Monday, April 16, 2012

PITAM

Last thursday sgt lembek
Muntah since pagi sampai lunch
Lunch pun habehhhhh semua terkeluar
Konon tunjuk terer masuk meeting
End up meeting yg sgt stress + perut yg kosong = PITAM
Kecoh kejap ofc..
Haissssss...

Lesson learned..
Makan kena cukup!
So... Membawa bekalan lah ke mana2..
=D


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 10, 2012

Apples!

Tadi p kedai dengan niat nk beli buah
Sampai kedai, nampak apples terusun baekkk punya
Mcm2 jenis ada
Semua nampak cm sgt sedap!!
Tatau nk pilih mana
Jadinya, amek 1 jenis 1

Akan tukang timbang dh tension sbb kena timbang n tampah harga 1-1
Oh kena ikat plastik tu 1-1 gak
Wellllll
Ai peduli hape!
Hehehe!!!

Lain macammm sungguh penangan selera ni.

Monday, April 9, 2012

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya...

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”.

Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Saturday, April 7, 2012

When you feel "complete", nothing else matter...
All u need to do is.. Bersyukur..
Allah akan beri lagi yg selebihnya..
Subhanallah...

=D

Friday, April 6, 2012

Morning Sickness

Huaaa..
Ini yg dikatakan morning sickness n mabuk rupanya!
Lunyai gak la
Hopefully semua akan ok..
Hopefully this is for few months ni aja.
Kalau x, masaaaakkkk ni..

* perasaan mengetahui ada perkongsian nyawa adalah sesuatu yg sgt indah. Thank you Allah..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 5, 2012

Too sensitive!

Lately emosi sgt tak stabil
Smlm mmg tau la apa sebabnya..
Ramai org ckp, emosi kena jaga..
Takut nnt effect kat baby
I'm tooo sensitive now..

I pray for the best.. Insya Allah.. Baik2 saje semuanya kan.

='(
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, April 4, 2012

Rezeki Allah..

Our marriage is already 1 month old
Sebagai hadiah sebulan, we received 1 happyyyyy news!
Alhamdulillah...

Moga segalanya baik2 sahaja..
Amin...

=D
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template