Showing posts with label My babies. Show all posts
Showing posts with label My babies. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

~ Alphard & Honda City baru ~

Tempat : dlm kete menuju ke tempat org kawen.

Adam : Mummy, nnt mummy belikan adam honda city baru ye?

Aku : HAH???

Annies : Mummy belikan annies Alphard ye. Besar... berkilat..

Aku : ...... ( Akak kedu u olsss!!!)

Monday, January 4, 2010

~ She's going to her pre school tomorrow ~

My Little Annies is going to he pre school tomorrow
arini dia x g sbb dia lambat bangun tido
yg pegi school arini atok dia
now dia tgh menggeletik excited nak sekolah
and trying hard to sleep
good luck little angel
mummy doakan yg terbaik utk kamu!
hugs & kisses

Friday, December 18, 2009

~ Cinta hati ~


Aku terdengar bunyi sumbang gitar tu dipetik. Suara adam nyanyi lagu cari jodoh wali band penuh pelats! bila aku pusing belakang, adam tgh petik gitar tu dgn penuh bergaya sambil joget2 and nyanyi! adoila.... mmg la adam ni. mummy rasa nak lempang je. comel sgt! muahsssss!

Monday, October 5, 2009

Mikhail!!

Another HERO has arrived!! ye.. ayu dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pagi semalam. buat masa skrg nama penuh xde lagi. tp mmg haruslah MIKHAIL. cume nak letak apa kat depan atau blakangnya x pasti. smlm kitorang dah nak letak EMMET MIKHAIL. tapiiiiiiiii... telah mendapat bantahan yg berleluasa. hahahhaha!

Ayu dah klua ward arini. tp mikhail masih kat spital. dia xleh klua lagi. dia lahir underweight. uwaaaaaa... x sabar nak main ngan mikhail. nak tgk pun xleh. hanya parent je bole. menci lah. xpe.. biar dia rilek lu kat dalam. pastu da betul ok br klua.. cian la cyg mummy yg baru ni kan?

well... anak sedara dah tambah lg sorang. anak sendiri?? soalan sensitip tu. mmg ampehs la sapa yang tanya. hehheheh!

Saturday, July 11, 2009

Transfomers - Again???

Smlm tgk transformers lagi. kali ni bawak annies, adam, "uncle penny" n epit. sapa uncle penny? hahahha... nama dia fendy. kawan epit n ajib. tp bbudak ni pelat panggil uncle penny... so sume org pun start panggil dia Penny..

Brapa kali punya transformers da??? ahaks! still the best! bila movie start je annies ngan adam dah tau mana autobots, mana decepticon. bagus anak2 ku ittew.. dorang berdua kecoh nampak robot2 besar tu. bila part gaduh2, adam pandang aku sengih. pandangan yg sgt kagum, kerek gila. hahahha... and the kids sgt puas hati dgn tranformers. on d way balik sume kete kat jalan, sume robot. sampai kan kete aku pun, bumblebee kaler itam. kete atuknya, optimus prime. eheksss!

mlm td gak balik raub.. now.. di raub lah aku.. merehatkan diri bersama anak2 dan keluarga tercenta.. alhamdulillah keadaan kat raub dah kembali tenang.. Alhamdulillah.. thats y aku ckp, things are getting better... and aku harap semuanya... termasuk my internal feeling. smlm kat cineleisure, mcm ada projector kat depan mata. terbayang dia kat memana pun.

aku bleh nampak byg kitorang kat sana. tempat mana yang kitorang selalu pegi, bergurau senda kat escalator, damn!!!! i hate this feel! aku x penah byr parking kat sana sendiri. he's the one who pay. skrg aku kena terima hakikat yang aku kena masukkan chip tu kat machine, aku kena masuk kan duit. no more him for me. its hurt beb.. sgt. sometimes kan kita rasa kita kuat. tp bila tiba masa2 kenyataan, kita akan realise yg sebenarnya ada some places in our heart yang sgt fragile. benda2 kecik pun bila kita teringat akan buat kita rasa sakit yg sgt2..

mcm biasalah bila kacau skit jiwa, kak nuin jd mangsa kan. but as kak nuin said : rina pandang apa yang tak ingat kat dia?? pandang kete sendiri pun teringat... eheks!! i luv u la akak. akak sgt memahami. yeah... aku jenis yg pengingat sgt semua benda. susah senang, suka duka. aku jenis yang x mudah lupa semua tu. tuh yang bila kena camni teruk skit..

well... life goes on. insya Allah, rasa sakit, sedih, rindu dan semua yang ada ni akan berkurangan... like jazz always said : masa akan ubati segalanya..

