Showing posts with label travelling. Show all posts
Showing posts with label travelling. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

~ Perhentian - Day 1 ~


Mlm sebelum pegi, i cant sleep. berkemas pun malas.. aku start berkemas @ 12 midnite. dlm otak dok pk, nothing much to pack pun.. bj utk 3 hari. that's all. yg penting camera tak lupa. hihi. dah la sblm tu aku pening, memikirkan siapa nak anto pegi lcct pepagi buta tu. ada la yg tanya, kenapa tak bla bla bla tlg anta? well.. emm... susah lah nak ckp kenapa. takpe lah. mmg dr awal pun otak aku x digest org2 tu utk anta.. nasib baik ajib ada.. so ajib la anta kan..

gerak g umah yaya kol 5, after pikup yaya, masuk ukm amik ajib. btul ckp ajib, pepagi buta tu, pakcik guard tidoooo.. makanya aku dgn lalalala g amik ajib kat kolej dia. trus pi lcct.. kali ni travel dgn yaya + kak zura + kak ti.. yg aku btul kenal, yaya je. kak zura tu kawan yaya. aku penah jumpa sekali ntah bape tahun yg dulu. kak ti lak kazen kak zura yg kitorang br berkenalan masa kat lcct tu.

kitorang sampai lcct sedang elok. tp kak zura + kak ti x sampai lagi. so masuk mc d dulu. al maklumlah.. aku x tido langsung kan.. so mmg sgt ngantuk. yaya pun sama. we need some coffeeeeee!! aku mintak kat yaya order kan coffe + has brown shj. as usual... yaya silap order.. set 1! amik kau.. complete set coffee + hashbrown + burger. erk??? mcm mana nak sumbat kol 6 pagi tuh kan? hihi.. xpe.. yaya mamai...

kak zura n kak ti sampai kitorang trus check in.. x lama dok kat airport. naik plane.. oleh sbb seat kat tgh, so buat pertama kali nya dlm idup, stewardess tu buat demo keselamatan tu btul2 depan idung. hihi.. siap guna tray kat seat yaya tu. so nak tak nak, kitorang terpaksa lah menumpukan perhatian. sbb kesian lak kat dia buat aksi sensorang kan. takkan kitorang nak borak pulak dak?

perjalanan tak lama pun... aku rasa sejam pun x sampai. so nak lelapkan mata mmg x dapek la... touched down @ kota bharu airport. ye kengkawan... kalau nk naik flight, sila lah turun di Kota Bharu. bukan di ganu. kalau ganu nk ke jetty kuala besut tu jauhhhhhh... cab rm100 +++ tp kalau turun KB, 78 ringgit sahaja. masa exit pintu tu, aku x perasan rupanya ada pakcik yg pegang kertas "ms rina - pulau perhentian". nasib baik MISS ok! kalau Puan, aku suh pakcik tu tuka jugak kat situ! hihi..
so, naik cab yg dah ada tu nak g jeti kuala besut. kak zura mmg terkenal dengan byk ckpnya. sepanjang jalan dr kl ke kb, kb ke kuala besut dia mmg x renti bercakap. ha ha! adoiyaiiii.. aku x penah jumpa org yg x penat bercakap cam dia. dia bercerita ttg tempat2 dia dah pegi. kagum gak aku sbb dia dah g 1 dunia.. insya Allah.. 1 day aku pun akan mcm tu gak. tunggu masa je.. =)
Perut dah lapar. so ajak driver makan kat memana lu sblm sampai jeti. and yes.... sampai area TOK BALI, makan nasik dagang yg sangat sedap ok! argh.. mengigau! sukeeeenya... journey frm KB to jeti, 45 minit saje u olssss.. dah sampai... =) tp aku terkejut gak ttiba pakcik drebar masuk simpang kampung, belok2 blakang umah org segala. rupanya blakang2 tuh la jeti. aku ingat dia nak benti umah sapa..


~ penangan pulau ~


Since balik dr perhentian, tak berapa sihat
Even masa kat sana pun lepas balik snorkeling aku demam
So sampai harini la demam...
blum sempat masuk office pun.
Esok lah br masuk.
Now meeting.. Haih.. Dengan batok n flu ni
Memang xleh nak concerntrate.
Alasannnnn sgt kan u ols? Hihi..

Perhentian??? Superb!! Nntlah aku cite.
Yang pasti, aku berjaya mengatasi phobia air aku tu.
I would like to thank Gals yg pegi redang dulu.
Sebab dorang, aku berjaya snorkeling kat laut dalam
Berjaya tgk shark, turtle and nemo
Which tak pernah terlintas dek akal aku..
Alhamdulillah..

