Tuesday, September 29, 2009

Kita dah lama..

Kita dah lama tak berbicara
kita dah lama tak bercerita
nampaknya... biar lah begini
kerana bicara dan cerita kita menyakitkan hati
dan aku sgt penat menangis!

aku selalu bertanya mengapa ingatan ini masih kuat
seperti kata kamu,
kamu mengingati aku setiap harimu
mungkin kerana itu ingatan ini terlalu!

ku anggap saja kata2 itu dusta
kasihanlah aku.. sekali ini sahaja....
telah ditunjukkan tuhan hikmah nya
biarpun lambat tp cukup menyedarkan
sesuatu yg perlu kita pelajari
apa sahaja perlu keredhaan Nya..

Monday, September 28, 2009

Gila malas!!!

Selamat sampai ke KL tanpa sebarang halangan.. alhamdulillah..
tapi gila malasssssssssssssss arini.
sume org pun camtu.
ditambah pulak gaji lum masuk, lagi la xde mood nya kan!
ggggrrrrrrrr..
sekarang masih di opis.. apa cer???
temankan si Kamm menyiapkan tender nya utk disubmit esok.
takpe.. tolong kawan2..

Urghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!! kemalasan yang melampauuuu!

** Pening tgk invitation open house yang berlumba2 masuk kat email!!!

Habis sudaaaa...


Ok.. ok.. cuti sudah habis..
esok sila kembali bekerja..
sekian terima kasih..
(dengan muka yg sgt malas)

Sunday, September 27, 2009

Mum's interest...





Actually dah lama ma suka benda2 ni. tp aku malassss nak melayannya... tapi lately dok berumah tangga kat Amcorp mall tu, ada kedai yg jual benda2 ni dengan harga yg affordable. kalau jenama Vantage tu, lambatttt skitla nak bg dia kan. 1 tea set sampai 5-6 ratus wooo..
aku rasa dah jd cam hobi aku gak la menda alah ni. skrg otak dah mula pikir, nak beli apa lagi eh? gegeeeggegeg!

Friday, September 25, 2009

Pejam dan celik!

Pejam celik pejam celik, dah ari jumaat.
Senin dah keje balik..
Urghhh... malasnya!! Can i just stay at home?

Skrg tgh malassssss nak taip pepanjang..
Urghhhhhh!! malas lagi! ha ha ha..
apa yang aku rajin skrg ntah leeeeerrrr

Emmm...belum puas melayan bbudak nih.
biarpun penat, tp sgt puas hati.

Bila la si Ayu nak bersalin ni..

Thursday, September 24, 2009

Color's of Syawal 1430H

















Berkemas...

I am soooo damnnnn tired today..
mengemas segala2 yang x sempat dikemas sblm raya
Bole??? ha ha!
baru ni la nak ubah perabot sana sini.
before puasa tak laraaaatsssss!
arini baru buat sume..
ok la kan drpd x berkemas terus.. :)


** hey you! saya dah dapat ketenangan sy.. biarpun kdg2 kenangan itu terlalu pedih!

Wednesday, September 23, 2009

3 hari di hari raya? Kami beraya di AQUARIA..





Arini beraya kat AQUARIA.. hajat along... kami tumpang saje.. hehehhe! terasa lemas aku dok dlm air bebanyak tu. adeh.. masuk tunnel tu lagi la. mcm2 dlm otak. kalau lah itu, kalau lah ini. tgk gigi shark tu, haih... seram seh!!!

Monday, September 21, 2009

Cerita Raya Kami..






Alhamdulillah.. raya yang sgt meriah. Penat makan dan penat ketawa. sampai 1 tahap perut masing2 cramp sbb terlalu byk gelak. umah jd sgt huru hara. rasanya org2 yg dtg ke umah depan tu lg ramai. tp aman je. umah kitorang? huhuhu... mcm nak runtuh.