Friday, July 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY ADAM KHALISH!!!



Esok adam dah 3 tahun... geram bila teringatkan si tembam kesayangan nih..

Sgt degil.. tak mau dengar cakap, sgt moody, sgt cepat marah, sgt kasar...

Tapi sgt manja... kitorang masih mencari method yang sesuai nak didik all the kids.

Anak2 x de ayah, yang ada cuma ayah tumpang dikala hujung minggu.

Tapi aku tak rasa itu akan jd kegagalan mendidik..

Insya Allah.. dorang akan dpt apa yg org lain dpt jugak..


So Adam cayang....

Mummy sayanggggggkan adam mcm adam selalu ckp : Adam sayangggggkan mummy..

Happy birthday sayang...

Muahs!

Tuesday, July 7, 2009

Stop...

Evrything seems to be better and better... harap2 sampai ke sudah..
some fren ask me, aku frust lagi ke?
of course aku still terasa frust... still terasa sedih sometimes..
tapi alhamdulillah... x seteruk aritu.. i have stop crying.. :)
Aku pun dah tak ingat sgt kat makhluk Allah yang sorang tu.
Harap2 ingatan kat dia diambil terus..
Tak ingat langsung pun bagus..

i dont want to cry for him anymore...
not even for once..

* Last sunday, annies dah 5 tahun... happy birthday sayang. Love u so much..

Tuesday, January 20, 2009

Lawak si Adam

adam: umi.. meh la dtg blakang ni
umi: buat ape adam? (muka separa tensen)
adam: ada kerja
umi: kerja ape adam? (muka 3/4 tensen)
adam: kerjaa samaa

umi, mummy, mama, papa, achu, semua berguling-guling gelak!"

Ada Apa Dengan Weekend & Juara Lagu

Weekend yang sgt gilang gemilang. hahahhaha.. last thursday mum sms, they want to stay at ayu's house before pegi melaka. y melaka? coz my kazen yang kawen tu kenduri kat belah pengantin lelaki plak. so oleh sbb ma ngan abah skrg sgt rajin berjalan. they want to join the rombongan lah.

so, mlm jumaat dorang tido kl, on staurday bwk ma jalan IKEA. Ma ada byk brg IKEA. tapi dia x penah g IKEA. eheksss.. sume main order je. kitorang la yang pegi and beli. ma suke brg yang kecik² cam candle, lantern, lampu, jug, mug and so on. actually cam kesian kat ma. dia selalu nak g IKEA but kitorang cam refuse nak bwk coz IKEA tu besar. aku x rasa ma mampu nak pusing.

IKEA kan kena buat pusingan complete baru bleh klua.. but this time, aku nekad nak bwk ma. kalau dia penat, dia bole rest kat kerusi tu sume. (ma cepat penat selepas operate injap jantung dia. skrg injap dia adalah plastik) so.. dengan berkobar, bawaklah ma pi ikea bersama askar ku yang huru hara itu. nasib baik ayu n roy ikut sekali.

sampai kat bwh tu aku nampak wheel chair. otak aku yg terer nih dok pikir, y not aku amik wheel chair tu n tolak ma 1 ikea?? mua a a a a a! "ma... nak tak naik wheel chair, ina tolak ma?" "boleh ke??" "boleh je.. kalau tak nnt ma letih, ikea ni besar ma.." "ok... boleh" mua a a a ! kesimpulannya, aku tolak ma atas wheel chair ronda 1 ikea ok! ma tak penat... mua a a a a!