:)

Tuesday, May 11, 2010

Monday, March 15, 2010

~ Singapore ~











Last week ada tender submission kat JB. Amiklah kesempatan utk menyeberang tambak johor utk setengah hari.. so, hanya sempat menapak di orchard road sajork. tuka duit pun 40 dollar. cukup lunch n beli fridge magnet utk collection SENDIRI sajork. hehehehhe! lain kali lah br g berholidayyyy ok!
event ada 1 lagi yg jauh. next week penang! lalalalal.. char kuey teow.. like!!! =)



Wednesday, March 3, 2010

~ Nasik lemak SIMPLE @ Kuantan ~


Ye.. out station lagi. lokasi sekarang? Kuantan... ini adalah nasik lemak SIMPLE kat tepi benteng sungai kuantan.. so.. jamulah mata.. nk update pjg lagi malesssss... akak ada event u ols.. =)

Monday, March 1, 2010

Fraser's Hill













Jalan2 lagi.. tak payah jauh2.... 1 jam dr umah je.. =)








Thursday, February 11, 2010

~ Langkawi ~























Thursday, February 4, 2010

~ Off to... ~

Ahahhahah.. ye... akak sgt bz u ols!
smlm sampai frm JB dah kol 11 lebih.
arini flight k langkawi kol 2 ptg
mua a a a a ! sgt penatssssss u olsssssss
=)

mau packing dulu ye!
smlm tak sempat..
LANGKAWIIIIIIIII.. here i comes!!!!

Sunday, January 3, 2010

~ AD HOC trip to bukit tinggi ~

Yea... dengan penuh AD HOC nya kitorang g Bukit Tinggi.. dgn notice 2 jam. haha! tu pun lewat skit gerak sbb kena tunggu si yoi abih meluruskan rambut. abah da melalak2 kat umah. ggeggeegge!

ceritanya camni.. x expect pun nak g memana. ttiba ayu call. dia ngan yong amik bilik kat atas tu. dorang pun x nak tido mmula. tp byk lak bilik kosong, and apartment yang luas, so dorang ajak naik sekali. apa lagi.. mencicit semua berkemas! termasuk lah si pendy n kodek!

kat atas sama cm kat bwh.. ujan.. so masa sampai tu lepas makan nasik lemak yg ma masak, kitorang pun berjalan2 lah kat dlm colmar tropicale tu.. apa yang ada??? xde menda pun.. haha.. last aku g sini was 3-4 yrs ago. masa tu ngan syidz n jazz. jazz br angkat kete. so kitorang melenjannnnnn ke bukit tinggi.. haih.. miss that moment so much!



Lama tak jenjalan ramai2.. penat mengejar anak2.. kesana kemari. mlm yg berkabus + hujan. go gambar2 mlm suma nampak rintik2 mutiara tuh. selambaaaa gak bergambar. pedulik.. :)


Bangun pg td, kecoh berebut bilik air semua. kalau dah bilik airnya sebijik, mmg ah.. breakfast kat bwh (xde choice). merayap kat rabbit farm and.. that's it. hujan, hujan dan hujan.. hihihi! ala.. semua org pun tau kan, mana ada benda kat atas tu.. so.. itu je la sempat terbuat. nak g japanese tea house pun xleh.. ujansssss...


Its a good start for 2010 i think.. LIKE! =)

Wednesday, September 23, 2009

3 hari di hari raya? Kami beraya di AQUARIA..





Arini beraya kat AQUARIA.. hajat along... kami tumpang saje.. hehehhe! terasa lemas aku dok dlm air bebanyak tu. adeh.. masuk tunnel tu lagi la. mcm2 dlm otak. kalau lah itu, kalau lah ini. tgk gigi shark tu, haih... seram seh!!!

Friday, March 13, 2009

Penang Trip - Day 3

Bangun Pagi yang sgt lambat.. aku sedar2 dah dekat kol 11.. turun bawah terasa malu! hek hek hek.. anak dara hape bangun kol 11 ni.. dah la kat umah org kan?? hek hek hek.. sadis! kat bwh atas meja da tersedia lauk tgh ari ok... isk! sgt malu..

Again, i tried to call Mujahid (bukan nama sebenar.. ada gak aku tersasul tulis nama betul dia ni kang.. lain mcm je jari nih!) he didnt pickup and reply. dah la mamat ni nak menghilangkan diri. damn.. time ni mmg aku blur. apa yg salah tatau.

