busy.. nak kenduri. so beli barang and so on. enpon tertinggal. and ok la.. kenduri la dulu kan.. nnt mlm lepas kenduri br jumpa sbb kitorang nak pi island. and he ask bila aku nak balik kl. aku ckp senin malam.. so he said, ada masa lagi nak klua.. so aku pun cam... ok!



Kami nak tgk pantai.. i luv pantai. kalau aku ada masalah, aku suke lepak pantai.. So ayah suraya decide bwk kitorang g Pantai Merdeka. Wah.. maknanya, lagu cinta pantai merdeka tu mmg wujud lah kan! ayah suraya dok galak cerita mcm mana keadaan masa eton dtg dulu. eton mmg kecoh! siap mandi manda.. sanggup naik boat pi beli belacan kat tanjung dawai tau! etonnnn.. i miss u!



View sunset pantai merdeka cantekssss! tambah lg amik dengan SLR kan.. perghhh.. layan... kat sini pun emac ngan suraya makan dan makan.. nasik goreng pun dengan 5 ekor udang besar di atasnya ok! sungguh lazats! kitorang bergambar x hingat dunia.. tunggu sampai gelap.. ayah suraya ngan mak dia mmg best! sporting wo.. ikut je kitorang yang gila ni. dlm kete kitorang buat lawak cam bangang pun depa dok gelak ja.. sukeeee!



Balik tu sempat singgah jambatan kuala muda.. tempat org mengail udang. adik suraya suka la pi pancing udang ni. dpt udang dia bela dlm aquarium. udang mati, dia masak maggi udang! ahhahaha! baguihhhh... kitorang dlm otak da dok pikir.. mana nak pegi lepas ni. Mujahid (bukan nama sebenar) kata bila dia free dia call... tapi.. takdak pun.. awat tatau!

Hati yang lebam!

Smlm takleh tido.. dok upload gambo kat facebook and so on.. Jim send lagu "entah" singing by Afghan. lagu tu sgt membuatkan aku terasa pedih. hasilnya aku terasa agak down dengan kerja yang berlambak (sume masalah customer yg perlu diselesaikan) dan mengantuk + penat. bak kata suraya... Hati lebams. And aku menyesal dok dengar lagu tu beratus kali mlm td!

Tuesday, March 10, 2009

Entah...

Kutahu, kau selingkuh
Kau duakan cintaku yang tulus
Kau tahu, diriku
Tak pernah berpaling dari dirimu
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…

Tak pernah ku bayangkan
Cerita kita berakhir begini
Tega nya kau dustai semua
Janji kita berdua

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o…
Masih kah ada, o…
Cinta dihati ini
Dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku…

Entah masih kah ada cinta dihatiku
Untuk mu
Entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..o

* Lagu ni sgt sedih bila didengar... Entah... hermmmmm....

Penang Trip - Day 1 con't


Mujahid (bukan nama sebenar) suh tunggu luar perangin mall.. kitorang ni dah la gagal jln penang. pening mencari tempat berhenti. after almost 3 yrs tak jumpa, he is rite infront of my eyes.. alahai... cam bapak org dah. hilang sume kehenseman dia dulu. mujahid (bukan nama sebenar) ni dulu mmg ensem. kazen aku sume dok ckp pasal dia. tp la ni... xdak dah... ooopsss! hehehehe!

Cm tak caya plak naik kete ngan dia. he just remember everything about me. semua! kalau lah 6 tahun ni dia mmg ingat semua tu setiap masa, aduhaiii... aku sgt rasa terharu ok.. semua jln yg kitorang penah lalu masa pi penang dulu dia ingat! uhuksssss... how cud i be blind before? nak buat cemana.. jodoh xdak kan..
he bring us to Batu Feringgi. lapar gila.. so, dia bwk makan seafood. along the way, he treat me nicely.. teringat balik masa dulu2.. haiyooooohhh! dah la aku tgh escape, ttiba jumpa mamat nih buat aku terbuai2 lain plak dah... haru! but of cos la control beb.. hehehe..