Sessi bersalam yg sgt menyentuh perasaan.. byk yg tersurat dan tersiratnya tahun ni.. apa pun, moga kehidupan 2 keluarga ini akan lebih baik..


Malas nak taip pepanjang. utk cerita selanjutnya, can i just let the pictures talk?? :)








* Kepada "seseorang" itu, Selamat Hari Raya.. hanya itu yg mampu aku sebutkan.. tau kah kamu ayat2 mu terlalu menyakitkan?

Sunday, September 20, 2009

Raya lagi!


Cerita raya kemudian la eh.. yang penting gambar! keh keh keh! perut dah sebu makan macam2 beb. adoiiii.. punah semua diet!!!

Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran




Kepada semua,




Selamat Hari Raya Aidil Fitri..


Maaf Zahir dan Batin..






Ikhlas dariku..


CasRiena Khabri


Friday, September 18, 2009

Balik kampungggggggg!!

Arini nak balik.. Ho yeah!
korang yg nak balik jejauh tuh, drive safely ok?
semoga selamat sampai..
RAUB... nantikan kepulanganku!!
Hahahaha!

* Kagum gila bila tol sunway tak jem arini.

Wednesday, September 16, 2009

Touching sgt...

Assalamualaikum…

Di kesempatan ini aku nak wish korang sume Selamat Menyambut Lebaran..Nowadays dah x de bg Kad Raya dah kan ..Kalau dulu..siap kumpul & kira berapa dapat Kad Raya..
Ada yg by hand..sometimes tertunngu2 abg posmen datang…

Pak Lah : Moga Lebaran nie lebih bermakna..Maaf Zahir Batin & take a good care of yr health

Alin : Duit collection jualan kueh raya ko aku dah bank in kt yr CIMB semlm…Baju untuk attend ko kawin pun dah tempah…

Bad : Thn ni mesti x dapat duit raya kan …awk dah sibuk nak settle majlis on December...Awk..duit tempeyek byr lepas raya leh?

Ima : Bj raya yg aku courier dah sampai ke lum???Cian ko kene beraya kat Langkawi Thn ni…& thanks 4 the support masa aku sedih fsl MARA hr tu

Imah : Air 1.5L yg ko order aku dah beli dah…jgn lupa amik…& kalau next year ko nak tempah kuih kt aku dah blh..setakat nie high demand gak kuih aku..
Dah terima tempahan untuk raya haji lagi( he he he..tp Alin ko jgn risau…aku x wat kuih yg ko jual…)

Faizah : Lama ko x dtg visit aku…dari aku 55kg sampai la 60kg…tapi td aku baru timbang..dah 55kg balik..yabedabedu…

Nana : Selamat Menyambut Hari Raya…Rindu kat spaghetti ko…hmmm dapnyer

Min : Last ko call aku before aku berangkat g bandung …pas tu senyap jer…pastu ko x update pun kitorang fasal Abg Faizah tu...

As : Mummy…ko lagi sorang senyap jer..selalunya every year ko dtg kilang beli air..thn ni x dgr citer pun..

Riena : Ni usahawan perfume ni blh ar hulur angpau hijau kt aku..kan jenet kan..


Kalau ada salah & silap...Maaf Zahir Batin

Regards,
NUR HAZIDAH BT AB WAHAB
AR Controller, One Stop Centre


* Above email is from zida. ntah kenapa aku sgt tersentuh bila baca.. i miss my good old days.. idup dengan kengkawan. suka duka.. emmmm.. i miss u all. rindu gila.. bila puasa n nak raya ni pun aku teringat sgt kt korang. mcm mana kita bukak pose ramai2 sama2.. bentang surat khabar, letak juadah yg beli kat param, makan ramai2...

teringat gelagat alin yg 1st day puasa nyanyi lagu raya pastu salam sume org... teringat zida yg control ayu bila klua ngan paklah, apai ngan ima yg kalau dapat bergaduh, boleh runtuh rumah, same goes to min ngan as, aku, nana ngan krame yg sempoi.. damn!!! i miss u all bebeh!! rindu nak drive memalam ntah kemana2 pastu kena kejar ngan jantan. hahhaha!