Dia tak suka aku dtg ke, or dia rasa aku menyusahkan?? or tak suka emac ngan suraya dok bagi soalan "kedu" kat dia? or dia xleh nk deal dgn diri sendiri bila dgn aku? aisyiooooo! wateva it is.. ckp la kan... sampai aku anta msg kat dia, no wonder within this 6 yrs, dia dtg dlm idup aku and touched my heart so many times then dia GONE! aku da depan mata pun dia bole gone.. marah ni..!

hemm... tensi! dah la aritu nak balik dah. and dia bg harapan kat kitorang ni nak jenjalan kan.. sampai sudah kami x dpt pi bukit bendera tau.. pg tu aku makan sekali tgh ari.. emac masa sampai umah suraya 2 ari lepas, dia timbang berat dia kat situ tau. last day ni dia timbang lagi. dia telah berjaya menambah 2 kg!! adoiyaiii... gilo..

Tgh ari kitorang klua, mmula pi beli jeruk kat jeti. then naik ferry pi pulau.. kitorang nak cari souvenir yang ada tulis penang.. tapi tatau kat mana. suraya bwk pi jusco queensbay. tapi cam xde menda pun kat situ. kitorang dah target da nak bergambar kat luar queensbay tu. mengadap pulau jerjak tu. ok apa.. pulau jerjak pun pulau jerjak lah kan.. janji gambar.


mmg bergambar sakan lah. then kawan suraya si fiza dtg, bergambar lagi. org sume dok tgk, cam pelik je.. sorrylah ye abang2 sekalian.. kami bukan org penang.. kami tourist. jd kami boleh bergambaq dia mana sahaja biarpun berlatar belakangkan pulau jerjak ok!

actually along the road, aku ngan muhaidi pernah lepak di waktu petang. bercenta sakan.. bercerita ttg idup, ttg relationship kitorang. depan kitorang adalah laut yg sgt luas. and i told him that "laut tu luas... harap2 kita tak hilang.." and yet.. he remember it till today. tapi akhirnya kitorang karam jugak. aku pun tak tau lah.. aku yg karam ke dia yg karam. for him, it is me yang karam. emmmm... ye la kot..

Hermm... trip aku ke penang ni mmg sgt mengimbas kenangan la.. sampai kkdg aku rasa cam ada projector depan mata. mayb sbb kami masih contact even after 6 yrs, and kitorang x gaduh. and i guess.. jauh kat ati memasing still ada rasa kot.. tu yang boleh ingat semua sekali witout menyakitkan ati.

balik dr queensbay, ayah suraya bwk pi bendang... ha.. time ni mmg aku sgt peghrak ok.. nasiblah org lalu lalang nak kata apa. aku berlari ke sawah padi tu. kat sana org br tanam anak padi. jd nampak luas dan hijau. kalau ikutkan hati, nak je aku benamkan kaki kat selut tu. suke!!! ingat dulu masa pi bali. ima siap marah aku sbb mcm la malaysia xde sawah. :P


bergambar mmg x hengat dunia la. pening adik suraya amik gambo kitorang. adik dia ustazah kat situ. kat kg tu sume anak murid dia. sambil tolong amik gambo, anak murid lalu jerit "ustazahhhhhhhhh!!" last2 dia pi lari masuk kereta. malu... hek hek hek.. then bila pi umah paksu suraya, maksu dia siap ckp, kalau nampak org dok bergambaq kat sawah.. mmg org pekan la tu... eheksss! well.. raub tak ada sawah ok... apatah lagi KL..



Malam mmg dah janji ngan kak nuin nak balik.. kak nuin byk keje so mayb kol 10 br bole balik. i dun mind.. emac la kesian. sbb dia nak mengajar besoknya (which is dia sebenarnya telah berjaya ponteng keesokkan hari! gila.. cikgu apa hang ni emac oiii). rasa cam sedih la nak balik.. kat sana aku x ingat pun masalah aku kat sini. aku x sekusut aku kat sini. even aku rasa aku pegi penang bwk masalah lain, balik bwk hal lain kan..

Terima kasih banyak2 kat ayah suraya, mak dia.. adik2 dia.. layanan sgt best. gonna miss them.. especially ayah suraya yang sgt peramah tu.. manalah tau, nnt dtg lagi kan? emac kalau dia rasa nak naikkan badan, dia bole ikut suraya balik lg.. so that dia gumuuuk!

On the way balik, i feel sad. tapi bole control. tp ada org menangis.. lg sekali lagu jiwang kete kak nuin dipersalahkan.. and when they sleep.. aku layan jiwang sendiri. bila dah masuk kl... aku rasa lagi sedih! its time to face reality... yes it is..

