Wednesday, December 31, 2008

Happy new year 2009!!!


cak!! im back... miss my blog so much. wanna wish selamat pengantin baru to my sis and hubby.. semoga berkekalan ke anak cucu hendaknya. byk nak cite pasal kenduri ni. will update next week yah..

so... HAPPY NEW YEAR!! HAVE A GOOD YEAR AHEAD!!

Friday, December 19, 2008

Merry Christmas and Happy Birthday to Me!


This will be my last post before cuti panjang. i dont think i will have time to look for an internet connection and upate my blog, my facebook request yang so far dah ada 1333 request (ooo my.. pls approved all of it for me!)

Dear Frens, do come to my sister wedding ya.. memeriahkan majlis kata org. hehehhe.. For those yang sambut Christmas, Merry Christmas everyone.. Ho Ho Ho!


For me, myself and I... Happy "becoming" birthday to me.. my last birthday with angka "2". Tahun depan dah xde dah. I will update semua pasal kenduri, persiapan and so on one aku dah abih cuti eh.. and of course how my birthday looks like this year! uwaaaaaaaaaaa!

So everybody, have a good weekend!

* Kepada bakal pengantin, sepupu sepapat pengantin, sila pulang ke kampung halaman ye. kita ada misi!

I'm the lucky one.. am i?

Fuuuhhh.... Sgt penat. smlm kol 9 br balik umah. penat sgt kol 3 baru dpt tido. packing barang and so on. nasib baik arini nak balik dah.

Yesterday morning ada event dengan msc team again. this time @ Oldtown, Plaza Puchong. Mmula dpt venue, aku lost. celah mana plaza puchong ni?? puchong yang aku tau ada IOI shj and rumah bakal adik ipar. thats all. plaza puchong ke hape ke of cos i dunno.. so aku ngan ayu main hentam sajalah labu.. akhirnya berjaya jumpa and event settle dengan jayanya!


After that rushing pi midvalley. ada Sales seminar dengan card & partnership pulak. aku x alert sgt benda ni tp yang aku tau, lepas seminar ada bowling. smlm gila susah nak cr parking. after praying so much, i had one. selepas stengah jam keliling midvalley! bole?? tensi.. start with registration @ cititel. dapat goodie bag. akak sukeeee u ols.. nak tau apa isinya?? tadaaaa!


Partnership & Card Services Sales Seminar 2008 Katanya!

Ada mug, t shirt and bag laptop.. suke suke suke (pdhal aku blum lagi beli laptop)

Oleh sebab start da lambat, utk sales talk tu they make it short and simple. its time for... BOWLING! dah lama tak main bowling. i dun thing i can perform well mcm masa study dulu (ttiba tingat tini, min, alin.. uhuks). and yes.. i didnt perform. game yang paling teruk aku pernah main beb! gilo. even ni skdr suka2 tapi aku upset sgt tau! "longkangking" je ntah bape kali!

but well.. lane tu xde "Ong" kot. suppose aku tanya ceo dulu before main. lane tu fengshui nya bagus ke tak kan? Eheks!!!

After that balik Cititel for dinner and penyampaian hadiah. Aku x bajet pun ada performance mlm tu. Siapa yang perform? Azrul kumpulan charm tu. dia mmg kelakar. aku smapai sakit perut gelak dengan lawak dia. he deserve that 2nd place in Raja Lawak dulu tu. mmg fun.

Ceo pilih meja depan sekali. and btul² sepan stage. kalau dah siap ada game, mmg sah la kitorang yang kena panggil! mlm tu byk lucky draw. and i am the lucky one.. si azrul tu masa mmula nak panggil nama aku, dia sebut nama GOLD VOIS. he ask.. mana meja GoldVois?? siniiiiii! sume angkat tgn. ha... siapa yang nama kat tengahnya ada MOHAMAD? ampeh! i know its me. coz even ayu ada sama, dia x tersenarai. dia ctg nak tgk bowling je tp sbb tempat ada kosong, boss seret dia dinner sekali.

He announce my name. Rina Mohamad Khabri. Owh.. ok.. mmg aku. so dgn pantasnya aku jln naik atas pentas. Bole tak masa aku nak naik si Azrul tu ckp " Lepas ni jangan pulak panggil dia MOHAMAD ye!" ampeh azrul ni. aku mmg dipanggil mohamad rina. nasib baik none of my family was there except ayu. ayu diam je, dia x perasan la tu. hahahahha! i got this for my lucky draw:

Of course la TM merchandise lagi yang oi.. apa ko hengat dorang nak bg TOYOTA CAMRY?? Mua a a a a!

Ada games. Irwan (budak opis bukan pundeks ok!) yang mmula kena naik atas stage dgn 2 lagi guest. dorang kena cr brg tersembunyi yang ada dlm kertas. actually bukan tersembunyi pun. benda tu sume kena mintak kat org. irwan kena cari kasut tumit tinggi, credit card, duit 20sen, shite stockin and... UBAN!! hahahhaha. bongok tol. irwan ni dok kelilingla dewan. last² balik kat kitorang, and big boss klua kan duit 20sen, credit card.. amik kasut ayu, stockin putih xdak.. and.... boss suruh irwan cabut UBAN kat kepala dia. kah kah kah kah! adoiyaiiiii... pd aku sgt kelar ok. aku xleh lupa cemana irwan cabut uban kat kepa big boss. Boss.. u sgt sporting!

Turn rosdi kena lg kelakar. dia kena pakai stocking perempuan yang sampai ke pinggang tu (sambung sekali ngan cam panties). gilo! bayangkan sume yang dipanggil tu beso dan lelaki. kena lumba siapa pakai cepat. aiyoh.. time ni aku rasa perut aku cramp! rosdi pakai rilex je. yang lelain sampai koyak ok!

Ni la rupanya kalau lelaki pakai menda alah stockin tu..