Seafood mmg sedap. Emac makan dan makan. org dah benti makan pun emac masih makan. sementara tunggu makanan, suraya ngan emac buat sesi interbiu! soalan paling maut : kenapa korang tak kawen??? aiyohhhh! mujahid (bukan nama sebenar) terkedu.. slowly he answered.. xde jodoh... aku dah terkedu dah... mmg aku xde niat nak jwb pun. everything yg emac ngan suraya tanya, i let him answer. coz aku nak dengar apa yg dia jwb.
Gila hodoh anak dara ni makan!!!

he treat my friend good as well... hemm.. tang tu.. dia tak berubah. the way he talk, the way he look at me, still mcm dulu.. but i know my border.. actually aku jumpa dia mmg bersebab. so i really hope tagt he cud spend time with me there.. tapi... emm.. nntlah cerita.

Bergambaq dalam gelap.. apa nampak??

after makan, amik gambar di dalam gelap ditepi laut. apa yg nampak? muka kitorang nampak la. benda lain tatau.. oleh sbb dok umah suraya so kena la balik awal.. aku rasa kalau dok hotel, mmg x tido lagi la.. sepanjang nak balik, mujahid (bukan nama sebenar) guide mcm mana nak pi sampai jambatan. and he bring me along the road that we have been before.. again... hati aku sgt tersentuh. this time aku pun terbayang kenangan.

tp aku sgt penat... mengantuk. ditambah emosi tak stabil. he complained that i have change. aku da tak byk ckp. tak byk buat lawak.. emmm... im tired.. and aku pikir banyak.. tats y aku hope aku akan jumpa dia lagi hari2 berikutnya..

he drove along gurney drive, padang kota.. suraya ngan emac kete blakang... sampai dekat2 jambatan, we stop. aku pindah kete. janji nk jumpa lagi esok. utk jalan2.. and of cos i really hope for that.. sbb barula syok kan.. kitorang nak pi bukit bendera tau!

Emac ngan suraya bg komen mcm2.. sampai pening... balik umah suraya sume dah loklak.. and tidoooooooo!! hopefully tomorrow will be better for our "sweet escape" kononnya ni... :)





.

Penang Trip - Day 1


I have inform Mujahid (bukan nama sebenar) a week earlier. and dia da ckp jugak saturday pagi dia keje. so i said, tak apa.. keje lah dulu.. nnt br jumpa. kitorang pulak patah kaki. kak nuin of cos la balik umah dia kan.. aku emac suraya, sorang pun x bwk balik kete. so kena la mengharapkan kete adik suraya. adik dia of cos la byk activity.. cekgu lagik tuh kan.. so xpelah.. yg penting dah klua dr KL.

Sampai umah suraya, ingat nk tdo terus. cemana nak tido, kalau br sampai.. mak dia da ready dgn cucuq, nasik goreng segala kan.. so.. makan. lepas makan, dengan tak mandi tak hape, kami mengelilingi rumah suraya. nampak basikal adik suraya.. emac sebok nak naik. siap pamkan tayar lagi. pastu pusing.. pusing skit penat. pastu keliling kampung naik motor. dengan rambut karats aku ni, mmg x sesuai!

ttiba ayah suraya ajak pi "market".. market means pasar. pasar means jual ikan.. mua a a a a ! aku actually dah tpikir.. cemana nih.. takpelah.. bole pegang emac or suraya.. tanpa mandi terus pi market. tuh dia.... market sgt! pasar basah yang menyebabkan aku terkedu. aku pening, siap nak muntah.. uwaaaaaaaaaaaaaaaa...

i loveeeeee cooking. but i dun like to go to pasar. aku akan mintak abah beli semua nya. :) demand kan perempuan ni? nak buat cemana.. aku mmg x boleh pi pasar.. ikan kat "market" sana sgt fresh. oleh sbb fresh, aku mmg tak terasa gatal, bengkak or allergic. padahal almost everyday makan seafood tau. so syiok oooo.. org dlm pasar tu mmg kompem tau yg kitorang ni org luar. dengan aku yg terjengket2 ni.. eheks..