My replied :

Terasa sedih plak aku baca wish si zida nih!

Well, kengkawan...

kepada yg nak kawen, sedar2 la diri tarikh makin hampir. memana yg tak siap tu, siap2 kan la. hehehe..
yang jauh dimata semuanya.. korang tetap dekat dihati.. Damn! aku rindu dengar suara alin nyanyi lagu raya "berlalu lah sudah ramadhan..." tu masa first day puasa. nway.. aku buat ringtone dah lagu tu. aku rindu sahur sesama, bbuka sesama.. gaduh2 ngan apai.. kena marah ngan ima, seriously.. miss that soooo much!

yang dah berfamily, sure raya korang sgt bermakna kan.. anak2 didahulukan. :)

yang bujang.. enjoylah raya bujang ni puas2.. haha.. nnt kalau dah kawen kena gilir2.. which i really dont know how can i survive raya without my family! hehehe.. (maybe sebab tu jodoh aku x sampai2 lagi ni)

Selamat hari raya semua.. ampunkan salah silap aku... jumpa korang sume masa wedding alin nnt ok?

muahsssssssssssssssssssss!

Regards :

Casriena Khabri

http://casrienakhabri.blogspot.com/


*** Aku rindu kamu, kawan... RINDU!!!

Aku mau...

Aku mau lupakan segalanya tentang dia..
tapi makin dicuba, makin kuat dia dtg dlm otak ni
bukan senang nak lupakan bila separuh dr hari ku mmg bersamanya
tapi semua tu masih tak menjamin dia kekal di sisiku..
masih tak menjamin bahwa dia x akan meninggalkanku..

masih terasa sedih, sakit, pilu..
kenapa rasa ini terlalu?
sedangkan semua tau yg dia bukan yg pertama..
ntah yg keberapa kali dlm hidup aku sejak aku kenal,
bagaimana rasanya menyayangi lelaki asing...
yang awalnya membahagia kan siang dan malam
tapi akhirnya menderitakan!

entahlah..
aku masih mencari kekuatan.. mungkin!
kalau benar kekuatan itu belum ada, aku harusssss mencarinya!
tetapi kalau sebenarnya kekuatan itu sudah ada
cuma aku yg gagal mengawalnya.. makanya... aku perlu belajar!!

Ya tuhan...
Aku mau lupakan segalanya tentang dia
kerana hari2 ku terlalu sakit mengingatkannya..
Aku mohon segalanya lancar dan mudah bagiku..
Amin.. ya rabbal alamin...

Tuesday, September 15, 2009

Sabar rina.. sabar..

Arini aku ada jemputan berbuka kat sime darby. ditakdirkan tuhan, semeja pulak dengan org2 ex company dulu2.. ttiba berceritalah pasal hamba Allah sorang ni. majlis berbuka yg mmula fun bg aku jd kelat! darah aku menyirap kat muka. seorang ham Allah ni buat mcm2 cerita pasal aku kat sume org tu. tapi yang bestnya, cerita tu sume dia yang buat!!

mulut aku mmg nak maki la kan.. aku x cite pasal dia kat org. apa hal nak buat cite pasal aku. pulak tu cite tu sume dia sebenarnya yg buat. damn! aku dah lama x buat keje serang org maki org sampai lebam beb. mlm ni pun aku sgt sabar. muka aku sgt panasssss sampai lyn pegang muka aku. and sume org nampak muka aku merah. (ooo.. mcm ni rupanya kalau aku nekad nak sabar..)

