Thursday, August 27, 2009

BROOCH!!






















Smlm aku ngan yaya nak pi tgk brooch.. ttiba bole pulak beli secara borong and buat bisness.. i likeee! so apa lagi. kitorang pun rambang mata memilih. sume nak amik.. biarpun tau bajet tu limited. hahaha..
So aku ngan yaya skrg jd tokey brooch pulak ye!











Wednesday, August 26, 2009

Last nite..

Last night..
How i wish to have him besides me..
How i wish to hear he's calling my name..
How i wish my phone will ringing again and on the screen is his name..
How i wish to hear all the words again..

Yes.. i cried last nite.. with my face under my pillow.
I dont want people to hear..
I just want to be happy..

Ya Allah.. aku mohon secebis lagi kekuatan. kerana hati ini belum kuat seperti yang aku sangkakan...

Tuesday, August 25, 2009

Shopping @ param seksyen 16, bangi

Bulan puasa ni.. adeh la.. aku sgt lesu. sebab bbuka xleh bbuka nasik. paling berat pun makanan jenis mee. yg paling selesa meehun la kan. so tenaga mmg takde. tats y kalau nak tgk aku kuruih time raya. lepas raya.. abisssssss sume. hehehehe.. kol 9 je aku dah menguap gila..

smlm pi soping juadah berbuka kat sec 16 bangi. dulu2 time aku blaja je beli juadah kat sana. besar gila param kat situ. penat nak abis kan seround. yaya dah rambang mata. sue pesan suh dia beli 2 jenis lauk shj. tp yaya beli sampai 5. sbb2 kitorang pi param kat situ, 2 ari lepas klua kan tiv yg dengan samsul ghau ghau tu.. mcm menarikssss je semua kan.. but ok la.. not bad. tp aku rasa juadah byk yg sama..

so smlm bbuka meriah.. biarpun hanya aku, yaya and su meriahhhhh gila.. hasil dr pemakanan yg berlebihan.. x larat pi terawih bole? ha ha ha.. tp dlm masa yg sama yaya tetap bebelkan org yg tak pi terawih. bangun sahur pun meriah. bunyi kuali yaya..perghhh!! 1 block bole dengar!

this weekend ada gerai kat income tax jalan duta.. aku share ngan alin, along rijal. so sesapa nak menyoping boleh la pegi kat carpark incometax jalan duta tu.. mcm2 adaaaa...

Monday, August 24, 2009

Puding caramel!

Smlm dorang ada beli puding caramel. sume dok complaint puding tu sikit tp mahal. so harini aku tekad buat sendiri.. aku amik gambar process nya. tapi hasilnya tak sempat amik. sebab lepas telangkup kan tu (bila dah sejuk n dah nak bbuka masa tu) sume dah cekup.. haha.. hasilnya yang not bad.. and sedappp!



Aku buat jugak apam jagung kukus (sume resepi internet la ni) pun sedappp.. i like! seharian ni berlalu sekejap je aku rasa. penat melayan anak2. aman skrg kerjanya kehulu kehilir sambil menjerit. aiyoohhh.. suara dah la nyaring gila. anis ngan adam sibuk tanya bila nak beli kasut raya.. next weekye sayang.. ni awal sgt.



Balik td dengan sue. MRR@ jemsssss gilossss... kat karak hiway pun kete slow. mengalahkan balik raya. tu br org balik nak sambut puasa je. nak raya sok aku tatau la.. how i wish i can work from home macam yaya so that aku bole balik awal.. tak yah nak sesak2 ngan org lain.



sekarang ni sue ngan suraya tgh prepare makanan nak sahur. gila awal sahur kol 12.30 tgh malam kan? hahahha.. well.. xde maknanya nak bangun lg dah pg nnt.. tidooooooo syiok wooo!

Saturday, August 22, 2009

Alhamdulillah..

Berakhirnya sehari berpuasa tanpa sebarang incident yang boleh mencabar keimanan.. haha! setiap kali puasa, mesti ada peristiwa yang akan mencabar keimanan, dugaan yang menyebabkan kurussss pahala puasa..

tadi pi pasar ramadhan... mak aih.. gila bersusun org.. nak parking pun xde tempat. sy tidak bersetuju dengan pemilihan pasar ramadhan raub pada kali ini.. sy bangkang! nak beli murtabak pun dah abihs.. sgt x puas hati.. erk.. apa kena mengena murtabak abis ngan tempat x strategik kan? eheksss!

esok nak masak puding caramel. dorang ni bising puding ni mahal. seciput pun 2 hengget.. xpe.. esok aku akan buat byk2 ok!