on d way balik, ayah suraya ngan mak dia dah gelak. sbb aku nampak ganas, tp xleh pi pasar dan phobia bila org ramai. mua a a a a! well.. pakcik suh la driving sensorang ttgh malam. kemana pun sy boleh. tapi jgnlah campak sy kan tengah pekan ahad ka, pasar malam ka, market ka.. mmg sy "teriak" la..

balik dr market, konon nak pi singgah facial. nasib baik tutup! kalau tak.. mmg pengsan org facial tu dgn bau kitorang ni. lekat sampai ke kepala tau! mandi.. 1 badan bau busuk.. busuk x mandi + busuk bau ikan!!! sempat tido sekejap. tp aku rasa aku tdo sgt lama. sesambil tu dok msg dgn mujahid (bukan nama sebenar). i miss him actually. tp x la ckp kan.. kang salah paham pulak. yg membaca ni pun jgn slh paham.. last aku jumpa dia 3 yrs ago kot. bukan aku rindu sbb nak menggatal ok.. no no no.. tak baik punyeeee..

Suppose kak nuin dtg amik bwk jenjalan. tp sian ngan dia... dia kena pi service kete, dating lg apa lagi.. so kitorang decide takyahla... nnt kereta adik suraya da free kitorang jenjalan sendiri.. and yeap.. we got the car.. pi try tempat facial tu lagi, boleh plak akak tu dgn muka moodynya ckp yang x sempat.. perggggghhh hangin!

balik umah, bersiap.. pi penang! and i keep notify mujahid (bukan nama sebenar) aku kat mana. and keep calling him for direction. jgn tatau.. suraya nama ja org sana.. tp jalan.. sesat! hek hek hek.. mmula nak pi pdg kota, tp ujan dan tutup. pusing punya pusing punya pusing, nampak la perangin mall. so.. benda da ada depan mata.. perangin mall lah jawabnya..

org pi penang beli apa yg xde kat tempat lain kan? aku ngan emac beli kasut NYC kat parkson. hahahha... sale.. rm109 tinggal rm 21.. amik jekla. kalau org tanya beli apa kat penang? kasuttttt! :) emac beli socks yg utk tangan tu. alahai.. mcm tempat lain xdak je kan? hehehhe.. then da lewat, lapar, nak makan.. tp dlm tu penuh ngan kedai cina je. nasib baik mujahid (bukan nama sebenar) call and bgtau yg dia da nak sampai and ajak mkn luar..

to be continue...

Penang Trip - Sweet Escape yang bitter sweet Sour!


Lamanya tak cerita pasal trip day to day kan? Last sekali cerita redang. tu pun tak habis. heheheh.. Okeh, start dengan Journey to Penang. the reason y i choose UTARA is nak jimat kos 1 hal. bole pi reramai sbb kak nuin ngan suraya pun mmg nak balik umah memasing. there is another reason yang hanya aku je yang tau (tp skrg sume org tau lah kan).

Aku nak jumpa someone yang dah 3 tahun aku tak jumpa tapi ada mcm2 issue. Da broke up for 6 yrs tapi sesekali masih lagi mengusik hati memasing. Remember issue cancel wedding and ajak kawen lari tu? He's the one lah. Aku rasa dlm byk2 lelaki yang penah ada, he understand me the most. he knows everything about me. dia faham segalanya.

Since i broke up with F (bukan nama sebenar... hahahha!) aku lost. ive been someone yang aku sendiri tak sure kenapa aku mcm ni. so, i wanted to collect my old me yang suci murni dulu tu (mua a a a a!) from Mujahid (nama dia bukan mujahid sebenarnya.. tapi emac bg nama ni kat dia). i want him to help me to find who i am before.

So.. last friday emac dtg umah kak nuin. after raja lawak baru start bersiap. kol 1 lebih br nak gerak dr umah. benti isi minyak lah, sopping kat petronas lah apa lah... boleh kata kol 2 pagi la br gerak. kak nuin bawak kete.. PERGHHHH!!!! sampai suraya ngan emac pening! aku dok sbelah pun rasa pening. hahaha.. akak.. sila perbaiki cara pemanduan anda..

