Thursday, July 30, 2009

LOL!!!

Jap... nak gelak dulu..

Ok.. now boleh taip. Eheks!!! Smlm seharian tak masuk office. nak online pun mmg tak sempat langsung lah kan. arini bukak je email.. ttiba ada 1 comment yang x diundang. Comment utk post yg dah berkurun lama. and the comment make me smile and laugh out loud beb! nasib baik MD kat depan ni lum masuk..

Well.. kepada yang comment tu.. thank you for the words... rasanya mcm tau je siapa tulis.. well.. what eva u have wrote i take it as a doa. thank you so much for wish. eheks.... jaga la diri dan keluarga sendiri... nnt mencari yang lain lagi.. mua a a a a!

Tuesday, July 28, 2009

How i wish..


Aku rasa skrg hidup aku agak teratur.. biarpun mungkin stengah2 org rasa idup aku agak bohsan, but i guess idup yg mcm ni lah yg buat aku agak bahagia sekarang. balik umah, minum makan ngan sepupu sepapat sekalian, balik umah, tido. pagi pi keje, jumpa org, organize event, cukup masa balik umah.


Ada org2 yang ckp, aku nampak lebih baik dr sebelum ni.. Alhamdulillah.. aku rasa awan mendung tuh dah xdak dah.. matahari dah nampak cahaya dah. but there is a time when aku akan rasa sunyi. aku akan teringat kat mamat sorang tu and aku nangis. bila rasa rindu yg sgt2 tuh, peluk bantal merah yg dia bagi, and crying sepuas hati.but people wont know.. he did call me.. but i didnt pickup. i wont..


Owh.. ada seorang makhluk Allah tiba2 muncul. tapi terlalu mendesak. tak boleh la... aku xleh nak get along ngan org camtu. i have my own life. blum apa2 dah nak mendesak itu dan ini.. berkawan tak semestinya commit. kawan boleh la... hati aku x terbukak lagi.


i wish my next one will be the last. org yang boleh jaga aku, yg boleh bimbing aku. yg lengkap segalanya. lately btul, aku sgt memilih. aku rasa memilih tu sgt penting dah skrg. dulu2 tak memilih senang2 je org pijak kepala. tapi kali nih, xde dah.. bukan nak kata aku tgk RM tuh sgt, but i need someone yang kukuh. and i deserve that also..


Hem... how i wish..

Sunday, July 26, 2009

Cute!!


Cute kan benda nih?? hahhaa... aku sgt geram tgk nih merata2... i alredy have 4.. yang xde kat gambar nih adalah butterfly. cumilllll!!

Dream...

Hemm... smlm mimpi dia..
Mimpi yang indah semuanya..
Bila bangun, rasa mcm aku ngan dia masih macam dulu-dulu.
Nyaris2 nak dail number dia.
Nak cerita tentang mimpi tu..
Nasib baik tersedar yang semua tu dah lama berakhir..

Hasilnya... mood ke laut.
Tak nak mimpi tentang dia lagi.
Tak nak ingat pape lagi..
Tak nak...

Friday, July 24, 2009

Cepatnya masa...


Arini dah Jumaat..

Aiseh... cepatnya masa..

Next week will be busy for the Awana event.

Nak balik.. nak balik.. nak balik..

Annies, Adam and Adik... Mummy rinduuuu!!!

PERFUMES...




RM 28 Only!


Wednesday, July 22, 2009

Event, event and event...

Since klua ward ni, sume sebok tanya dah sihat ke... ok ke.. Aku ok kengkawan.. just batuk je belum ilang. doc pun ckp it will takes time. so.. aku pun sabar and hope batuk ni ilang. makan minum still pantang.. but i am happy with my new me. bak kata ma la kan... nak kuruskan badan x kurus2.. sekali sakit.. ha... panjang terus.

perfume biz agak rancak.. apa lagi. sesapa nak beli tu jgn la lupa kontek aku ok.. lately aku pakai pure perfumes ni aje pi opis. dr pagi sampai ke patang bau still semerbak.. i like! setiap ari pakai bau yg lain..

Esok ada event kat sime darby.. inilah masanya menunjuk kebijaksanaan dan kewibawaan.. cewahhh.. end of month, kena pi outstation.. awana genting. nasib baik awana je.. aku dah pangkah genting utk seketika. tatau la.. kalau pi genting skrg, aku sure meraung punya teringat kenangan.. (DQ sgt kan?)