Sakit peyut la.. masuk hangin.. adeh...

** terasa lainnya bila tak lagi rcvd sms selamat berbuka..

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan..

Salam Ramadhan to all..
Semoga ibadah kita diterima dan diberkati..

"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat kulalui dengan sempurna.."

Sorang-sorang..

Lunch hour tadi pi amcorp ngan Kamm and Feeza. sempat survey baju raya. tahun ni tema coklat.. so dah mark la utk diri sendiri, yoi and ma.. masa tgh tgk2 baju tu, Kamm and feeza is talking about berbuka, solat terawih ngan laki masing2.. and beraya..

Aku pi mencelah.. tahun ni aku sorang, x ada org nak bbuka sesama, beraya ke, baju sedondon ke, solat terwaih ke (actually sambil sebut tu aku gelak2). ttiba kamm ngan feeza boleh plak terasa sedih ngan apa aku ckp.. and dorang kata jgn ckp camtu.. dorang sedih dgr.. tak apa.. aku ada anak2..

Yeah.. ttiba aku plak sedih. eheksss.. xpelah.. anak2 kan ada... :)

Thursday, August 20, 2009

Lagu raya lagi..

Mmg habbit aku dr skolah dulu sampai la skrg..
Bila nak puasa je dengar lagu raya.
Bukan la kata semangat sgt nak raya tu..
Tapi bila aku dengar lagu raya nak puasa ni
Aku rasa sgt tak sabar nak puasa.. Bole???
Mua a a a a...

*otak tgh kira bajet raya anak2.. pergh.. anak2 dah besar. dah pandai mintak wooo..

Wednesday, August 19, 2009

Sabarlah sayang...

Tgh ari tadi yaya emailkan lagu raya Sabarlah sayang - sanisah huri. lagu ni mmg lagu tema dia since beberapa tahun yang lepas.. masa tu kitorang bukak pose reramai kat umah syidah and its just a few days before semua org blk kampung nak raya..

masa nak balik, semua lepak kat luar pagar umah syidz. biasala kalau dah berkumpul, nak baliknya sementara sekejap. tp tak jugak balik2.. biasanya bila dah klua dr umah syidz tu kitorang akan berborak lagi kat atas jalan and gelak bagai nak rak. mlm tu pun sama. bila da ready btul2 nak balik. kitorang start salam2. masa tu yaya dlm kesedihan. baru je start nak salam, ttiba dengar suara sumbang dia tu nyanyi : semua insan sedang gembira dihari ini sayang...

time tu kitorang sume tercengang and gelak gila. sbb ttiba je dia buat suara latar mcm tu. sblm tu mmg kitorang tau dia asik la pasang lagu tu kat lappy dia tu. since that, itu mmg lagu yaya bila nak raya..

da balik umah ni br aku dengar lagu tu. agaknya sbb sensorang ni kot so aku terrrrlayanla plak lagu nih. hasilnya aku sibuk download lagu2 raya.. cam sedih.. i really miss all the gal's. apa khabar jazz agaknya kan? hope raya nanti bole jumpa dia. and i miss suasana kat umah makngah masa abah sakit. masa tu puasa, raya kat umah mak ngah. sempat la bukak pose reramai.. masa nak raya pun meriah sgt. abang nizam pun beraya kat umah. along? sama je ada ke takde ke.. but for me, ayu and nani, we really enjoy the moment. mlm raya pun x mau tido..

td chat ngan abang nizam, dia kata nnt pose dia balik ujung minggu.. boleh la bukak pose reramai.. yea.... sukeeeee!!!