I really enjoy last nite.. even sgt penat and lunyai.. but it was fun.. Well partnership team.. next year buat lagi eh! mua a a a

Mamat ni namanya Zul.. Comels kan? Hahahha.. Larikkkkk!


Thursday, December 18, 2008

Sgt Bosan!

Tadaaaaaa.. im in the office. But dun worry, i'll be out again soon. arini ada event kat Plaza Puchong and after that event kat Midvalley. Lalalallala.. ptg nnt, aku jugak yang kepenatan.

yesterday after work, i went back to my aprtment. ingatkan nak tido awal and rehat. dok mengabiskan novel lewat gak tido. actually i am so bored last nite. kol 9.17 i sms suraya and tell her that i am so bored. aku boleh mati kejang! suraya ring me and we talked for a while.

yang bestnya sebelum dia pi keje smlm, aku dah ckp kat dia aku x tido ngan dia mlm sbb nak balik umah. and i will only see her after our long holiday coz suraya pun nak balik penang lama. kami pun bepelukkan cm biasa.

suddenly masa dia call, dia ckp dia x ingat apa yg aku ckp pg smlm. she tought that i'm waiting for her at home and she bought large pizza! uwaaaaaaaaaaaaaaa!! sudah la dikala dia bckp tu aku sgt bosan dan lapar aku tgh makan roti yang 50 sen tu and she's eating pizza!! jahat tauuuuu!

well, arini balik mlm nak kemas brg. esok lepas keje... cau cin cau.. horey!!!

Tuesday, December 16, 2008

Can you keep a secret... Now and forever!


Malam tadi Kak Aini berjaya mempengaruhi aku utk tgk movie ni. Movie Korea "Now and Forever". awal2 sgt kelakar ok. tp ending sgt sedih. its typical korean movie but still, i enjoy watching it. for those yang da tgk sure akan capture beautiful scenery dlm movie ni. and of course semua part yang pd aku sgt kelakar. ada scene yang 2 org mamat bkawan baik ni golek2 depan tv, bosan. and yg sorang ni suh amik kan remote tv and sorang lg x mau. last2... yg sorang ni mengalah, golek2 pi amik remote and bagi guna kaki! yang ni ok lg. aku still bole acccept. tp bila tutup suis lampu pun golek2 merentasi hall and sampai kat suis lampu sanggup lonjak kaki ke atas utk tutup, aku rasa cam.. senget btul cite ni. cite ni bukan cite baru ok.... i dunno how old it is. i think its quite a year jugak. anyway, yang blum tgk, sila tgk. hujung cerita bole teriak!

* p/s : suraya ngan kak aini, semalas mana pun korang, tolong jangan golek2 pi tutup lampu ok!!! nnt terlanggar sofa! :)

And i am currently trying my best to finish up this book call Can you keep a secret? so far, aku dah baca 50 pages and its really interesting. penceritaan yang sgt detail but simple sampai aku cam bole letak diri aku and capture my self as Emma. The author is Sophie Kinsella. Mmg buku dia best pun..

Malu-malu apa??

Hahahhaha.. bg aku gelak sat. Masalah jugak kalau aku ada internet connection kat umah. aku akan merepek ntah apa-apa kat sini. since suraya baru je menggeletek ati aku dengan lawak tak sengaja dia, adoilaaa... yaya.. jgn mrh nah?

td dok tgk cerita kat astro ria. hape nama nya tu.. ala yang pasal stewardess (am i spelling this word correctly? well.. ada aku pedulik? eheksss...) tu.. erm.. sat aku nak ingat.. haaaa! Awan Dania! kan heroin cite tu awek si fahrin ahmad sekarang...(since aku selalu dtg umah kak aini ngan suraya ni, kitorang sgt byk bergossip ok!) so we are talking about this couple.

suddenly suraya tanya, tu gossip ke btul2 couple? so aku pun jawab betullllaaaa... aku baca kat magazine betul.. and suraya sambung lagi cerita dia ada tgk cerita tv, tajuk hape ntah si fahrin tu berlakon dengan awek dia and they nampak cam semacam. nampak cam MALU2 KATAK!

kalau org yang da biasa kawan ngan kitorang akan faham yg kitorang sgt suke mencemarkan bahasa. suka tukar perkataan. sampai kdg2 org pening! (org pernah gelakkan aku gila babas bila aku bahasakan "jenama" as tajuk ok! cth : cantik la beg ko. apa tajuk? erkk... tak boleh ke ayat aku tu?)

so i tought that she is playing with the words again which is MALU MALU KATAK! so i said this to her , suraya... bole tak ko tukar ayat tu kepada binatang yang lebih comel??? tp dia cam buat tatau. kak aini still blur2.. ttiba suraya tanya balik. apa yang comel? and i said, ayat malu2 katak ko tu la.. tukarla kepada binatang yang lebih comel. i hate katak!

ttiba dia gelak and ayat ni klua, eh aku salah sebut eh? Bukan MALU MALU KATAK ke? ha???? dia bukan sengaja. tapi mmg dia sebut malu2 katak. aku pandang kak aini. and gelak. adoiyaiiiii.... kenapa mesti malu malu katak!!!! skrg aku tau 1 lagi kelemahan suraya. dia gagal dalam subjet kiasan!!!

to gatsue.. aku dah balas perbuatan suraya pasal "rumah terbakar panggil bomba" kat blog dia tu. so aku nyanyikan lagu ni utk suraya :

Lompak si katak lompat
Lompat la tinggi tinggi...
Cepatla katak cepat..
Jangan malumalu lagi...

Mua a a a aa a a a!

*mmula nak letak gambo katak kat entry ni. tapi... aku tak sanggup. I HATE KATAKKKKKK!!!

Sakit pinggang!