Well.. its time to go... byk nak settle..

Monday, July 20, 2009

PURE MEDITERANIAN PERFUMES

Halo... I am selling Pure mediteranian perfumes now.
Ada 2 set untuk perempuan & 1 set utk lelaki.
1 set ada 4 botol. And its only RM 28
NON ALCOHOL
Long Lasting
Seriously..

Her Gold

1. Inspired by Selvatore Ferragamo - Incanto Shine
2. Inspired by Ralph Laurent - Ralph
3. Inspired by Lancome - Hypnose
4. Inspired by Cacharel - Amor-Amor

Her Pink

1. Inspired by Britney Spears - Fantasy
2. Inspired by Paris Hilton - Paris Hilton
3. Inspired by J.Lo - Live
4. Inspired by DKNY - Be Delicious

His Black

1. Inspired by Calvin Klein - Eternity
2. Inspired by Dunhill- Desire Red
3. Inspired by Ralph Laurent - Polo Sport
4. Inspired by Hugo Boss - No.6

If interested : email to casriena@yahoo.com ur contact details. ok?

RM 28 shj!!!

Kembali bekerja!

Here i am.. Kembali bekerja seperti biasa...
hopefully lepas ni tak sakit lagi.
what happen?
chronic tonisilities + blood infection + KEMURUNGAN = dok hospital lama2..
boleh?

Wednesday, July 15, 2009

Saturday, July 11, 2009

Transfomers - Again???

Smlm tgk transformers lagi. kali ni bawak annies, adam, "uncle penny" n epit. sapa uncle penny? hahahha... nama dia fendy. kawan epit n ajib. tp bbudak ni pelat panggil uncle penny... so sume org pun start panggil dia Penny..

Brapa kali punya transformers da??? ahaks! still the best! bila movie start je annies ngan adam dah tau mana autobots, mana decepticon. bagus anak2 ku ittew.. dorang berdua kecoh nampak robot2 besar tu. bila part gaduh2, adam pandang aku sengih. pandangan yg sgt kagum, kerek gila. hahahha... and the kids sgt puas hati dgn tranformers. on d way balik sume kete kat jalan, sume robot. sampai kan kete aku pun, bumblebee kaler itam. kete atuknya, optimus prime. eheksss!

mlm td gak balik raub.. now.. di raub lah aku.. merehatkan diri bersama anak2 dan keluarga tercenta.. alhamdulillah keadaan kat raub dah kembali tenang.. Alhamdulillah.. thats y aku ckp, things are getting better... and aku harap semuanya... termasuk my internal feeling. smlm kat cineleisure, mcm ada projector kat depan mata. terbayang dia kat memana pun.

aku bleh nampak byg kitorang kat sana. tempat mana yang kitorang selalu pegi, bergurau senda kat escalator, damn!!!! i hate this feel! aku x penah byr parking kat sana sendiri. he's the one who pay. skrg aku kena terima hakikat yang aku kena masukkan chip tu kat machine, aku kena masuk kan duit. no more him for me. its hurt beb.. sgt. sometimes kan kita rasa kita kuat. tp bila tiba masa2 kenyataan, kita akan realise yg sebenarnya ada some places in our heart yang sgt fragile. benda2 kecik pun bila kita teringat akan buat kita rasa sakit yg sgt2..

mcm biasalah bila kacau skit jiwa, kak nuin jd mangsa kan. but as kak nuin said : rina pandang apa yang tak ingat kat dia?? pandang kete sendiri pun teringat... eheks!! i luv u la akak. akak sgt memahami. yeah... aku jenis yg pengingat sgt semua benda. susah senang, suka duka. aku jenis yang x mudah lupa semua tu. tuh yang bila kena camni teruk skit..

well... life goes on. insya Allah, rasa sakit, sedih, rindu dan semua yang ada ni akan berkurangan... like jazz always said : masa akan ubati segalanya..

Friday, July 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY ADAM KHALISH!!!



Esok adam dah 3 tahun... geram bila teringatkan si tembam kesayangan nih..

Sgt degil.. tak mau dengar cakap, sgt moody, sgt cepat marah, sgt kasar...

Tapi sgt manja... kitorang masih mencari method yang sesuai nak didik all the kids.