Thursday, March 12, 2009

Penang Trip - Day 2 con't

Lepas Pantai Merdeka, balik umah sat. Solat and so on, kami klua balik. This time parents tak ikutla. sbb dah tau dah.. kompem balik tgh mlm punya kan. tatau mana nak pegi. last2 decide nak pi padang kota. lepak sana. for me, bagus jugak.. nnt mujahid (bukan nama sebenar) abis kenduri, dia boleh dtg. i did text him but he didn't reply. so aku pikir dia busy...

kitorang decide nak naik ferry. jeng jeng jeng.. naik ferry dimlm hari beb.. aku dah berdebar. aku kan phobia air. emac ngan suraya panic gak la sat. mlm tu aku yg drive. que tunggu ferry agak lama. ttiba perasan la kat kete sebelah dipenuhi lelaki2 sekalian. tapi..cm bbudak lah! so.. boooo layan.. kitorang dok amik gambar dlm kete, dorang amik gambar kitorang. isk isk isk..

dlm ferry, kitorang turun kete. bbudak yg td tu, salah sorangnya berani ok.. dorang tegur suraya... "kak ni blajaq ka?" mua a a a a! aku nak tergelak. korang dok ngayat tp korang ttp panggil kami kakak.. guddddd... suraya sgt tabah melayan. siap amik kan gambaq depa lagi tu.. aku ngan emac layan perasaan sambil luahan hati.

Actually, we have been thru same situation, same problem before. Dilema laki org.. i did once, yaya did once, emac? twice dah.. something yang aku remind kat emac, dulu aku pernah tanya "pundeks" about my situation (after aku tau yg dia dah kawen) aku ni perempuan simpanan dia ke? and he said.. no.. sy xpenah anggap awak camtu. then if tak anggap mcm tu, please... bagi aku 1 term lain utk gantikan perkataan perempuan simpanan tu. but he cant!!

btul apa.. apa lagi yg boleh panggil kalau bukan itu??? and for me, aku x nak jd perempuan simpanan... aku x deserve utk tempat tu. aku deserve tempat yang lebih baik! my words, alhamdulillah sedarkan emac ttg kenyataan. hasilnya balik dr penang, she can ignore the guy. she erased all his msg and didnt pikup any calls. bagus la tu.. :) hopefully dia x balik lg pd situasi sebelum ni.

Back to stories, we lepak @ padang kota. makan hotdog yang sedap. gila kuat la angin kat sini. in d same time, kitorang tatau nak g mana lagi. aku dah start wonder about si mujahid tu. he didnt pikup my calls. he didnt reply. wat la???? apa yg x kena?? aku pun x paham. aku call nak tanya direction pun dia tak angkat. and he also switch off his fon! kenapakah??? tak paham la pulak aku jantan ni.. dia yg berjanji dia yang ilang ni...

we need pantai.. nak dok tepi laut, layan perasaan. padang kota crowded sgt. lepak reramai tgk org boleh la. tp kami x tau jalan. yaya kata dia ada g dating dulu. kat tanjung bungah. tapi dia tatau kat mana. she decided to call her EX! erk.. vacation@ bertemu ex's kah kami? mua aa a a.. dengan kompiden yaya yakin yang dia ok kalau jumpa ex dia.

the ex offer diri utk guide.. we went to Tanjung Bungah.. best! tapi x sempat layan perasaan coz kat situ ada ex yaya. kalau kami je, aku rasa ada yg dr hati ke hati dan teriak!! i keep trying to get "mujahid" but he didnt pikup. ntah kenapala dia ni. frust aku mula dtg. mau tak frust. coz dia da janji bwk pi mkn char kuey teow yang aku suke tu...

kat tanjung bungah, makan sebijik burger lagi. nasib baik siang tu aku x makan pape.. so mmg terasa lapar. tapi emac ngan suraya yg berselera mkn dr siang tu pun mmg makan dan makan la.. hehehhe. ttiba ex suraya kata org penah nampak anjing laut kat area tu. i tot he was kidding. so aku gelak je. sbb nya si mamat ni, aku tatau bila dia ckp serious, bila dia memain.. hek hek hek.

tgk jam da kol 1. "mujahid" pun x dpt dikesan. kitorang decide utk balik. balik dgn rasa frust and puzzle. aku tatau awat ttiba mujahid decide to be quiet. hemmm... something wrong somewhere. so.. cam semalam.. balik dan tido... penat sgt! alahai.. esok mlm nak balik dah.. aku rasa x nak balik boleh??