askar² ku ittew??? dapat sorang 1 troli utk budak tu. sgt happy ok! da la sume benda dorang nak beli. mmula brg masuk dlm troli besar, pastu bila dorang da dpt troli, sume brg kena agih masuk troli dorang. mmula ok. tp pastu adam x puas hati sbb troli anis penuh, troli dia tak. and the best part is, dorang buar racing kat dlm tu! haiyooohhh! adam drift ok! org keliling dah gelakkan dorang.

time nak bayar, adam x mau lepas troli. dia nak jugak tolak troli dengan brg keluar. aku klua kan brg, dia nangis. bukan nangis sikit... melalak ok!! adam tanya "Nape kena bayarrrrrr!!" erk! adam... mummy blum kawen dengan tokey ikea ok.. so.. kita kena bayar. heheheheh!

abah ngan ma decide nak lepak melaka utk 1 mlm memandangkan aku xmau ikut dorang pi kenduri. malassssss... so mlm tu tinggal kitorang ngan askar shj. tp linah n family + abang n family dtg. rasa cam raya la pulak. mua a a a!

sunday lunch umah linah. anak² kitorang ni x leh bjumpa. kalau bjumpa.. sgt huru hara ok! tgh aritu kitorang buat conclusion yang umah linah telah menjadi taman tema! anak² dok lari sana sini, terjerit sana sini + menangi sana sini!!!

abah balik mlm.. and yeap.. abah nampak cam happy dok umah ayu. kira ok lah. bukan senang abah nak lepak lelama umah org ok! itu mmg tabiat abah la tu..

Juara lagu..

Before juara lagu start, aku gatal tanya sapa nak bet utk JUARA LAGU. bukan juara kategori. aku, ayu n epit amik LAGU KITA. E amik Faizal Tahir tp lagu CUBA. Roy amik Meet Uncle Husin. kitorang awal da gelak kat roy. bole menang ka??? mua a a a a! tp lagu aizat tu best kan.. faizal tahir pun ok..

so dengan penuh khusyuk nya kitorang tgk benda alah tu.. owhs.. bet kitorang x byk.. rm5 sahaja. well.. as known... sume kalah! roy je yang menang sbb MUH tuh menang!!! kitorang bajet faizal tahir. ttiba announce MUH! perh... roy yang berkain pelikat tu boleh melompat!!! adoii.. nasib baik tak terlucut. boleh buta mata beta!

so... kaedahnya.. kami kalah bet. tp ok la.. juara lagu tahun ni sgt happening. estrange sgt best ok! aizat pun perghh... sore dia sedap! the rest pun superb. tp kengkawan, aku suke dengar lagu MUH tu. makin suke. tp yang masih tak berubah... aku ttp tak suke nengok muka si lan tu menyanyi.. mua a a a!

Wednesday, January 14, 2009

Whats up yo!


Cak..!! Im bz... bz upload gambo kenduri kat facebook. hahahhaha... ntahla.. aku da pening dgn hal keje so aku break kejap melayan fb sepuas hati!

Ada apa dengan last weekend? balik jumpa anak² tersayang yang semakin lasak + manja + menyakitkan hati + nakal + mengganggu gugat kesabaran! adam dpt panggilan baru. KUNDUR. y kundur? dia sgt chubby skrg ok! tak caya tgk ni!



sgt cumil ok! ni gambo dr lense photographer masa wedding ayu.

Last week my 2nd kazen kawen. of course she's younger than me la kan. mlm nikah, aku x pegi dengan alasan mls nak tinggal anak². even aku tau kazen aku tu sgt nak jumpa aku. y aku x nak pegi? wedding kat kg. sana penuh dengan makcik² aku. sesambil kat dapo for sure soalan maut utk aku akan klua. thats what i don want to hear beb! sanggup la aku dok umah. hehehhe!

and mlm tu jugak ttiba aku rasa stress yang teramat. pernah tak korang rasa stress, and korang sgt perlukan org utk mengadu tapi tak tau kat sapa and sorrounding ko bukan org² yang ko boleh bercerita apa ko rasa??? ahah! itu yg aku rasa malam tu. stress sbb aku terasa cam tercicir. org lain da kawen, ada anak and so on. tp aku masih camni. masih dengan phobia yg tak tentu pasal ni. uhuksssss!