Akblogger-emoticon.blogspot.com lalalalala... tak sabo nak cuti weh!! penat. this few days dah la selsema, sakit pinggang la pulak. ntah napa ntah. rasa cam sengal and pedih. dok lelama pun sakit! uhuks... apasal ni.. nak pi clinic malas. i hate clinic ok... aku la manusia paling malas nak pi clinic. dr kecik kalau bab suh pi clinic je aku mmg malas. kak aini pun br balik dr clinic ni. dia sakit kepala. dia dpt ubat yang byk sampai suraya kata BANYAK NYE UBAT! NAK BUNUH DIRI KE??? hoh!!! senang je dia pi clinik kan? aku?? jgn harap! tapi oleh sbb aku ni jenis yang byk penyakit, daya tahan penyakit pun kurang aku terpaksala tadahhhhh je bila abah anto pi spital. kenapa spital? sbb bila aku allergic makanan or ubat, aku akan mengalami bengkak di muka dan saluran nafas sehingga menybabkan aku sgt susah utk bernafas.

since aku dpt penyakit ni, aku liat nak pi clinic coz aku takut termakan ubat yang salah. if that happen, aku kena masuk ward, or pi hospital, menadah lengan utk 2 suntikan (kalau out patient kalau masuk ward, 2 jarum, 3 kali sehari ok!!!) injection tu sgt sakit ok. injection utk nuetralkan balik ubat yang aku allergic tu x sakit sgt tp, bila inject nak surutkan bengkak tu.. adoiyaiii.. mmg sakit gila.bayangkan jarum tu dia cucuk pastu jarum tu dinaikkan sikit ke bawah kulit and tekan ubat tu! pedih siot. selalunya airmata aku tumpah time ni la sbb sgt sakit..

ingat lagi masa first dpt sakit tu, i was 12 yrs old. aku tgh bermain2, ma tgh lipat kain, abah pi keje, ttiba aku rasa pandangan mata aku makin kecik. aku susah nak bernapas. and i was like.. erk? ma.. nape na rasa muka na bengkak. ma pandang aku dan terjerit. Ya Allah anak aku.. when i look at the mirror.. bam boom bang!! aku kah ittew?? muka aku sgt bengkak, mata kecik and mencungap!!

first time mcm tu, so ma tatau nak buat apa. dia call abah. abah kata dia balik jap lg. ma panic kot. so dia pimpin gak aku klua, nak mintak tolong ngan neighbour. tp tak sempat coz aku tergolek kat tepi jalan. i cant walk. i cant breath at all!! abah balik.. benti kete tepi jalan and sgt terkunjat tgk anaknya ini berubah rupa. abah peluk and angkat aku masuk kete. well time tu aku x sebeso skrg ok! kalau skrg abah membuat percubaan mengangkat aku, hoh!!! mmg aku yakin dengan abah sekali masuk spital.

sampai kat emergency room hospital raub tu, nurse terkunjat. kenapa ni????kenapa ni??? aisyooooo makcik! kalu abah sy tau kenapa, xde la dia separuh gila bwk sy lari masuk dlm tu kan? nasib baikla ada doctor time tu. doc tanya abah, aku makan apa. abah mana la tau kan.. aku kat umah ma.. doc tanya ma. ma kata aku makan nasik je. lauk ikan. benda lain xde. rupanya aku allergic kat ikan sembilang tu. tp biasanya aku makan elok je. doc kata mayb badan aku da x bole addapt dgn ikan tu.. bole???? first time in my life aku kene injection 3 jarum berturut2 ok!!! dgn oxygen melekat kat idung, mata yang makin kecik dan susah nak nampak!

ma da nangis da ni, of cos la.. cuak.. doc tanya abah, kenapa lambat bwk hospital? abah kata 1st time aku camni.. doc kata kalau lambat lg 5 minit, mmg aku x dpt diselamatkan. gulp! aku cam terkesima. uwaaaa! bersyukurnya aku sebab awal 5 minit! :) so buat pertama kalinya, aku admitted to ward. masa tu kan, hospital raub ni hospital lama.. sgt antik ok. and agak menakutkan! korang bayangkan eh.. ward sume diperbuat dr kayu.. building to building tu jauh2.. atas bukit, ada pokok kemboja, ada pokok jati beso2... and alots of story mory the morning glory behind! uwaaaa! akak takut u ols!

tp nak wat cemana... itu je spital terdekat. lepas2 tu abah da bwk aku treatment kat hospital tawakkal. after stabil masuk ward, masa tu ayu ngan yoi kecik lg. so.. mlm ma xleh jaga aku. abah take part. tgh malam abah anta ma balik. then abah balik hospital. abah pesan kat nurse yang dia dlm kete. kalau pape, panggil je dia. ttiba aku terjaga tgh malam. ma da balik. aku cam.. uwaaaa! padahal aku tau abah dlm kete. nurse dtg kat aku.. nape dik? sy nak kencingggggg! nurse tu ckp, meh makcik anto pi bilik air. uhuks! taknakkkk!! sy nak abah sy...

nurse tu xde pilihan, dia ketuk kete abah and ckp ngan abah, anak encik nak g bilik air. sy nak anto tpi dia taknak. hahahhaha! abah da tau dah aku sure nak dia jugak. so abah masuk and anto aku pi bilik air. hoyeahhhhh! tiba aku dgr, nurse tu borak sesama sendiri.. dorang ingat aku lelaki ok!! salah aku gak, mmg dah gaya jantan dah pun. well.. who cares.. yang penting, abah anto aku pi toilet! hehehehe!

oleh sbb terlalu byk kali masuk ward, and pernah masuk ward 2 minggu.. aku sgt takut termakan ubat yang salah or makanan yang salah. sampi ari ni aku mmg takut nak makan ubat. takut aku allergic kat benda tu. ikan pun sama. masa mmula dulu kejap bengkak, kejap bengkak. bila bengkak abang ngan along akan gelakkan aku kaw kaw! ejek aku anak jepun la apa la. i hate! korang ingat bila mata dah tinggal segaris, senang ke nak tgk sana sini? uhuks!!

owhs.. penah sekali kan, aku dah bosan dok kat spital, ptg2 abah bwk aku lari balik umah. tgk maero attack! hahahhah! pastu ada sekali tu, dok syok main ngan kawan, jarum ubat kat tgn aku tcabut. dgn kompidennya, aku cucuk semula sendiri ikut lubang yang sama. bila nurse nak inject ubat.. jeng jeng jeng! x boleh and sakit. menggelembung je tgn aku. nurse da blur.. nape nih.. aku dengan kompiden cite, makcik.. td jarum tu tercabut.. saya masukkanla balik. nurse tu cam haaaa??? Ya Allah.. adik oi.. nape x ckp? hasilnya, dia terpaksa cocok kat sebelah lg!

well.. skrg jelas dan nyata kenapa aku x suke makan ubat dan pegi clinic kan. tp kenyataannya.. aku masih perlu ke klinik selalu coz aku masih mengalami alahan yang terukkkkk... :( pinggang makins akit ni.. uhukssss!!!