Fareez (bukan nama sebenar) keep calling. i didnt pickup. not even once.. aku rasa itu jln terbaik utk diri aku sendiri... dia dah pilih jalan dia.. and aku tak rasa aku nak lg bckp atau jumpa lagi dgn dia.. biarlah benda yg dah habis tu habis terus..

Wednesday, March 11, 2009

Penang Trip - Day 2

Pagi tu bangun da terlewat. balik pun da pukul berapa kan. dengan semalaman x tido, penat and so on. Turun2 tangga ja, aku dah terbau lazatsss... tu dia... laksa sudah siap! perghhh... meja dah penuh. Ada laksa, ada roti canai, ada kuey teow goreng, ada puding.. mak aih.. ni mcm nak kenduri!!

Aku masih dlm situasi kurang berselera makan.. so amik sesikit lah. Suraya ngan emac.. pergh.. aku kagum! lagi2 emac.. dah cedok kuey teow.. cubit plak roti canai.. mmula cam cubit sesikit and share sekeping tu ngan aku. ttiba dia pulun ambik sume! tamak sungguh!! laksa 2 mangkuk! adoiyaiiiiii.. aku tak tau bape ekor jin yang dia bela. makan tak hengat! alasan dia, putus cinta.. kena makan. kalau tak lg susah hati! agaknya kalau aku ni makan cam dia, bukan gemok lagi dah.. Gedempol lah aku.

Since morning, aku call Mujahid (bukan nama sebenar) coz dia kata dia nak bwk jalan. Ptg dia ada tahlil. so siang boleh la jalan. but he didnt pickup. he didnt reply. i tot that dia blum bangun coz dia yang aku kenal, mmg ada masalah dengan tido. kalau dia tido.. jgn kan enpon bebunyik, aku rasa bom meletup pun dia tak dengar. dulu masa centa, dia siap letak enpon tepi bantal, vibrate. tp tiap kali aku call pun dia tak dengar..

Worse sekali bila dia dtg kl. dia ngantuk, aku balik umah nak mandi. so dia tido kat bwh dlm kete. dengan engine terpasang, lena sgtlah dia tido. dah siap2 aku pun pi kat kete. tgk dia zzzzzz dengan sungguh tenang! aku ketuk cermin kete, x bangun. aku call enpon dia, x angkat. dia masih zzzzz... aku dah naik marah ni. dah la bahaya. enjin tak tutup. sampai housemate sume klua. membuat percubaan membangunkan dia. harammmm dia nak sedar. aku sampai hangen! lekuk pintu kete aku tu aku tendang. stll dia tido ok!

Sgt teruk kan? aku tatau la.. kalau sape jd bini dia nnt kena guna tilam yang waterproof. sbb ari2 nak kejutkan dia, kena curah air. or.. dia dah berubah la kot skrg?? erkkk.. ni hape mengimbas kenangan nih?? hahahhaah! back to trip story nah.. aritu ari ahad. so byk activity family suraya. mak dia nak pi kenduri. adik dia nak pi sana sini. so mmg hope sgt mujahid (bukan nama sebenar ) tu boleh bwk kitorang jenjalan...

Sampai ke petang kitorang lepak umah tau.. he didnt pickup. last2 emac plak call dia.. x pickup gak. dah lama lepas tu br dia call number emac. and i pick it up. dia busy.. nak kenduri. so beli barang and so on. enpon tertinggal. and ok la.. kenduri la dulu kan.. nnt mlm lepas kenduri br jumpa sbb kitorang nak pi island. and he ask bila aku nak balik kl. aku ckp senin malam.. so he said, ada masa lagi nak klua.. so aku pun cam... ok!



Kami nak tgk pantai.. i luv pantai. kalau aku ada masalah, aku suke lepak pantai.. So ayah suraya decide bwk kitorang g Pantai Merdeka. Wah.. maknanya, lagu cinta pantai merdeka tu mmg wujud lah kan! ayah suraya dok galak cerita mcm mana keadaan masa eton dtg dulu. eton mmg kecoh! siap mandi manda.. sanggup naik boat pi beli belacan kat tanjung dawai tau! etonnnn.. i miss u!



View sunset pantai merdeka cantekssss! tambah lg amik dengan SLR kan.. perghhh.. layan... kat sini pun emac ngan suraya makan dan makan.. nasik goreng pun dengan 5 ekor udang besar di atasnya ok! sungguh lazats! kitorang bergambar x hingat dunia.. tunggu sampai gelap.. ayah suraya ngan mak dia mmg best! sporting wo.. ikut je kitorang yang gila ni. dlm kete kitorang buat lawak cam bangang pun depa dok gelak ja.. sukeeee!



