Thursday, October 30, 2008

Gold Vois Open House



Perghh... semangat gila open house harini. boss x nak tempah makanan. dia nak kitorang masak sendiri and bawak makanan. well i guess he is totally right! the food? superb! sume admit yang makanan sedap belaka. smlm sanggup aku balik raub utk masak kuah kacang ngan lontong + nasik impit tauuuuuu!! we really enjoy it.

for those tm people yang dtg, thank you so much!! muahs!

Thursday, October 23, 2008

Cuppies... ermmm...

Ermmm... Nampak gayanya pening jugak nak jawab pasal cupcake ni. actually cupcake ni buat suka².. utk makan sendiri. so for those yang tanya bole tempah ke tak tu.. i would say.. bole.. tapi byk² x nak lah. setakat below 30 bijik tu ok.. bole la. and design simple la eh. setakat butter frosting icing tu aku bole la buat. kalau nak fondant x berani. coz fondant sesilap nnt merekah dan x cantik. this week chocolate cupcake. i will update later ok..

Diet Diet Diet!!!!

I just read kak nuins blog. Nenek yaya meninggal.. Innalillah.. Takziah untuk yaya. Stand tough and be strong.

this week im bit bz with visiting place that i should and of course sebok attend open house raya tm. menara kl la, shah alam la, pj la.. tp one thing yang aku notice aku x mkn byk. pegi menara kl i just took 3 pieces of cookies, 5 cucuk satay, nasi impit skit, kuah. tats it. (nway, menu mmg x menarik pun. hahhahahah!) pegi pj, i only took few pieces of nasik impit dgn kuah lodeh. shah alam plak (yang ni mmg meriah menunya!!) i just took 7 cucuk satay. itu sahaja... aku rasa cam muak nak makan lemang, rendang. tp kan raya tuh ari pun aku x makan jugak? emmm...

this saturday tini buat open house. may be bole drop kejap. coz menara tm pun buat open house tgh ari.. before balik i will drop by for a while.



i just started my diet plan again. rasa cam dah di pam pam. hahhaha.. im gumuks!!!! give me 2 mths. sure bole balik cam aritu.. ahaksss!

Monday, October 20, 2008

My cuppies



Actually dah lama nak buat tapi malassssss... oleh sebab kak nuin ku ittew nak pi UK dah so i decided to make some cupcakes for her, for my boo and my family. 2 hari buat ok! penat tau. first round sume masuk kat perut epit ngan yoi je. eheksss.. so on sunday i made another round. td da pi bagi kat kak nuin. sorila akak.. sy terlambat. ada lori gas terbalik la plak.

cedapppppppp! i will do it next time again.. nak buat cake yang lain pulak. dorang request chocolate cupcake. okieeeeee.. nasib baik la akak korang ni pandai masak kan... bole la korang demand bagai nak rak!

Friday, October 17, 2008

P/s : I LOVE U


Ramai yang tanya about my life.. yeah.. i did notice that i didnt tell people much about my luv story anymore. ntah.. aku rasa cam this time taknak share dengan sesiapa. not even one. ntah ler... everything aku simpan sendiri. tak ada pun yang tau mcm mana relationship aku skrg. well.. yeap, im still with my cayang. getting better.. even kdg² gaduh la jugak. tp x macam dulu. may be sebab da makin faham idup masing².

When people ask me, sampai bila? Ada plan nak kawen ke? i would say, i dont know and Not at all.. for my relationship this time, tak ada harapan palsu, tak ada plan utk 2-3 tahun akan datang. tak ada harapan berbunga². we just know that we love each other tapi kita tak tau sampai bila. kita tak tau apa ending kita. weird huh? its came to the next question : So, apa guna susah payah bercinta skrg? hemmm.. like i said, yang kitorang tau ttg arini dan esok. arini aku masih dengan dia and esok masih ada planning to have dinner together, at least. lusa?? ntah.. pikiran kitorang just sampai esok. lusa x sampai.. hehe...

how if i lost him? sedih.. sgt sedih. we have shared alot of things almost a year now. erk?? da dekat setahun ek? isk isk isk.. kalau ilang dia, nangis jugakla. im depending on him alot.. nk buat itu, buat ini.. nak makan ke apa ke.. uhuksssss... Thats my luv story for now...

Ive read kak nuins blog today. dia nak pi uk in 2 weeks time. uwaaaaaaaaaaaaaaa! cepatnyaaaaaaaaaaa! menci la akak! uhuksss akak takyah la pegi. cian mak akak sensorang. cian rina jugak. sapa nak layan kita? nak nasihat kita? (ni ayat² org yang dengki) mua a a a.. well.. sebagai seorang adik yang baik dan tidak kejam.. sy nak jugak ckp Congrates!!! jangan akak tak reti nak balik sudah. kalau kat sana dpt yang putih sikit pun tak apa.. ooopsssss! hahahahha.. jgn mara aaaa...

well.. this week tak sure blk ke tak. ras cam nak balik nak buat some cupcakes. tp tgkla cemana. ada few things nak kena settle. till then,, enjoy your weekend everyone!