Monday, December 15, 2008

Macam mana kita nak tau...

Here i am.. in kak aini's and suraya's mansion again.. mansion?? pergh... bunyik cam best jek kan? well, its good to be here actually. i have them to talk to, i have them to eat together, chit chat, watch tv... and dengan rela hati menjadi bibik memasak apa saje yang mereka nak mkn dengan syarat brgnya ada kat dapo. ptg td dah selamat setin sardin kena korban. dimakan bersama roti pita garing. sedaps!!!blogger-emoticon.blogspot.comtapi br kejap ni we are talking about eating again! aiyoooohhh! cemana la nak kurus camni?

aku ada soalan, mcm mana kita nak tau sama ada org tu terbaik utk kita atau tak? mcm mana kita nak buat keputusan yang tepat dlm memilih siapa yang kita patut kawen? may be sbb aku blum jumpa, or belum rasa, so aku tak tau? actually, ada mcm2 yang klua if we talk about this matter. some people said, bila kita jumpa someone yang kita suka, yang kita nak, and everything falls into places, falls nicely, then... he is the one! (ni prinsip kairin... i guess thats y dia yakin dengan joe even he is thousands kilometers from her and end up they have tight up as couple, enggage and 1st May next year kawen).blogger-emoticon.blogspot.com

suraya kata, a friend told her that cinta tu tak penting utk kawen. erk?? is it? maybe jugak coz ramai jugak org tak cinta org tu tapi dorang kawen. yang penting they can take care each other, idup bahagia, buat anak.. then its complete! senang jugak bunyik nye kan? blogger-emoticon.blogspot.comtapiiii otak aku yang jahat ni pulak terpikir, mcm mana kalau dipertengahan umah tangga bertiang seri wat so ever tu, one of them meet someone and they jatuh CINTA pulak? apa jadi dengan org yang dorang kawen tanpa cinta? boleh compete ke dengan rasa cinta tu? maybe la sayang kat org yg dorang kawen kan, tapiiiii yang baru tu CINTA ma.. ahaksss.. gilo aku nih. but anyway, aku da tak percaya cinta lagi. as everybody know, my CINTA has gone.. longgggg time ago. mana lagi nak kutip pun aku tatau. nnt aku carik la di tepian kali ke.. tepian pantai ke.. tepian jalan ke.. oopsss.. NO NO NO.. cintaku tiada di mana2. hengat CINTA aku tu cm kat pasar borong? Bang, bg saya CINTA singgit... ala singgit sikit sangatla bang, 3 hengget la!blogger-emoticon.blogspot.com

i was always think about this... mcm mana bila tiba turn aku plak? katalah kan, suddenly aku bercinta dengan someone... and org tu ajak aku kawen. will i say yes? erk? buatnya time bercinta je ok, tp kawen nnt ntah apa2.. sure aku menyesal if i say yes. tapi kalau x say yes, mana la aku nak tau kan?blogger-emoticon.blogspot.com uwaaaaa! or time tu aku sure tau siapa yang aku nak. org tu boleh aku kawen ke tak.. kan kan kan?? tp, kalau aku tolak, ttiba sebenarnya dia lah lelaki terbaik utk aku. cemana? meroyan aku lepas tu beb! isk! ttiba kan lepas tu langsung takde org ajak aku kawen dah. lagik menyesal. keluar air mata darah segala wooo...blogger-emoticon.blogspot.com

erk... cemana ni suraya? (ttiba aku petik nama suraya kan? hek hek hek!) sedangkan aritu ex aku tu ajak aku kawen aku dah blur... btul ke.. tidak ke... patut ke aku terima, tidak ke...kalau kawen cemana.. tak kawen cemana..tp nasib baik dia dah gone balik. ntah pi memana ntah. aku send msg kat dia, tanya dia idup lg ke tak. but he didnt reply. so i assume that.... he's gone! owhs... next week 27th.. ntah2 dia busy. maybe dia decide nak kawen dengan tunang dia. well.. i wish him all the best lah. blogger-emoticon.blogspot.com

ooopsss... back to the topic, aku rasa kan kalau ttiba lah org lamar aku, ajak aku kawen bbtul and i like that guy so much, aku akan pitam! debushhhhhh!blogger-emoticon.blogspot.com bukan sebab aku terkejut ada org nak kawen ngan aku tapi aku pitam sebab aku tatau nak bg jawapan apa!!! ha.. korang gelak la kat aku.. aku ckp serious wo... aku tatau cemana org boleh jumpa, few months tunang and kawen! aku kan dulu penah btunang. tp kitorang x serious sgt bila ckp psl kawen coz masa tu ex tunang nak abiskan study dulu.. after dah keje balik setahun baru dia nak settle down. tp sesekali aku ada jugak tpk, btul ke dia org yang aku nak kan... hasilnya... mmg x jd kawen.. and aku menjadi bekas tunangan org ataupun, bekas bakal pengantin or bekas bakal isteri. blogger-emoticon.blogspot.comhahahha..