Balik tu sempat singgah jambatan kuala muda.. tempat org mengail udang. adik suraya suka la pi pancing udang ni. dpt udang dia bela dlm aquarium. udang mati, dia masak maggi udang! ahhahaha! baguihhhh... kitorang dlm otak da dok pikir.. mana nak pegi lepas ni. Mujahid (bukan nama sebenar) kata bila dia free dia call... tapi.. takdak pun.. awat tatau!

Tuesday, March 10, 2009

Penang Trip - Day 1


I have inform Mujahid (bukan nama sebenar) a week earlier. and dia da ckp jugak saturday pagi dia keje. so i said, tak apa.. keje lah dulu.. nnt br jumpa. kitorang pulak patah kaki. kak nuin of cos la balik umah dia kan.. aku emac suraya, sorang pun x bwk balik kete. so kena la mengharapkan kete adik suraya. adik dia of cos la byk activity.. cekgu lagik tuh kan.. so xpelah.. yg penting dah klua dr KL.

Sampai umah suraya, ingat nk tdo terus. cemana nak tido, kalau br sampai.. mak dia da ready dgn cucuq, nasik goreng segala kan.. so.. makan. lepas makan, dengan tak mandi tak hape, kami mengelilingi rumah suraya. nampak basikal adik suraya.. emac sebok nak naik. siap pamkan tayar lagi. pastu pusing.. pusing skit penat. pastu keliling kampung naik motor. dengan rambut karats aku ni, mmg x sesuai!

ttiba ayah suraya ajak pi "market".. market means pasar. pasar means jual ikan.. mua a a a a ! aku actually dah tpikir.. cemana nih.. takpelah.. bole pegang emac or suraya.. tanpa mandi terus pi market. tuh dia.... market sgt! pasar basah yang menyebabkan aku terkedu. aku pening, siap nak muntah.. uwaaaaaaaaaaaaaaaa...

i loveeeeee cooking. but i dun like to go to pasar. aku akan mintak abah beli semua nya. :) demand kan perempuan ni? nak buat cemana.. aku mmg x boleh pi pasar.. ikan kat "market" sana sgt fresh. oleh sbb fresh, aku mmg tak terasa gatal, bengkak or allergic. padahal almost everyday makan seafood tau. so syiok oooo.. org dlm pasar tu mmg kompem tau yg kitorang ni org luar. dengan aku yg terjengket2 ni.. eheks..

on d way balik, ayah suraya ngan mak dia dah gelak. sbb aku nampak ganas, tp xleh pi pasar dan phobia bila org ramai. mua a a a a! well.. pakcik suh la driving sensorang ttgh malam. kemana pun sy boleh. tapi jgnlah campak sy kan tengah pekan ahad ka, pasar malam ka, market ka.. mmg sy "teriak" la..

balik dr market, konon nak pi singgah facial. nasib baik tutup! kalau tak.. mmg pengsan org facial tu dgn bau kitorang ni. lekat sampai ke kepala tau! mandi.. 1 badan bau busuk.. busuk x mandi + busuk bau ikan!!! sempat tido sekejap. tp aku rasa aku tdo sgt lama. sesambil tu dok msg dgn mujahid (bukan nama sebenar). i miss him actually. tp x la ckp kan.. kang salah paham pulak. yg membaca ni pun jgn slh paham.. last aku jumpa dia 3 yrs ago kot. bukan aku rindu sbb nak menggatal ok.. no no no.. tak baik punyeeee..

Suppose kak nuin dtg amik bwk jenjalan. tp sian ngan dia... dia kena pi service kete, dating lg apa lagi.. so kitorang decide takyahla... nnt kereta adik suraya da free kitorang jenjalan sendiri.. and yeap.. we got the car.. pi try tempat facial tu lagi, boleh plak akak tu dgn muka moodynya ckp yang x sempat.. perggggghhh hangin!

balik umah, bersiap.. pi penang! and i keep notify mujahid (bukan nama sebenar) aku kat mana. and keep calling him for direction. jgn tatau.. suraya nama ja org sana.. tp jalan.. sesat! hek hek hek.. mmula nak pi pdg kota, tp ujan dan tutup. pusing punya pusing punya pusing, nampak la perangin mall. so.. benda da ada depan mata.. perangin mall lah jawabnya..

org pi penang beli apa yg xde kat tempat lain kan? aku ngan emac beli kasut NYC kat parkson. hahahha... sale.. rm109 tinggal rm 21.. amik jekla. kalau org tanya beli apa kat penang? kasuttttt! :) emac beli socks yg utk tangan tu. alahai.. mcm tempat lain xdak je kan? hehehhe.. then da lewat, lapar, nak makan.. tp dlm tu penuh ngan kedai cina je. nasib baik mujahid (bukan nama sebenar) call and bgtau yg dia da nak sampai and ajak mkn luar..

to be continue...

