Raya!! dah 6 Syawal dah hari ni.. aku dh kat office dah. tercanguk xtau apa nk buat. nk cuti lama2 encik laki dah keje since smlm. kalau aku cuti, xkan nk raya sorang2 kat umah. smlm pun dh raya sorang2 kat umah.. haisss...
Raya @ SP... not bad. seronok rupanya raya 2 tempat ni. my 1st raya tempat org.. lain negeri of course lain cara. mana nak sama dengan rumah sendiri. but its fun! anak2 sedara belah sana semua dh besar. paling kecik pun tadika.. so xde la incident mengejar budak kecik dari depan ke belakang.. semua family balik awal. and Mak Ayah Tok looks soooo happy.. kami anak menantu pun happy sama.
Ayah keep on saying that raya kali ni paling meriah. Alhamdulillah... Balik khamis petang, jemmmm... so kol 2.30 pg baru sampai SP. gedebush tido! dlm kete kaki dah naik atas dashboard ok! hehehe.. x kisah la janji bleh sampai. Friday nothing much, encik laki bawak jalan SP skit2, g bazaar. kuih kat sana still 3 bijik singgit..
Saturday! Masa ni dh start nk touching dah. Kat sana xde rendang ayam daging.. mak masak udang, kari ikan, serunding utk cicah ngn ketupat palas. ha... 1st time nengok org buat ketupat palas. jakun sat. kakak2 excited nak buat. padahal sblm ni depa tempah ja.. kerja aku hanyalah, kopek kulit udang. lain2 kerja x perlu buat ok... hais... untunglaaaa kat SP ada kakak. kalau kt raub, tunggang terbalik lah ko memasak + mengemas.
Rumah SP sgt dekat dgn masjid. Apa lg, mmg touching habis dgr takbir yg sampai ke pagi tu. call ma pun nangis. dengar suara annies lagi aku nangis. sedih sgt sbb dia xde kawan. even masa aku dh balik raub, semua org cerita annies mmg x happy raya.. dia menunggu aku balik. ='( nangissss aku!!! kalau lah boleh, aku balik sp aku nk bwk dia je balik. haissss...
Pagi raya pi solat raya.. Sblm p solat, salam encik laki dulu, ucap selamat ari raya, mintak maaf.. kartun la.. encik laki bkn jenis serious pung... haha! ok la tu.. Oh, kat sana penuh dgn org2 tua... sbb ala kampung kan.. most people mmg sebaya mak ayah. so lepas solat raya, depa dok bersalaman sesama depa, siap nangis2! hemmmm... mmg touching. susah nk dpt suasana tu. (kat raub semua muda2 kat umah. huru hara je lebih!haha..)
Setel solat, bersiap lebih kurang, sesi bergambar + bersalam + bg duit raya.. xde la huru hara cm kat raub.. sume sopan santun aje. oh, tiada sesi menangeh mcm dlm family (yg start menangih tu selalunya makngah, nani ngan ma je! =P) lepas gambar2, lepak2 sajo... sbb kawan2 ayah ada dtg. sana xde la makan semua sekali kat meja pg raya. ko nk, amek makanan, sila lah makan... x kisah la tu.. somehow, i miss suasana pagi raya @ raub.. rindu sgt suara abah jerit kejutkan semua org, BANGUNNNNNN!!!! RAYA!!!!!!
Tgh hari skit org kat raub buat dajal!!! demmmmm!!! epit call, siap loud speaker, yg kat blakang2 pakat gelak bagai nak rak! mmg demmmmm!!! teriakkkkk aku dpn kakak ipar. cesssssssss!!! korang mmg kejammmmm tahappppp gaban! I Hate u olssss!!!! tau korang happy2 kat sana.. agak2 la... sian la kat wa yg sorang2 tercampak jauh ni! lempang kang!!!
Ada la pi raya umah sedara depa, perjalanan agak jauh2.. so fenats gak la. oh, juadah setiap rumah adalah ketupat palas yep.. mmg mabuk ketupat palas aku hari tu.. pergh... mmg terbaek lah + ayaq oren. gegeggegegege... heart burn pun kemaiiinnnnn hebat. sbb dok makan kari. nasib ko la rina. raya kan? hentam saja... gaviscon kan ada..
Malam, ayah nk p raya lagi... hamekkkk... sampai ke baling nun beraya. ha.. tp 1 umah tu mmg meriah gila!! adik beradik depa ja semua... kecoh! mmg meriah. terkesima aku kejap. juadah pun meriah. bihun sup + satay! ho yeah! sedapppp dowh! ayah dok tanya aku, Rina ok ka? rina bulih lagi ka? bulihhhhh ayah! no problem. rayaaaaa la katakan.. hamek hang, kol 1 pg baru sampai umah. hahaha.. penatsss tapi best!
2nd raya, tunggu anak2 arwah abg mie sampai, tgh hari balik raub... yeayyy!! bahagiaaaaaaaanyaaa dunia! but surprisingly, aku ada rasa syg nk tinggalkan SP. its a good sign isnt it? =)
No comments:
Post a Comment