blogger-emoticon.blogspot.comjap.. kenapa aku perlu peningkan diri pikir sume ni? perlu ke? mua a a a a ! bengong rina nih.. ntah ler.. makin nak dekat ayu kawen ni, aku plak bengong. nak nak kan, baru2 ni salah sorang kawan aku ada masalah yang aku pulak tolong pikir. she has someone yang suke dia gila babas. sanggup apa sahaja. sgt baik.. tapi ttiba kawan aku ni xde feel. kalau jenis cam aku ni boleh jugak la accept org tu dulu then develope sayang tu kemudian (jgn amalkan cara ni ok!). tapi kawan aku ni.. no no no... mmg jgn harap le.

ttiba aku plak bole teringat yang kawan aku ni penah ckp ngana aku, dia mmg sentiasa berdoa lepas solat, moga dikurniakan lelaki yang baik dan soleh. macam mana kalau doa dia dimakbulkan tuhan? mungkin mamat ni untuk dia?? tapi... perlu ke dia cuba terima mamat ni? or... just ignore.. erk! apa hal aku pulak yang pening?? aisyioooooooo! aku mmg suke semakkan kepala dengan masalah org kan? well.. all the best friend!blogger-emoticon.blogspot.com

Makan Pisang Saje...

* Semak pulak aku nengok background blog ni. Sungguh tak cantiks ok! kak Aini, tolong sy! :)

Well.. as usual, went back to my hometown. mmula konon tak nak balik sbb nak temankan suraya tapi suraya kata dia nak pi kenduri sabtu. so decided to go back. (ttiba mlmnya chat ngan suraya, suraya kata dia tersilap tarikh! bole?? suraya bosan gila tahap gaban.. adeh...)

2 days at home.. release. sempat ngadu ngan ma pasal keje yang membuatkan ma pun hangis sama. ma kata cari keje lain. definitely ma.. anak²? adoiiihhh... fenin! adam ngan anis yang sgt active. aku dah la x berapa sihat. selsema.. aisyiooooooo semput tau!

abah ngan ma dok g jemput org utk kenduri. wah.. next week! jeng jeng jeng! eheksss.. ma abah punya excited sampai sanggup pi 3 kenduri dlm 1 hari. tp kan mmg gila byk org kenduri minggu ni.. even on our event date, ada org kawen kat dewan simpang kallang tu. so diingatkan kepada tetamu, majlis kitorang kat umah ye. bukan dewan. nnt korang tersalah makan nasik kat tempat org. hue hue hue!

smlm pi nilai lagi. last round. mmula nak balik kl terus. ma x bagi. nak jugak suh aku balik arini.. adoiyaii.. hasilnya aku sgt flat! bangun pepagi balik kl nak keje. (kang org kata aku tak buat keje lagi kan!) adam x berenti bckp dalam kete. smpai kan dia dok bayangkan dia jd monyet. dok atas pokok. turunkan buah. makan pisang saje.. dan dijaga oleh mama monyet!!! adoi...

This week will be my last week working. ho yeahhhhhh!!!

Thursday, December 11, 2008

What i have inside my mind now...


Hermmm...

~ my sister is getting married soon. i am really happy for her. seriously. i know what she had gone through for all this years. i wish for her happiness. but deep inside, i feel sad. everything will change... even she say's no..but i believe it is..

~ before, when it comes to marriage issue, when, when and when, i always put this word into my mind " it is not so important for me, i dun care when it will happen or i dun really care about it." but actually i was lying... i lie to myself and of course i lied to people arround me. deep in my heart, i feel sad. i'm bit worried. will i married to someone? will i not? will someone come to me and love me and ask me " will u marry me?" those questions make me insane sometimes. uhhh... how i wish to know that someday i will meet someone that is true and starts may new life in marriage world. having my own kids arround... happily ever after stories... hemmm... at this moment, i cant even imagine about that! my eyes projector never project those images!

~ last week, something came out from abah's mouth. " awak jgn rasa tertekan, jangan tension. sampai jugak masa awak nanti. abah dengan ma terima siapa pun awak pilih. asalkan dia bole jaga awak, awak boleh tumpang hidup dia, cukuplah. abah terima siapa pun dia. cina ke india ke abah terima". those words make me so sad.. bukan sebab aku terasa hati ke apa tapi sedih... something that its really hard for me to explain. may be org yang penah lalui faham kot kan? "abah.. thank you so much for understanding... and ma.. kalau jodoh na dengan yang sekarang, na harap ma terima... tapi kalau dia bukan jodoh na.. insya allah na cari yang lebih ma suka.."

~ please... stop asking me about kawen.. jodoh blum ada.. seru blum sampai.. i've been through everything i should in realtionship. sampaikan 1 tahap aku sangat serik dan aku x lagi nampak berkahwin itu satu jalan penyelesaian yang bijak. aku tak menafikan hukum alam, tapi biarlah dulu.. sampai masa aku jumpa yang sesuai, orang yang aku percaya tak akan menyakitkan aku, tak akan mengecewakan aku, yang x akan mencari perempuan lain selain aku, insya Allah aku bukak hati utk pergi ke arah itu. tp buat masa sekarang, aku bahagia dengan apa yang aku ada.. untuk kesekian kalinya... fahami aku!

Headache on Public Holiday? Pathetic!!!