Sepanjang jalan, kak nuin pasang cd dlm kete dia. mmula lagu english. sangat frust semua lagunya ok! ni cam saje nak bg kami teriak je nih! actually aku ngan emac dlm category yang sama. putus cinta. so we hope that this will be our sweet escape yang akan menenangkan hati, otak minda dan segala yg sewaktu dengannya..

lagu2 kak aini pasang sgtlah mencabar mental! i didnt cry since last 2 weeks i think. aku rasa urat air mata aku dah putus sebab penah dlm sehari tu aku rasa sgt tertekan. aku sgt berkecamuk aku cuba utk nangis, tapi x boleh! so since tat aku assume urat menangis aku da putus la kan.

lagu dan lagu dan lagu, emac start "teriak" (menangis). erk! alahai emac.. sedihnya... aku lek lg.. controlllll... last2 bila masuk lagu Unbreak my heart, aku rasa dada aku sgt sesak. aku rasa aku sgt sebak. and yes! urat menangis aku kembali bercantum! uhukssss... nangis wo.. suraya siap pas tissue paper kat depan. kak nuin ngan suraya siap gelak n kutuk sbb aku tewas akhirnya! hampehs! Rasa sgt sedih tp lepas tu sume dok gelak balik..

sgt mengantuk ok.. suraya ngan emac tido kt blakang.. tapi aku tido2 ayam je. i cant sleep when someone else driving. dr dulu.. kitorang sampai kat juru almost 6 am. kna tunggu ayah suraya mai amik. time nih slang suma tukaq abih dah... siap da warning awal2. masuk ja juru, sume slang kena tukaq. jgn gatai nak ckp KL.

since i know suraya, this is my first time jumpa family dia. tapi byk dengar cerita especially ayah dia yang mmg suka berborak. so.. aku da ready dah... about 6.30 ayah dia dia sampai. starts from that, we've talking non stop! i likeeeee...

Umah suraya sgt best! lalu sawah padi, tali aiyak (tali air), di kala matahari baru nak terbit.. Ya Allah.. sgt syok ok. aku x abis2 remind kat dorang, aku nak amik gambaq kat bendang. x kira walau apa pun keadaan! hehehehe... ilang sekejap mengantuk tak tido tu sbb kena interbiu ngan ayah suraya. emac dah penah dtg, so x byk issue la kan.. :)

to be continue...

Monday, March 9, 2009

Coming back home...

I'll leave my "sweet escape" here... rasanya i have think about everything i need to think within this 3 days. i guess i have made a conclusion : kalau lah lelaki itu selalu bercerita tentang susahnya memahami perempuan, aku rasa lelaki itu yg sgt susah difahami. sikap mereka sendiri yang buat perempuan susah nak faham!

Thank to god for this escape even tak seindah yg aku harap dlm certain2 bab disebabkan seseorang, tapi cukup buat aku lupa sekejap yg aku perlu balik ke reality dlm minggu ni jugak.

well.. i wish there'll be something "sweet" waiting for me in KL...

Sunday, March 8, 2009

My sweet Escape..

Sweet escape la sangat... aku tatau aku ni mencari sweet escape ka atau mengejar masalah. hahhaha... anyway, im still in my "sweet escape".. balik esok. so... let me collect all my stories ok? Muahssss!

Friday, March 6, 2009

Happy Birthday Emac, im out of town!

Arini Besday emac... happy birthday emac.. tak mau sedih2.. jangan nangis2.. like suraya said, bersyukurlah Allah bagi kita idup sampai umur 30 ni walaupun time mcm ni kita sensorang.. she cried badly yesterday. nasib baik maxis bg dia call free for her birthday kan.. boleh la gayut ngan kitorang ni..