Urghhhhh!!! pesanan penaja : cukup2 la buat cerita sana sini nak raih simpati org. dah byk sgt cerita pasal awak ni. org sampai dah naik muak. tp paling x sangka aku pun jd mangsa sekali? isk isk isk.. what ever it is, we know the truth la kan..

patut la masa dorang mmula sampai, x berapa nak bckp ngan aku. rupanya dah disumbat cerita macam2 ye? patutla aku rasa beriya benar nak pi sime darby tu td. nasib baiklah.. sempat lah membersihkan nama. and i told them, kalau x percaya boleh tanya pada org2 berkenaan..

DAMN!!! makin aku taip, ati makin sakit lah.. i have to stop before aku mecarutttttt kat sini!

Monday, September 14, 2009

Mood raya dah mai dah...

Gila malas nak buat keje skrg. tak produktif langsung!!! sume x sabar nak cuti, tak sabar nak balik raya. aku dok kira isnin.. selasa.. rabu.. khamis.. JUMAAT!!! yeaaaaaaaaaa!nak balik jumaat! hehehe..

Last saturday kemas umah apa yg patut. so tat this saturday x bersusah payah sgt. penatttt seh! sampai arini terasa. (yg sebenarnya mmg xde mood nak balik sini pun.. kan bagus kalau aku pun boleh WFH mcm yaya) hehehe..

Kesimpulannya.. aku mmg sgt malassssss nak buat apa pun skrg! nak raya, nak raya, nak raya!!!!

Saturday, September 12, 2009

KL-Raub-KL-Raub

4.30 im in KL, 6.00 pm kat raub (sempat pi stim rambut lg). 9.30 ada kt kl semula, 2 am dah ada kat raub balik.. haha.. gilo? xde lah. KL -raub tu mcm dr raub ke Dong je. iyoooolah!!! penat siiooootttt...

balik umah dah penat gila, kol 5 lebih br dpt tido. kol 8.30 terjaga x leh tido balik (jgn tanya la subuh kan..). kemas umah segala, ubah apa yg patut.. skrg menguap2.. adeh la.. la la la la..

* Just started in something new.. results within 2 weeks time. hopefully berjaya! Chaiyoookkk!! Chaiyoookkkk! ha ha!

Wednesday, September 9, 2009

Last for this year..

Arini last berbuka sama2... esok sume akan balik ke tempat asal..
TQ gurls for the hectic weeks!
TQ for the laughter, happiness and tears!
I luv u all so much!

Maaf kan segala salah silap aku..
Esok.. aku akan kembali sunyi.. seorang..

Sunday, September 6, 2009

Tudung..


Lately aku byk try tudung yang stail skrg tu.. klua pi soping ngan emec, yaya ngan gatsue aku lah yg kena pakai tudung yg dorang minat. jd model la plak aku. td p berbuka umah mas ngan yaya and annies (ye.. annies ada ngan aku. esok br anta balik). mas jual tudung mcm ariani tu. tp xlah semahal ariani, quality sama.. arround 75 je..


tapi lately aku terasa tudung ni cam dekat je ngan hati aku.. emmm.. dah sampai masa kah?? tunggguuuuuuu.... :)

Thursday, September 3, 2009

Dah mai dah...

Tuh dia... mood malas meng-update blog aku dah mai dahhhhh... mayb puasa kot kan (x senonoh btul bg alasan puasa). actually aku dah siap buat karangan yg panjang nak cerita pasal weekend punya activity aritu. wekend yg sgt happening and sgt bahagia juga sgt letih. tgk la.. aku post kan separuh je la dulu kot. penat dah taip tu.. tp x siap2 gak.

aku still kat umah kak nuin.. sampai lah yaya balik penang next week. then aku akan balik puncak jalil. cuti raya dah approve tanpa perlu menolak gaji. hooooreyyy! tQ tak wai.. lately idup xde lah rasa kosong sgt. may be sbb ada yaya around. sok2 kalau dah sensorang semula.. tatau la nih. harap2 ok je..

lalallalala... mls dah nak menaip.. bubbyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template