Headache yang amat sgt arini sampai suraya tolong picitkan kepala. maybe because i didn't sleep well lately. tgh malam sure terjaga. or else.. this few days, i think too much so i got headache and my head overload! helepppppp heleppppp!! hehehehehe..

arini public holiday for selangor. i was so blur sampai kena tanya suraya kenapa kita cuti? jawapannya adalah... birthday sultan selangor la... ampunnn tuanku.. eheksss... patik menumpang dibumi selangor. patik anak pahang yang sejati. so maafkan la patik. anyway.. happy birthday tuanku! :)

last nite tido arround 3 am. merepek meraban dengan suraya and kak aini. aku ada bwk yakult. i loveeeee yakult instead of vitagen. bukan tak suka vitagen tp since ada yakult, aku jarang minum vitagen. maybe because i had too much vitagen in my life. heloooo since i was 3-4 yrs old ok.. so just ubah angin la kan.

did u guys notice that yakult is smaller than vitagen and the straw looks shorter than any other straw? aha... kak aini dengan rakusnya minum yakult ni. ttiba aku nampak dia terkial-kial nak menghabiskan yakultnya yang kecik ittew.. kak aini perasan. tatkala kitorang bertentang mata.. jeng jeng jeng! kitorang tergelak gila babas! kenapa?? sbb kak aini tak tarik straw tu kasi panjang!!!

adoiyaiiii... alasan yang best "akak x penah minum yakult ok! akak minum vitagen". kakakkaa... sudah la akak... pi bejalan sampai ke UK. yakult pun x reti minum. mua a a a a a! end up dia koyak sume penutup tu dan abiskan. eheks.. failed la akak ni..

td pi alamanda. ramai org la. may b sbb selangor cuti kan? pegi sebab suraya nak beli shampoo sahaja. akhirnya bukan setakat shampoo tp segala makanan yang menggemukkan kitorang dpt termasuk sushi. i like!

i miss someone badly.. cepatla balik.. uhuks!!! esok keje.. adoiyai.. x sabo nak cuti panjang... hermmm...

Wednesday, December 10, 2008

If i were a boy..

If I were a boy
Even just for a day
I’d roll outta bed in the morning
And throw on what I wanted then go
Drink beer with the guys
And chase after girls
I’d kick it with who I wated
And I’d never get confronted for it.
Cause they’d stick up for me.
[Chorus]
If I were a boyI think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man.
I’d listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he’s taken you for granted
And everything you had got destroyed
If I were a boy
I could turn off my phone
Tell evveryone it’s broken
So they’d think that I was sleepin’ alone
I’d put myself first
And make the rules as I go
Cause I know that she’d be faithful
Waitin’ for me to come home (to come home)
(Chorus)
It’s a little too late for you to come back
Say its just a mistake
Think I’d forgive you like that
If you thought I would wait for you
You thought wrong
(Chorus)
But you’re just a boy
You don’t understandYeah you don’t understand
How it feels to love a girl someday
You wish you were a better man
You don’t listen to herYou don’t care how it hurts
Until you lose the one you wanted
Cause you’ve taken her for granted
And everything you have got destroyed
But you’re just a boy
*If i were a boy.. actually lyric ni betul.. SY SOKONG! jd lelaki, tak payah nak pikir byk. apa xnak buang or campak sahaja. dah bosan, buang. takyah nak pikir org lain. camtu jugak in relationship. kalau perempuan byk nak pikir... itu ini. tp lelaki, they always put these things in their mind : BUNGA BUKAN SEKUNTUM. ARINI PUTUS ESOK BOLE CARI LAIN. BINI X BEST KE BEST KE GF LAIN MESTI ADA! (mua a a a.. nasib la kalau ada yang terasa) lalallalala...
Aku sgt tertekan dgn apa yg jd semalam. esok selangor cuti. so aku lepak umah suraya. friday pi keje dr sini. hopefully aku boleh ajar otak aku jgn berpikir sgt coz bila otak aku berpikir non stop, otak aku akan blur. bila aku blur, aku akan nangis! smlm n\number phone sendiri aku tak ingat. nak cll bf pun number dia aku lupa! aku drive hampir terlepas simpang. aku tak tido semalaman. arini sampai tempat customer pun aku blur lagi. I HATE!

I had a bad day!