th next day, kitorang pi jugak. and of course ayat aku : kita pi makan saje.. hahahah.. teruk aku kan? kat kenduri tu anak² dah cukup menjatuhkan saham ku ini.. hello.. perempuan yang vogue the vast tetapi dengan 2 anak di tangan? mua a a a a a! well.. anyway, aku lebih bahagia dengan anak².. biar pun anak org! ehekss!

so.. now aku dok pikir, berapa lama lagi aku bole bertahan, mengelak, bua bodo, buat tak tau dengan soalan dan tekanan ni sume? hek hek hek... selagi mampu aaaaaaaa! ada aku kisah? hek hek hek!

Dear Nani... our beloved mom ( ur mom la!) dah start carikan kite calon nih! piiiitaaaaammmmm!


Friday, January 9, 2009

Annies oh annies!


:)

Monday, December 1, 2008

Another happening weekend...

Kenapa happening? Akhirnya epit selamat disunatkan... alhamdulillah.. kenapa lambat? atas sebab² tertentu doctor x boleh buat masa dia age yang sepatutnya. baru sekarang keadaan dia mengizinkan.. so.. epit sudah besarrrrrr (mmg skrg pun beso!) skrg cuti sekolah kan? kebanyakkan university pun cuti. so ada la muka ajib ngan pade kat umah. dorang tolong mak kemas bilik epit. coz nak masuk perabot. nnt nak guna bilik tu. tp dorang ni buat keje skit, break. buat skit lg, pi lari berlatih kompang. bole? adoiyaiiiii.. pening.


(Epit selepas di "potong" hahaha.. abah letak hanger kat "situ" coz umah moden mcm mana tak gantung kain ye tak? hahahha)

Anis n adam... aduh.. nakal sungguh. sorang jerit. japlg sorang lg jerit. mmg masak lah aku. adam kol 2.30 pg baru nak tido. aku dah pening mengantuk! dah penat kemas, bole pulak dia tak nak tido. kalau dia dok main sensorang takpe... tp ni kejap kang MUMMY...! MUMMY!!! adoiyaiiiii.. anis marah skit nangis. marah skit majok. makan x mau suap sendiri. dorang dah 2-3 ari tak mau makan nasik. nak tunggu suapkan. parah!


(Adam yang disabotaj oleh Annies)

after this, weekend sgt busy. Its december! so.. preparation sume nak kena siapkan. org lain nak kawen, akak jugak tunggang terbalik tau!!! pengantin siap tak balik! wa sgt hangin ok! korang kalau rasa nak kawen, BALIK!!! penat tau!

Monday, November 3, 2008

Lalalalala... kerja lah!

Baru masuk office. Byk sgt mission yang kena buat. Jap ni td 20 minutes story telling from my senior manager and our business plan for next 2 month. means sampai abih tahun ler. what had happened on last weekend? tadaaaaaa..

~ i went back to my home town as usual. since da mengambil alih wira se kepunyaan abah tu, aku rasa makin aku membahayakan diri sendiri. dulu masa bawak kelisa ada la skit rasa takut kalau lelaju. tapiiiiii sekarangggg.. selalunyakan mmula mmg aku bwk steady.. rileks je. tp bila aku nampak org pecut kaki ni gatallll! nak pecut jugak. how pecut i am?? erm... 20 mins td tol gombak ke tol bentong. shhhhh.. jgnbgtau abah tau.. nnt abah bising!

~ aku demam batok, selsema. i warn my kids tat please be gud and nice last week coz mummy tak sihat. dorang dengar? haraaaammmm.. except before tido. agak baik siiikiiittt dr biasa. adam ni nakal. x dengar ckp. degil n suke sakitkan kakak dia. so... kene peratikan klebih skit. smlm dia curahkan air dlm akuarium kure²!!!