Penang Trip - Sweet Escape yang bitter sweet Sour!


Lamanya tak cerita pasal trip day to day kan? Last sekali cerita redang. tu pun tak habis. heheheh.. Okeh, start dengan Journey to Penang. the reason y i choose UTARA is nak jimat kos 1 hal. bole pi reramai sbb kak nuin ngan suraya pun mmg nak balik umah memasing. there is another reason yang hanya aku je yang tau (tp skrg sume org tau lah kan).

Aku nak jumpa someone yang dah 3 tahun aku tak jumpa tapi ada mcm2 issue. Da broke up for 6 yrs tapi sesekali masih lagi mengusik hati memasing. Remember issue cancel wedding and ajak kawen lari tu? He's the one lah. Aku rasa dlm byk2 lelaki yang penah ada, he understand me the most. he knows everything about me. dia faham segalanya.

Since i broke up with F (bukan nama sebenar... hahahha!) aku lost. ive been someone yang aku sendiri tak sure kenapa aku mcm ni. so, i wanted to collect my old me yang suci murni dulu tu (mua a a a a!) from Mujahid (nama dia bukan mujahid sebenarnya.. tapi emac bg nama ni kat dia). i want him to help me to find who i am before.

So.. last friday emac dtg umah kak nuin. after raja lawak baru start bersiap. kol 1 lebih br nak gerak dr umah. benti isi minyak lah, sopping kat petronas lah apa lah... boleh kata kol 2 pagi la br gerak. kak nuin bawak kete.. PERGHHHH!!!! sampai suraya ngan emac pening! aku dok sbelah pun rasa pening. hahaha.. akak.. sila perbaiki cara pemanduan anda..

Sepanjang jalan, kak nuin pasang cd dlm kete dia. mmula lagu english. sangat frust semua lagunya ok! ni cam saje nak bg kami teriak je nih! actually aku ngan emac dlm category yang sama. putus cinta. so we hope that this will be our sweet escape yang akan menenangkan hati, otak minda dan segala yg sewaktu dengannya..

lagu2 kak aini pasang sgtlah mencabar mental! i didnt cry since last 2 weeks i think. aku rasa urat air mata aku dah putus sebab penah dlm sehari tu aku rasa sgt tertekan. aku sgt berkecamuk aku cuba utk nangis, tapi x boleh! so since tat aku assume urat menangis aku da putus la kan.

lagu dan lagu dan lagu, emac start "teriak" (menangis). erk! alahai emac.. sedihnya... aku lek lg.. controlllll... last2 bila masuk lagu Unbreak my heart, aku rasa dada aku sgt sesak. aku rasa aku sgt sebak. and yes! urat menangis aku kembali bercantum! uhukssss... nangis wo.. suraya siap pas tissue paper kat depan. kak nuin ngan suraya siap gelak n kutuk sbb aku tewas akhirnya! hampehs! Rasa sgt sedih tp lepas tu sume dok gelak balik..

sgt mengantuk ok.. suraya ngan emac tido kt blakang.. tapi aku tido2 ayam je. i cant sleep when someone else driving. dr dulu.. kitorang sampai kat juru almost 6 am. kna tunggu ayah suraya mai amik. time nih slang suma tukaq abih dah... siap da warning awal2. masuk ja juru, sume slang kena tukaq. jgn gatai nak ckp KL.

since i know suraya, this is my first time jumpa family dia. tapi byk dengar cerita especially ayah dia yang mmg suka berborak. so.. aku da ready dah... about 6.30 ayah dia dia sampai. starts from that, we've talking non stop! i likeeeee...

Umah suraya sgt best! lalu sawah padi, tali aiyak (tali air), di kala matahari baru nak terbit.. Ya Allah.. sgt syok ok. aku x abis2 remind kat dorang, aku nak amik gambaq kat bendang. x kira walau apa pun keadaan! hehehehe... ilang sekejap mengantuk tak tido tu sbb kena interbiu ngan ayah suraya. emac dah penah dtg, so x byk issue la kan.. :)

to be continue...

Thursday, November 13, 2008

Day trip to Muar


Semalam pi Muar... ada seminar dengan customer sana. i went there with ayu n ezir. Actually aku pun tatau la kenapa aku yang kena pegi. tp i guess bagusla jugak kan sbb dpt kenal org kat sana. Gerak dr office arround 9.30. tak makan pape.. adoiyaiii lapa siot. raveen da gelabah bila kitorang kata kitorang blum gerak. ek eh... jauh sgt ke muar? event is at 2 pm. awat la glabah sgtnya...