bad day.. bad bad day... semalam ntah apa la kenanya.. sometimes aku rasa cam disappointed jugak dengan keje ni. smlm aku sgt tertekan. i cried! tp lately mmg aku sensitip pun kan.. ceritanya camni..
last friday aku ada event. my boss know. x kiralah ceo ke sr manager ke apa ke.. they should know coz what ever yang aku attend aku send email. even benda tu x de kena mengena ngan aku, sr manager aku ni yang gatal bg kebenaran aku handle event tu. so i was in puchong.
my ceo called on last friday. he knows that i'm having that seminar. suddenly aku dpt email dr manager. dia kata org tm cr aku. call x dpt-dpt. actually blackberry bengong tu ada problem. sometimes aku just terima missed calls msg. tak ringing tak apa.. ttiba missed call msg. org complaint x dpt call aku. yang best tu, email tu cc'd ceo.
after that aku follow up jugak la pasal tm tu.. bukan urgent pun. ttiba smlm aku pi opis sr manager2 (which aku x report kat dia apa pun) he is not my manager, aku involve dgn dia pun sort of dipinjamkan ttiba dia ajak aku pi minum and sambil tu bg lecture. dia kata aku cm tak contribute pd company la apa la.. aku call x angkat la, call x dpt la.. and they suspect aku x buat keje tp ntah pegi mana-mana.
i was shocked!! selama ni xde pun camtu. selama ni puji aku melambung. tp since ada org baru yang buat keje cam aku, aku terasa la jugak cam x dipedulikan. yang best nya org baru ni kecoh. buat itu kecoh. buat ini kecoh. skit email. skit email. pada aku benda tu sume x penting. yang penting aku buat keje and ada result.
but for them lain.. kene kecoh br nampak cm buat keje??? hape kebendanya tu? lepas sessi lecture kat starbucks tu aku rasa sgt down. x pernah dlm sejarah idup aku kena camtu. tak pernah org x puas hati ngan keje aku. uuuhhh.... nangis wo..
balik opis aku chat ngan kak ani (opis mate). kak ani bukak cerita, last friday kecoh. manager konon cr aku. tp x dapat. dok kecoh sana sini mana aku. pastu siap kata aku x buat keje. hilang ntah kemana. aku bila baca ayat kak ani tu, hancur berkecai hati aku! mcm mana dia boleh kata dia tatau aku kat mana sedangkan dia yang agree utk aku join event. mcm mana dia boleh kata dia tatau sedangkan semua email cc dia?? ceo sendiri mmg ada call aku aritu. apa hal dia pulak ttiba kata aku camtu??? and seingat aku, aku xde dpt missed call msg ke apa ke dr number dia!!!
masa sr manager2 lecture aku, 1st dia ckp, aku di ambik keje utk jaga org tm.. jaga relationship dengan tm and cr business. thats what i do so far! ttiba dia kata, relationship as FRIEND. company tak support apa-apa hubungan yang lebih dr tu. mmula aku blur.. sampai ke sudah pun aku blur actually...
masa chat ngan kak ani, aku rasa x tahan sgt. aku pi toilet nangis. rupanya kak ani ikut. kat toilet ckp direct ngan kak ani.. kak ani citelah apa yang kecoh.. pastu rupanya, dorang ingat aku ada affair dengan manager tm! hoh??? apa kejadahnya... xde kuasa la aku nak menempah bala. bukan ensem pun dorang tu. sume da beranak pinak. bukan muda lagi. bangang punya perception. itu yang buat aku sgt upset and disapointed! KORANG DAH ILANG AKAL KE???? aku xde la mcm org lain beb. sanggup buat apa saje asalkan dpt sales. gila ke apa???
dorang suspect org baru tu yang pepandai bwk mulut. even finance manager kitorang pun dah terkena. adoiyaiii... mcm sial la.. dah la masa mmula dia masuk mmg sume org x suka dia. ampeh btul! skrg aku plak kena. apa kes??? damn!
lg aku x puas hati, si manager aku ni pun, kenapa x sound aku sendiri. sbb selama ni aku report kat dia. apa pun under dia. kenapa pulak si manager2 yang xde kena mengena dlm idup aku tu yang pi lecture aku??? kalau lecture aku pasal salah aku yg mmg aku buat takpe la jugak. uhhhhh.... tekanan!! seriously sampai arini aku sgt sedih dan sgt keciwa! smlm mmg aku x tido...
arini aku dok kat tm shah alam. buat keje aku. jap lagi aku akan anta 1 report yang panjang apa yang aku buat arini. aku decide dah, aku akan email apa pun yang aku buat. even benda tu xde apa sgt, aku email jugak. biar pun sebaris ayat. tu yang depa nak kan? bole... xde masalah. pasal blackberry bengong tu, aku dah report kat management. kalau dorang x tuka gak enpon bodo tu, mmg terusan la aku x dpt dihubungi..
hemmm... dugaan kan?? bak kata kak ani.. dorang mmg mcm tu. dulu org lama berenti sebab tu la jugak.. nampak gayanya aku kena cr keje baru.. kalau terusan camni, buat sakit hati je. any vacancies for business development or liason? carila aku.. i'm looking for new job. sume org kata susah nak cr keje skrg. tp insya Allah.. rezeki tu ada.. kan?

Tuesday, December 9, 2008

Mimpi...

Aku ni jenis yang susah nak ingat aku mimpi apa. syok ke tak ke bila bangun sure lupa. tp lately sume mimpi aku, aku ingat. last nite, aku mimpi aku mrh yang amattttt sgtttt! yang bestnya, aku x ckp sepatah pun dgn org tu, and org tu tak ckp apa pun ngan aku.

tp... tangan aku yg bercakap bg pihak! i keep pukul org tu, tampar org tu. org tu diam.. terima je apa aku buat. masa aku marah tu, aku nangis. nangis sambil tampar. aku hayun tgn sekuat hati. siapa kah??? jeng jeng jeng.. "pundeks" itu la..

ntah napa smlm mimpi dia. marahnya aku sampai terjaga. bila terjaga, aku terasa nafas aku laju. penat. pipi basah coz dlm mimpi tu aku nangis. rupanya bbtul aku nangis. masa drive balik pagi td pun aku teringat. ttiba je aku rasa sgt sedih dan aku nangis!

mimpi... permainan tido.. so.. dont bother! :)

Salam Aidil Adha...

~ Salam Aidil Adha... Sorryla coz belated. last week mmg schedule bit tight. Friday x masuk office langsung. Event in puchong went successful. Foohh.. lega.. another 5 coming up. Syok jugakkk... after settle sume (sempat p body massage.. thanx sis!) balik raub dgn bakal adik ipar ku ittew..

~ Saturday, kemas bilik dgn izah. pergh.. kagum dengan hasil kerja sendiri! tp xleh expose lagi. x suprise la kan. mua a a a a ! awalnya buat bilik pengantin? aku x larat la nak buat sume last minute. lepas ni da x payah nak pikir pasal bilik, xyah nak pikir pasal hantaran. just settlekan door gift and dapur sahaja..

~ Skrg umah jd tempat berkumpul anak buah. aku terasa balik ke memory silam la plak. Chewahh.. dulu rumah kitorang mmg sentiasa meriah dengan sepupu sepapat. since pindah kuantan, semua tu gone. skrg.. meriah! Tp sume dah beso belaka. epit je yang skolah lagi. yang lain sume dah keje, further study. tp 1 yang tak berubah, perangai. adoiiyaiii.. kalah budak tadika.

~ 3 ari kat raub, ujan je. mandi sekali sehari, nak buang air pun ngeri. sgt sejuk ok!! adoiiii... pakai stockin dah gaya org dlm pantang dah. nk klua pun malas... mata ngantukkkk..

~ raya biasa² aje. sume dok melepak kat umah. ma ngan abah je sibuk berjalan sesambil jemput org dtg kenduri. kitorang kat umah? melayan anak² yg sgt nakal! tp yang lain dr biasa.. makanan habis. aku rasa sebab ujan kot. makan dan makan dan makan! heheheh!

Thursday, December 4, 2008

tipah tertipu...