~ went to nagoya wangsa maju ngan abah ma. and aku telah melaserkan cashier² kat situ. wat hapen? hek hek hek.. mcm ni.. there's 4 of them at counter. tp machine yg dorang guna 1 je yg berfungsi. sorang tukang punch and sorang tukang packing. 2 org lagi buat apa?? ha... berborak sakan dengan yg lg 2 tu. gosip hape ntah. mmg penuh perasaan. aku x kisah sgt dorang berborak tu. tp kalau dah berborak sampai ganggu kerja, aku rasa sapa pun marah! borak punya borak kira pun xbtul. kain ma dia tak kira. dia kira kain ntah sesapa ntah ( yang tuannya pun x ada kat situ) then mintak duit kat ma! mmula aku biar je ma kat kaunter.
~ tapi aku tgk cam budak² ni makin bengong. harga yg dia mintak rm 48.80 sedangkan harga kain yg kitorang amik semeter rm 3 n rm 2.50. aku pi kat depan cashier. dia sibuk lg dok kata resit tu ma punya. i told her, tat is not ours. dia kata ye la.. ni la harganya. aku ckp " td kain tu rm3 dengan rm 2.50. mana datangnya 80sen??? dia masih kata itu harga kain. ni aku marah ni. dia amik resit cek balik br dia perasan yg silap resit dan silap pack kain!!! kawan dia yang sorang da gelabah. dok cr resit tu. selak sana sini. aku ckp " tu la asyik berborak aje mana tak salah! " yang lain da senyap. si cashier cover diri. "dia yang bg saya" dia salahkan kawan dia yang packing. and i said " sama je lah semua!"
~ nah.. kan da kena. semua senyap. ma pun senyap. may b sbb aku demam. so aku x bleh control temper. anak² lasak. penat. tp aku rasa aku xlah kurang ajar pun cara aku tegur dia. so i guess bagusla jugak. biar dorang beringat. nak borak berpada² ok!

~ brg² utk wedding ayu da hampir complete. bunga telor, paper bag, bunga manggar, bedsheet, langsir and so on da ada. bilkik tido kitorang hias sendiri. so..nntkan "mak abu" ini beraksi ok!!! hehehhehe!

Friday, June 20, 2008

Tetaplah menjadi bintang dilangit..

Arini dah bawak camera bersama bateri. Ho yeah.. bleh la upload gambo weekend lepas.. well, basically i am very busy with my kids & my door gift yang xtau bila akan siap.. sambil buat benda alah tu, sambil jerit kat anis supaya jgn kacau. tp dia buat dekkkkkk je.. geram betul.. sekejap kang berenti coz adam melalak gaduh ngan anies... adoiyaiiiiiiiiiii... tuan punya majlis? hua hua hua... harammmm...

Pekakas azimat...

Aritu adam dok main kat luar. Terjerit² aku suh dia masuk dia xnak. rupanya.. tengah kejar rerama... he called it "flies" coz words rama² or butterfly tu terlalu panjang untuk dia sebut. nak tgk how cute he is?? hehehhehe..


Tgk kasut adam tu.. cantik kan? mmg la.. sebab tu kasut annies!! adam suka sangat la pakai kasut ni.. adam ni suka pakai pampers je..
Adam ngan anis ni kan cucu atok.. jd sume apa yg atok buat sume nak tgk, sume nk pegi.. so ini la jadinya.. tadaaaaa!!
Atok dan cucu²nya..

Adam izdihar aka awang tak sihat..batuk. kesian sangat sebab dia kecik lagi. doc kata masa dia lahir, bidan tu tak keluarkan habis lendir. thats y dia jadi camtu.. kesian kat dia.. tido pun tak lena. awang ni pun da pandai mengada.. manja sangat ngan ma..
Ek elehhhh bole plak bateri camera ni abis.. jap lagi sambung upload nah...


Little Angel

Last week jugak telah diadakan gotong royong memotong pokok kat umah. Ajib ngan pade menjadi mangsa... hehhehe.. gila banyak kerengga... i hate ants dan sewaktu dengannya!!


Tuesday, June 3, 2008

Weekend with my kids @ home




mari kita bermain air.. hoyeah!!!




aku tak tau la mana dia dpt idea nak ada bunga camni. abis bunga "granma" dicabutnya.











Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template