** Kadang2 aku terfikir utk memaafkan dan melupakan.. tapiiiii...

Tuesday, August 18, 2009

Tak ada...

emm.. dah nak puasa..
tahun ni puasa secara solo..
tak ada org yg nk bukak puasa sama2..
tak ada org yg nak bersahur sama2..
tak ada org yg nak temankan jln2 cari baju raya sama2..
tak ada org yg nak warna baju raya sedondon..
tak ada, tak ada dan tak ada...

alamak.. makin dikira.. makin sedih..
takpelah.. semua tu boleh buat sendiri..

Monday, August 17, 2009

So refreshing but yet im soooo tired!

Alhamdulillah ma dah klua ward. tp abah kata esok nak bwk ma pi tawakal. hopefully batuk ma cepat baik. pg td balik dr hospital aku sempat landing tepi annies and adam utk stengah jam. bangun, mandi and pecut balik kl sbb ada meeting lak kat TM.

smlm Kamm msg tanya nak men badminton x, aku pun ye kan saje. lepas abis opis td pi men badminton.. hasilnya.. berpeluh sampai menitik.. sgt fresh! tp... skrg sgt penat. nk tido pun xleh. mlm ni tido PUJ sbb yaya td balik lewat and aku pun x larat dah nak tunggu..

hemm.. esok ntah kol bape la aku terjaga ni.. :)

Sunday, August 16, 2009

Rasa nak belasah org!

I chat with one of my old friend masa study dulu. he is my ex housmate as well.. cerita punya cerita, suddenly she mention about 1 name yg aku sgt allergic. nama sapa lagi.. pundek tu la. i told her not to mention that name because... bad history! i told my friend the story..

hasilnya my friend cerita pulak balik yg she chat with that pundek last 2 mths. dia tanya my friend, ada jumpa aku tak. and my friend said dah lama tak jumpa. and this haram jadah pundek said : Si Rina tunggu sia, tp sia dah kawen. BULL SHIT!!!!! ko tak bgtau pulak yg ko buat aku mcm sial kan??? ko tak bgtau pulak yg ko jumpa aku, bcinta dengan aku blakang bini, and x bgtau aku ko dah kawen, bini dpt tau.. ko pusing cerita biar bini ko percaya yg aku kejar ko sgt kan?

tak pulak ko bgtau yg ko idup hasil titik peluh aku kan? jerk!!!! urghhhhh... i bet u will get ur part one day!

Saturday, August 15, 2009

Mum @ hospital







Hape ke bengapnya!!!

Mum admitted to Raub hospital this afternoon. ada infection kat paru2 yang menyebabkan dia batuk yg sgt kuat. i rush back after having lunch with yaya. abah kata kalau x sihat x payah balik. tapi... aku rasa cm nak lempang diri sendiri la pulak kalau x balik kan.

Mum is getting better. tp ada 1 peristiwa sadis yg aku mmg tahap maki org. aku rasa incident ni sgt bangang! and the guy also bangang! nah kan.. aku x abis maki lagi. moral of the story, tolong la guna otak!

Ma nak mandi, so aku anta dia pi bilik air. ma dah masuk bilik air, aku tunggu depan pintu tu. anything ma needs, aku boleh dgr dia panggil. adalah sekumpulan family menghantar emaknya or whoever she is to them ke dlm toilet jugak. one of them is a guy. nak kata budak, aku rasa dah 20 lebih kot. mmula aku dah pelik. awatla reramai nak anta org sakit pi masuk toilet kan. and this group of families asik memekak dlm toilet tu. which aku sgt tak faham.

tiba2 this mamat bongok, bukak pintu bilik mandi ma yg tgh mandi di dalamnya. and i was soooooo shocked! what da hell???? and he said : sori2... ya tuhan.. apa ke bengapnya mamat ni. aku tanya dia : ko tak nampak ke pintu bilik air tu bertutup???? ko tak dengar ke bunyik air terpasang tu??? dia boleh sengih2 sambil say sorry.. adoiyaii... aku dah hangen 1 badan ok!!! ma kat dlm lg lah terkejut. lucky ma dah balut badan dengan towel.

mmg dgr la aku membebel kat dlm tu kan. in the first place, he is not suppose to be there!! itu adalah tandas ward perempuan! ko dah hantar org yg sakit tu kt dlm toilet. kluar la kan. ko sibuk apa lg kat dlm tu sdgkan family perempuan ko yg lain berlambak! nasib baik aku ni dah berubah. kalau tak, mmg aku lempang mamat tu kat situ. uurrrgghhhh! lepas tu dia dah tak berani pandang aku and stay kat luat ward. family dia pulak bole buat bodo je. xde la nk dtg mintak maaf ke apa kan.. bagus btul korang nih.

hemm... tariks nafas..... hembussss... gggrrrrrr!! aku marah ok!