Arini jugak, aku mc.. tonsil sgt bengkak. telan airliur pun sakit. badan panas. td pi clinic ngan suraya... suraya pun mc lg arini. syok kan? seharian melepak depan tv. skrg nak tgk final raja lawak. lepas abis raja lawak... jeng jeng jeng...

i'll be out of town (bukan pulang ke raub) membawa diri.. ke mana? nntlah update lagi. hehehhe.. bwk diri la sgt.. takde maknanya!!! tak kisah lah... janji i have place to rehat kan otak.. and i have few things nak kena pikir and tabahkan hati.. i have decided to go back to where i'm belong next week. wateva yang akan aku rasa, aku akan hadapi dengan tenang dan tabah! Insya Allah... :)

Ayu admitted to hospital raub on last wednesday. td da klua.. morning sickness yg sgt teruk. kesian btul! takpelah... take care urself bebaik ok?

I have lost 3kg! hoyeahhhhh! suke... another 5 kg to go.. chaiyok2! (ada jugak untungnya putus cinta kan? hehehehheh!)

Wednesday, March 4, 2009

Realiti...

Aku tak selamanya boleh lari dr realiti.. i need to face it. tapi aku takut.. aku takut aku x mampu nak deal dengan kesedihan yang mungkin akan buat airmata aku ni tumpah setumpahnya.. i might not be able to deal with feelings yg akan muncul bila aku tgk semua kenangan...

Ive been escape for 3 weeks now.. i cant escape forever. mcm kak nuin ckp, sebulan ke 2 bulan ke 3 bulan ke aku escape, sooner or later aku tetap kena face the truth.. but there'll be 1st step to make.. hermmmm...

Aku rasa aku tau apa akan jadi kalau aku balik ke alam nyata tu.. aku akan meraung.. aku akan menangis semahunya.. tapi aku kena jugak balik... aku kena jugak kuatkan hati.. Aku tak tau apa lg yg akan aku rasa.. sedangkan sekarang, aku dah terasa sedih..

Ya Allah.. tabahkanlah hati ini.. Kuatkanlah diri ini..

Sad isnt it?

You always say you hate to see me hurt, and u hate to see me cry. So all those time that you hurt me, did you close your eyes?

Sad isn't it? How no matter what you do or say to me... when you come running back... when you need me again... i'll be here... right here waiting for you... i'll take you back... no questions ask... sad isn't it?

So, from now on if you think of me, just remember that i could've been the best thing you ever have!

I hate panadol tapi...

Smlm balik terus pi Alamanda. Dengan Kak Nuin n yaya.. Ujan sgt lebats petang semalam. Jem tahap gaban yang menyebabkan aku headache.. oleh sbb sakit kepala sgt, aku beli panadol and eat it! aku actually da bajet da yang mayyyybeeeee aku akan allergic dgn panadol tu.

tapi oleh sbb sakit kepala, aku ngap saje... as expected.. mata mula membengkak. balik rumah, mmg x dpt diselamatkan lagi lah. nasib baik tak sesak napas. so malas la nak pi klinik. bengkak ni takpe.. surut sendiri.

time2 cmnilah buat aku sgt teringat kat lelaki yg bernama Muhammad Fareez bin Arbak tu.. biasanya bila aku mcm ni, laju je dia pi anta spital.. tengah malam pun x kisah. and he will wait for me sampailah stabil.. hemmm... bukan x ada kebaikan langsung yg dia buat, of coz ada... tapi.. ntahlah..

Arini pi opis org sume terkunjat tgk mata aku yg dh mengalahkan jepun ni.. sgt hodoh ok! hilang vogue sume. so i have decided to stay in the office seharian.. tiada lawatan utk arini ini. sekian terima kasih! :)

Tuesday, March 3, 2009

Good news..