Ngantuk... smlm kat umah suraya, tido kol 3 kot. da atas tilam pun bole sempat sok sek sok sek. hasilnya... pg td sume mamai.. aku telah dianiaya mlm td. aku dikerah membuat air dan menggoreng mee. hehehehe...xde lah. mmg aku dgn rela hati buatkan air teh o ais utk org yang baru balik dr UK tu. kol 12 sume lapa lapa lapa. nasib baik kat dapo ada mee kuning. so.. aku goreng mee bersama meat ball di kala 12 malam. aiyooohhh.. mana x gumuk! tak termasuk biskut cheese and chocolates yang kak aini bwk balik tu.

arini first attempt brakfast with msc team. they are not as bad as what people describe or what eva yang aku penah dengar about dorang. fun jugak. may aritu still br. skrg dah makin kenal. alhamdulillah.. makin mudah la keje camni. harini invitation shj. esok br event yg betul.

mlm td, sambil tgk tv, makan and so on, aku main² dgn laptop kak aini. baca blog² yang kak aini selalu baca. tibala kat 1 blog yang aku rasa sangat sempoi dan bengong. org yg tulis blog ni mmg layan kepala sendiri and ckp sesuka hati about her life, her family and cara dia bercerita tu kelakar. biarpun ayat² tu siap caci maki dan perasan bagus, tp cam syok plak baca. kelakar siot.

arini aku sambung baca lagi. hehheheh.. i would like to share with everyone here. tp aku takut jugak org tu x suka share blog dia dgn org kan. so.. x yah la yek. biar aku je la gelak guling² baca. hek hek hek!

* to suraya... ko sgt hampeh! ko berjaya memperdayakan aku ngan gatsue ttg kid rock kau tu! hangeeeennnn! sue... blasah suraya jommm!!!

Wednesday, December 3, 2008

It's complicated...

Im at yaya's house again. Kak aini dah pulang ke pangkal jalan. hahahha.. kotla dok uk sebulan dah lupa jalan pulang kan? anyway, thank u for the fridge magnet n chocolate yang akan menambah kebulatan ku ittew.. ah kak, more gebu! eheksss...

Y am i here? becoz esok ada keje kat puchong. so gerak dr sini. friday pun sama. but esok xleh lepak sini coz i need to cleanup my room before balik raya. anyway... cuti panjang dah lulus! ho yeah... i will start my holiday 20th december till 30th december. hambik ko! adik kawen, aku yg cuti sampai 10 hari. ahaksssss... kepada semua cousin ku yang bekerja sekalian, sila apply cuti anda cepat!! kepada yang dah pegi AFRIKA tu... mmg sat lagi abang jd batu kat sana! bole pulak time nak kenduri besar ni dia kene pi sana. sadis btul tauuuu!

owhs.. i saw someone status from married change to "its complicated"!!!! mengapakah? mua a a a a! jahat tak aku gelak?? well... suke ati aku la kan.. what eva happened behind the "it's complicated" tu.. THEY DESERVED IT!!!

Aidil Adha is coming soon... X sabar nak tunggu friday and.... cabuuuttttt! :)

Tuesday, December 2, 2008

Walimatul Urus...



Walimatul Urus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Mohamad Khabri Bin Othman

&

Roslah Binti Abdul Rahaman

Sepahar Nasi Kunyit, Sejambak Bunga Telur, Dengan besar Hati Mempersilakan
Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik

SEMUA YANG BACA BLOG CASRIENA INI

Sekeluarga untuk menyerikan lagi Majlis Perkahwinan Puteri kami

IDAYU
&
KHAIRUL HASLI


Pada hari Sabtu, 27 Disember 2008 bersamaan 29 Zulhijjah 1429 Hijrah
bertempat di PT 11228 Kg Simpang Kallang, 27600 Raub Pahang.

Semoga dengan kehadiran para hadirin sekeluarga
akan menyerikan lagi majlis kami ini dan mendapat keberkatan serta
keredhaanNya. Insya Allah... Terima Kasih. Wassalam


Aturcara Majlis :

Jamuan Makan : 12.00tgh - 4.00 ptg
Bersanding : 1.30 ptg

Turut Mengundang
Seisi Keluarga


Monday, December 1, 2008

Christmas Tree @ The Curve




We wish u a merry christmas.. heheheh.. blom la. tapi kalu pi the curve decoration... oiii mak aih. mmg kelas! christmas means my birthday. birthday means i am 29. 29??? uwaaaa postpone la bole? 1st time dlm sejarah, aku agree ngan ayu n nani, tahun ni xde christmas. bole???????? mua aa aa a a a a!!!

Another happening weekend...

Kenapa happening? Akhirnya epit selamat disunatkan... alhamdulillah.. kenapa lambat? atas sebab² tertentu doctor x boleh buat masa dia age yang sepatutnya. baru sekarang keadaan dia mengizinkan.. so.. epit sudah besarrrrrr (mmg skrg pun beso!) skrg cuti sekolah kan? kebanyakkan university pun cuti. so ada la muka ajib ngan pade kat umah. dorang tolong mak kemas bilik epit. coz nak masuk perabot. nnt nak guna bilik tu. tp dorang ni buat keje skit, break. buat skit lg, pi lari berlatih kompang. bole? adoiyaiiiii.. pening.


(Epit selepas di "potong" hahaha.. abah letak hanger kat "situ" coz umah moden mcm mana tak gantung kain ye tak? hahahha)

Anis n adam... aduh.. nakal sungguh. sorang jerit. japlg sorang lg jerit. mmg masak lah aku. adam kol 2.30 pg baru nak tido. aku dah pening mengantuk! dah penat kemas, bole pulak dia tak nak tido. kalau dia dok main sensorang takpe... tp ni kejap kang MUMMY...! MUMMY!!! adoiyaiiiii.. anis marah skit nangis. marah skit majok. makan x mau suap sendiri. dorang dah 2-3 ari tak mau makan nasik. nak tunggu suapkan. parah!


(Adam yang disabotaj oleh Annies)

after this, weekend sgt busy. Its december! so.. preparation sume nak kena siapkan. org lain nak kawen, akak jugak tunggang terbalik tau!!! pengantin siap tak balik! wa sgt hangin ok! korang kalau rasa nak kawen, BALIK!!! penat tau!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template