Friday, August 14, 2009

Chicken Kings

I'm not feeling well since last week. Demam panas, selsema and batok. tapi minggu ni tahan skit and i didnt take any mc. cuma keep makan ubat sampai aku rasa telinga aku pekak. smlm pi clinic. bukan sbb demam tapi sebab aku risau ngan telinga yg terasa mcm ada angin nih. terasa cam sentiasa dlm flight.

Ttiba kena marah ngan doc (nasib baik di dia ensem) tempreture aku almost 38 and i'm still working. doc paksa aku utk mc and suruh aku dok dendiam kat umah. uiks... suke! so arini aku stay berehat kat umah bersama yaya.. bangun kol 2.15 ptg. heaven!! ptg kitorang makan kat chicken kings. sedap!








Thursday, August 13, 2009

Another 6 hours session...

Seperti biasa... activity setiap bulan.. tanpa perancangan.. erk! tanpa perancangan sokmo.. heheheh!







casriena,casriena,casriena...

Hahahha... address kembali kepada asal. kenapa? its my blog. aku selesa dengan domain ni. suka hati lah sapa pun nak melawat ke, nak baca ke. sbb aku mmg open to public pun. its just that, aku malas nak melayan langau. kalau bckp benda yang betul x apa pulak. tp sesuka hati sesedap rasa je.

actually someone left a comment in my blog. menulis sesuatu dgn tujuan menyakitkan ati aku la kot. sambil tu pretend that he is "mujahid". rasanya 7 tahun kenal mamat tu, aku dah cukup arif dah perangai dia, aku rasa aku cukup arif dgn cara dia bckp, cr dia menaip, what yes and what not lah kan. so i know... it is not him. tp the wifey :)

bg aku xde apa pun. x mencacatkan walau sikit pun. senyum je aku bila baca. haiyoooh... awat cek.. i got nothing to do with ur hubby ler... xde maknanya! dah lama jugak si mujahid x call. last dia call masa masuk ward aritu. about a month ago la kot.

alahai.. x perlu rasa tergugat.. jaga je umah tangga tu lek lok sudah.. peace!

Wednesday, August 12, 2009

Kerja.. kerja.. kerja!

Here i am, in yaya's place again. kak nuin telah mewasiatkan broadbandnya kepada diri ku ini.. hahhaha.. sukeee.... ah kak.. amacam london? ok? da soping??? eheks! akak.. sy nak mintak akak tgk kan sesuatu disana. sekiranya berbaloi akan ku kirimkan ongkosnya. dan silalah bawa pulang utk ku ya! akan ku tunggu biar pun 2 bulan lagi. hahahhaa..

well.. keje tgh busy.. meeting, pricing.. and so on. so.. skrg pun masih membuat kerja lagi. penat seh. arini lagi pening. dah la mata berpinar menengok pricing, batok n selsema yg x hilang2..

skrg, even kadang2 sunyi tp aku rasa hidup aku happy. bila bz camni, x hengat apa langsung kan. mua a a a.. but there is something i would like to talk about. cume mencari mood yg sesuai utk aku taip 1-1... jgn ada yg muka merah padam baca.. udah ler. apa dia? huhuhu.. ada la.... malas la nak taip. nak siap kan pricing dulu.

Thursday, August 6, 2009

Change...

Address sudah tukar. nasiblah siapa yang x dpt jumpa blog nih. malas nak melayan langau yg ntah apa2 ntah.. kang byk benda terbukak, susah.

i dont feel like blogging lately. dah bosan ke apa ke.. ntah la. aritu alasan xde lappy. skrg lappy dah ada.. so maknanya.. aku mmg malassssssssss!!!

kak nuin nak pi UK lagi.. uwaaaaaaaa.. nak ikut. tapi... dia raya sana. so x nak lah! hehehhe.. gonna miss u akak. sapa nak layan sy msg lagi ntah la.. uhuks!!!!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template