Akan ada pertambahan bilangan ahli keluarga.. Insya Allah..
Kepada yg membawa bilangan tambahan itu, tahniah!
Selamat "memorning sickness"kan diri..
:)

Monday, March 2, 2009

Kairin said...

kairin said : Aku suka bila ko balik bersemangat!Life is too short to regret.Im quite impress by the fact that uve chose to move on after two fucking miserably weeks!well some people would take months...Syabas.Yes,As i always remind you beribu kali, do things that makes u happy, imporove the inner you. Ko je tahu macamana nak buat perkara apakah itu. Ramai org tak suka aku diving, masuk hutan, buat benda pelik2, tapi aku peduli hapa?itu je cara aku nak happy, to feel good bout my self. in the end of the day,ko yang tahu nikmatnya.Knowing you bertahun- tahun,u are absolutely one hell of a woman. fuck off those men who makes you hurt, who does not know to appreciate u.Its their loss.pedulik kan jantan sebegitu.byk lagi yang bagus di luar sana.U deserve a better man.diorang ni cuma drama bersiri je dalam life..lagi banyak episode yang menarik.so chin up! love u.jumpa ptg ni!xoxo

~ i rcvd above comment today... from my beloved kairin.... thank you so much for the words friend.. yeap, 2 fucking miserable weeks.. miserable sgt. kalau x kuat iman ni, aku goyah. tapi alhamdulillah berkat sokongan family and friends, i've gone thru it biarpun payah (kak nuin selalu ingatkan aku.. nahkan.. da seminggu.. 2 minggu.. dan seterusnya!)

menghentikan derita tak bermakna aku lupakan semua.. dlm hati, Allah je yang tau. There's certain time where aku teringat moment2 happy.. yang cukup buat hati aku sgt sedih. its all gone sekelip mata tanpa aku tau mana silap aku di khianati sebegitu rupa... but i have move on.

move on means, aku tak lagi mengharapkan utk kembali. its also means aku dah tak nak lagi meratap sedih atas apa yg jadi. move on means, aku terima qada dan qadar tuhan yang jodoh itu tiada dan aku dikhinati lagi.

Herm.... aku tertanya2 jugak, tak cukup baik kah aku dlm relationship. everybody told me that i am too good to be true in relationship. yeah.. i admit that. tapi ntah la.. aku tertanya jugak, mungkin kah kebaikan aku tu salah? sebab tu aku asyik dikecewakan? or mcm yaya ckp.. bukan aku yg salah. tapi org yang aku pilih tu salah. emmm.. maknanya aku dah byk kali buat pilihan yang salah lah?

anyway... i will try my best for myself. so far, even aku blum mampu balik kerumah or jalan2 kenangan, paling tidak aku tak lagi meraung... kdg2 airmata tu bergenang bila rindu datang, tapi aku mampu pujuk hati, jangan menangis utk sesuatu yang dah pasti bukan terbaik utk aku.. tapi sesekali... aku harus menangis... menghambur segala duka hati..

Short notes!

Malas nak taip pepanjang.. so.. make it short!

1) 2 minggu lepas da tgk upin ipin... syiokkkkk! adam yg penakut itu telah menangis di dlm movie.. anis mengadap sekotak pop corn seorang diri!

2) Balik Raub last week dengan keadaan yang berbeza.. aku rasa aku menjadi lebih bertanggungjwb pada family. hemm... salah 1 hikmahNYA.

3) Roadtax mati on 28 feb. 27 baru terkial2 nak renew. alasan aku? efficient! mua a a a! bole pulak ayu terlupa nak tinggalkan roadtax baru. so smlm aku balik ke kl gamble! tapi arini da guna roadtax baru da.. mua a a a a!

4) Another new look.. jeng jeng jeng!

5) Dalam proses mengurangkan 7 kg.. chaiyok chaiyok!

6) Weekend ni pi penang.. ho yeahhhh!!!

7) Telah berjaya mengimpresskan ramai org dengan kesusutan badan ku ini.. hek hek hek! i likeeee!

8) Berjaya mengurangkan tempoh derita iaitu 2 minggu sahaja. tak perlu lama2 ok..!! mengurangkan derita bermakna aku mengurangkan airmata!

Alhamdulillah... :)

Happy Birthday Kak Nuin!

Happy Birthday to u...
Happy Birthday to u...
Happy Birthday to AH KAK!
Happy Birthday to u..

Muahsssssssssssssssssssss!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template