Jalan ikut speed. area sana kan byk speedtrap. ttiba kau rasa kagum dgn diri sendiri. aku sgt patuh dengan had laju. part yang 90km/h pun aku ikut . ehekssss.. bawak kete ayu maaa.. kalau kena saman mengamuk wooooo..sampai hentian nilai, stop breakfast for about 20 minutes then teruskan jln..

i've been to jb before, batu pahat, kulai dan sewaktu dengannya. but i never been to Muar. this is my first time and one thing about me, kalau pi tempat org, aku mmg akan perati memacam. rumah, cara idup, tempat, bangunan, papan tanda (which i dun wanna miss 1 pun) sampai kena marah ngan ayu. "awk ni ketepi ketengah!" hek hek hek... sowiii.. aku mmg camni. kalau dpt pi tempat org mmg perghak skit. mua a a a!

ezir org batu pahat. so muar ni kira kampung dia jugakla. sampai muar kol 12. raveen x sampai lagi. alaaaaa bikin gelabah aje tau! dia suh pi mkn dulu. kol 1 br jumpa balik. ceh!!! so.. kami telah melantik ezir menjadi kitorang punya "tourist guide". suke sgtla ezir dok explain ni bangunan apa.. jalan ni kemana.. isk! terasa cm kat raub. bangunan lama² kan.. kedai² tu sume design la. since 1927. bandar colonial, mana² pun lebih kurang.



tapi yang best muar tepi sungai beso. tepi muara la katakan.. so ada jambatan, ada jeti. st ezir bwk kitorang makan angin kat JETI TANJUNG MAS. siap bergambar² lg tu. pastu aku email gambo kat kak ita ngan kak ani kat opis. eheksss... seminar ke melencong??? pakej la... seminar sambil melencong!

kat area jeti ni ada playground, ada tempat org lepak², ada tempat jenjalan tepi sungai. ada makcik ni dok sebok memancing. there's a little boy yang sgt byk mulut. ezir layan dia. pastu ayu dok tanya dia ikan apa. budak ni jawab "ikan kitam... ikan apa? ikan kitam.... ikan apa? org kata ikan kitam, ikan kitam la! " hahahhaha... marah wooo.. budak ni siap ckp ngan aku "amboi.. cermin mata besar... sexy pulak tu!" perghhhhh.. well... i take it as a compliment! thank you adik! hehehehhe..

owh.. mereka² yang kenal adik aku mmg tau la ayu ni cam mana kan.. kat jeti ada replika durian besar. aku tak rasa nak bergambar. tp si ayu excited. dia pun gagah mendaki tangga benda alah tu nak bergambar. punya la besar durian tu, of course la ada berduri² kan. sume tu simen. si ayu boleh pulak terhantuk kat duri² tu nak bergambar punya pasal! ezir berdekah² gelak.. adoiiiiyaiiii.. punya beso durian tu dia bole terhantuk!!!! ko ayu, mmg kena pakai la spec tu 24 hrs. jgn cabut²!

ezir bwk pi makan satay. biasanya satay makan mlm kan? ezir kat kat muar pagi pun ada satay. wahh... satay kat situ br 40 sen beb.. mkn 3 org tak sampai 20 hengget pun. cedapppp...



after lunch jumpa raveen n thiagu kat MUAR TRADERS HOTEL. seminar dengan customer. siap ada hi tea. sambutan mmg menggalakkan. kalau customer kl xdenya dorang nak dtg. bg makan free pun x mau. tp kat sini sume dtg. tepuk tepuk.. tepuk...



dok lepak ngan org tm sampai kol 4.30. penat actually.. terasa kepenatannya. xde rest pun kan. balik nk singgah nilai coz ada few things yg nak kena bli. so abis seminar cepat² je la balik. ujan.. siap ada excident. isk! tp nasib baik xde jem. so.. singgah nilai, beli brg cecepat n go! sampai kl pun ujan. kol 8 kot sampai. sampai kl penat gila rasa. mayb aku da tak biasa drive 2-3 jam pegi blk kot. since abah da balik raub, da x buat keje gila ulang alik tu kan. so.. aku terasa penat sgt.

layan org tu pun so so je. sampai umah da lembik.. lepas mandi.. zzzzzzzzzzz! masa kat muar da janji ngan tm sana aku akan visit dorang selalu. uhuksssssssss! kak ita... sy perlukan accomodation! hehehehhe!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template