Thursday, October 16, 2008

I need some spirit!

ntah napa lepas raya ni cam takde semangat je.. buat apa pun x semangat. smlm pi open house kat menara kl. alahai.. makanan kat situ pun ala kadar jek.. aku rasa kalau dorang bayar mahal utk open house tu, hanyalah utk TEMPAT. makanan sgt simple ok.. makan² kat opis ni lagi gah. isk isk isk.. dah la smlm ujan. kat tgh kl lg tu. jem.. banjir.. uhhhh... nasib baik tumpang boss. kalau drive sendiri.. mmg masakla..
hem.. nak menaip benda alah ni pun xde semangat.. tido dulu ah... zzzzzz....

Friday, October 10, 2008

Cameron Highlands

Tak larat da nak update pasal raya.. rasa majerin je..hehhehe.. on last saturday kitorang melarikan diri sekejap ke cameron. Kalau before this agak jauh, kena pusing punya pusing baru sampai (even 1 pahang tapi dr raub nak sampai ke cameron kena lalu 3 negeri baru sampai balik ke pahang) tp kali ni dah ada jln baru. jln ni blum siap sepenuhnya. i can say its 60% siap la. bila masuk tang yg x siap tu.. masya Allah.. agak menakutkan sebab di tgh hutan, tiada coverage handphone (tak ada barang secalit pun ok! tak kirala maxis ke celcom ke apa ke..), hanya ada sungai, pokok² dan sewaktu dengannya. tp ada la jugak bangla ngan indon yang keje buat jalan tu.

Pegi 2 kete.. pajero ngan wira yong. abah da standby tali takut wira tu sangkut, so bole la tarik. before g, ma dah masak nasik lemak. otw kitorang bentang tikar atas jalan raya dan berkelah. Atas jalan raya??? ha la! mana ada kereta lalu. i think after sejam lebih baru jumpa sorang org asli naik motor. punya kitorang excited sbb akhirnya jumpa gak org! mmula jalan yg sgt selesa tu ok la.

bila masuk je jalan tanah merah masing² da cuak. gila tinggi bukit. dah la lembap. sampai half way.. wira sangkut. sume kene turun abah tarik kete tu ngan kete dia.. perghhh adventure siottttt! ma sampai dok jerit² takut. hahahha..




alhamdulillah after 2 hours lebih da sampai ringlet. see... tak jauh kan. syok wo.. its only 150 km from raub. lebih kurang 2 jam la. leps ni abah kata, kalau nak pi cameron utk kentut pon bole. heheheh..cameron pack! cuti kot kan. sume sebok nak bercuti sana sampai jem... ujan.. sgt sejuk!!! kitorang x jalan sgt pun. ada anak² ni leceh skitla kan.

ha.. ada 1 part yg sgt sakit hati. kitorang mmg selalunya kalau pi cameron akan singgah rosa pasadena utk makan steamboat. kali ni pun sama. at first ok la.. x ramai org pun dlm tu. untill... ada 1 family yang dr mana tatau.. sgt bongok!! masuk dlm tu hu ha hu ha mcm kedai mamak! berckp among the family tapi bg 1 dunia dengar! kalau skit² aku peduli hape kan? tp kalau da sampai mengganggu org masalah jugak la! sbenarnya aku sgt geram and nak sound direct tp aku pikir melayu jugak kan. taula ko kenal manager kat situ perluke ko buat restaurant tu mcm pasar ko sendiri???? nak buat mcm tu.. balik makan kat dapo sendiri la beb!

helooooo... xde sivik langsung! si bapaknya ttiba baca sms sekuat hati.. and sms tu mention nama dia Dato Man.. oo.. dato rupanya. tp perangai macam org tak sekolah! pleaseeeee... Ni pengajaran, mana pun kita pegi, kita kena pandai bawak diri. jangan sampai org tak suka. tak kira la dengan org yang kita kenal ke tak ke kan.. tak ke cerita kita dibawak org sampai bila².. sikap melambangkan peribadi. seriously aku tak respect langsung org macam tu. siap anak ke menantu dia bersin sampai rasa nak bergegar hotel tu.. ya Allah.... tolong la.. org nak makan beb!

mmg aku sgt geram. kalau bukan dengan family mmg selamat dah dorang tu. tp oleh sbb dgn family.. so aku control. tp skit lagi mmg ada yang malu sendiri. mmg terbantut selera aku siot!!! skrg pun kalau teringat, mmg aku sgt hangin!!

ok.. cool down.. hehehe.. konon pi sana nak balik awal. tp last² 6.30 ptg gak gerak.. tp jalan balik ni better coz kita ikut trek yang lain.. alhamdulillah lebih selamat....

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template