Anak2 x de ayah, yang ada cuma ayah tumpang dikala hujung minggu.

Tapi aku tak rasa itu akan jd kegagalan mendidik..

Insya Allah.. dorang akan dpt apa yg org lain dpt jugak..


So Adam cayang....

Mummy sayanggggggkan adam mcm adam selalu ckp : Adam sayangggggkan mummy..

Happy birthday sayang...

Muahs!

Ting tong!!!!

Smlm batuk sgt teruk.. sampai menangis!
pi klinik lagi. doc bg ubat lain pulak.
Arini terasa ting tong! penangan ubat batuk yg berlebihan.
Termasuk ubat flu.
So my activity 2 ari ni lepas balik kerja is...
Tido tido tido...
Perghhhhh! gila lama aku tak rasa tido lelama camni..

*Kairin kata, aku kalau tak batuk pun nangis.. well.. aku mmg kuat menangis dr kecik. dah beso2 ni, hati pulak asik disakiti... lagi bertambah la kan.. tapi... bak kata kak nuin, JGN CENGENG SGT!!!

*Office ni renovation, so kena tuka tempat.. dorang sume berkotak2 brg.. aku je lenggang kangkung. mua a a a a!

Wednesday, July 8, 2009

6 hrs karaoke @ Neway

Batok!! tonsil membengkak dengan jayanya.. tapi sempat lagi pi melalak kat Neway mlm td. ala... crowpol blanja.. maceh ye pol.. next month turn sapa pulak?? gila melalak and makan tak hengat utk 6 jam.

yang bestnya bila melalak ngan E, ray, yong ayu n crowpol ni, dorang sgt huru hara and kelakar. pilih lagu pun gaduh. ayat common... lepas ko, ko. lepas ko, ko... sume gila nak menyanyi, sume nak pilih lagu. tapi semalam adalah antara mlm yang well organized. sume ikut turn. but still.. dorang gaduh pilih lagu.
especially ray, e, yong. hape daaaa

Aku rasa baby dlm perut si ayu tu tutup telinga kat dlm. nak nak bila dengar suara papa dia kan, terus tepuk dahi kat dlm tuh. hahahahha... ya ampunnnn

smlm suara aku mmg hancus.. x klua. tp still nak nyanyi... so smlm aku bukan gud singer. sometimes x klua langsung, sometimes sengauuu.. eheks. ada aku pedulik? yang penting, nyayi je.. balik kol 3 pagi. GILO. mlm ni another transformer session utk ofis club. ha... mmg ting tong la aku sat g.

emmm... calendar for this month da penuh. byk btul event, workshop, meeting yang kena attend. end of month, event kat Awana genting. alahai... main golf plak la aku. hahhaha...

new job ok.. its just that cabaran lagi besar.bukan keje je, tp about environment as well. kena hati2.. still.. kat sini masih ada yg ada dengki, nak mengenakan org n mcm2 lagi.. harap2 i can go thru semua tu. insya Allah.. :)

Tuesday, July 7, 2009

Stop...

Evrything seems to be better and better... harap2 sampai ke sudah..
some fren ask me, aku frust lagi ke?
of course aku still terasa frust... still terasa sedih sometimes..
tapi alhamdulillah... x seteruk aritu.. i have stop crying.. :)
Aku pun dah tak ingat sgt kat makhluk Allah yang sorang tu.
Harap2 ingatan kat dia diambil terus..
Tak ingat langsung pun bagus..

i dont want to cry for him anymore...
not even for once..

* Last sunday, annies dah 5 tahun... happy birthday sayang. Love u so much..

Friday, July 3, 2009

New place, new people..

1st update from new place.. smlm siap mc sbb tak sihat. so far alhamdulillah... my 1st day is fun sbb dah kenal team member kan.. mmg happening lah..

Next week i will get brand new laptop, subscribe broadband and... yes... aku x akan buta IT lagi (selama ni aku rasa aku masih kurang celik) sbb skrg kerja kat IT company yg mmg umph jugak kan.. hehehe.. well... alhamdulillah... i hope things getting better..

* just a note to someone, i dont want to be ur "part time" or "2nd one". so.. lebih baik proceed with your married life. i dont give a damn on what ever problem u have in ur life as i believe that my life is even better than u.. :) sorry...

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template