Thursday, December 31, 2009

~ Happy New Year 2010 ~

Its another New Year!
hanya sejam lagi before tahun ni berubah nombor..
2009 terasa mcm sgt lama bagi aku
coz 2009 aku penat menangis
penat bersedih
penat melayan hati yg luka parah!

2009 aku tinggalkan dgn rela hati
tak mau ulang lagi..

I hope 2010 will promised me happiness.
no more tears, no more sadness
yeah.. aku sgt berdoa utk itu..

Ya Allah.. berkati usaha ku.

* Selamat Tahun baru 2010 semua.. Moga segala azam, segala impian jadi kenyataan.. Amin..

Wednesday, December 30, 2009

~ Sukanya aku! ~




Epit ada kat sini, abah anta td. konon nak cari alat sekolah.. so.. pusing2 giant bandar kinrara cari peralatan.. dia berkenan kasut. tp xde size.. actually bukan dia je berkenan. aku pun suka!! comel!!!
Kalau aku yg pakai kasut camni.. ok tak?? mua a a a a a! tak yah la, aku jwb sendiri BURUK BEBENOR! :)

~ Hari ini dalam sejarah ~


Harini dalam sejarah sbb kena saman.. aku gelakkan yong x sedar lesen mati. aku lg worse! lesen aku dah mati since october. bygkan... aku dah pegi merata2 dah. hahahhah! damn! ini lah akibat kalau org yg selalu tolong renew kan lesen ok! nyia a a a a a! polis tu pun sakit ati ngan aku yg degil ni. dia hope aku merayu... sorilah bang.. aku tak reti nak buat mcm tu n aku pun tak reti nak bg2 duit kopi.. aku rasa aku akan lg bersalah kalau bg ko duit kopi tu. haram ko makan.. so kalau nk saman, saman lah.. mmg aku salah kan?


mua a a a.. mencicit la aku pi post ofc kat amcorp tu nak renew. dah la kena saman 2 minit lg nak sampai ofc, hampehssss! xpe.. abah kata bwk balik saman tu.. nnt dia kawtim. LIKE! :)


tp lepas tu terubat la balik... aku dpt sejambak bunga!! ho yeah! biru lagi.. and sebijik lg beg long champ! kepada yg memberi.. thank u so much! aku dah lama x dpt bunga.. org yg dok janji nak bg bunga kat aku pun, x tunaikan sampai mati! (nasib la ko byk janji ngan aku!)


so... mmg sejarah la arini!! :P

Tuesday, December 29, 2009

~ YOU! ~

YOU!
puas hati dgn apa yg aku ckp semalam?
menyesal tak cari aku?
didnt i tell u that aku bukan aku yg ko kenal?
didnt i tell u that aku bukan lg org yg boleh ko ambik n buang sesuka hati???
sekarang ko fhm kan?

aku penat dgn semua ayat2 ko tu.
aku boleh hafal 1-1
sudah la.. aku dah tak mau dengar lagi...

again,
aku tak lagi mau tau tentang hidup dan mati kamu!!

Monday, December 28, 2009

~ I dont know ~

Harini terpikir...
am i ready to move on?
start something new?
malas... takut...
haih... kenapa kena pikir??
tak yah pikir lah!!!

Sunday, December 27, 2009

~ La la la ~


Gambar sebelum bertukar kepada jeans & t shirt.. sori lah.. ni kira berlakon je.. ha ha.. 1 je la kot gambar aku yg senonoh during the kenduri. the rest, sume x senonoh! =)

Saturday, December 26, 2009

~ Done! ~


Wahhhhhh sgt penat ok! tgp Alhamdulillah... kenduri berjalan lancar.. yg penting makanan cukup, tetamu dpt makan, happy.. sudehhhhh.. sesiapa yg tertonggeng, terpukang atau apa jua keadaan di sebalik kenduri tu, nasiblah kan..


i'm waiting for my "tumbang" time. gambar sume dlm camera mereka2 yg berkenaan, so x dpt la nk tunjuk.. apa yg interesting? aku pakai bj kurung hanya utk 2 jam shj. lepas tu tukaaaaa... susah aku nak bergerak haih! mls nak kira vogue ke apa ke. kalau dah jd tuan rumah, mmg melawa tu x perlu ok.. haha


erm.. lain mcm plak rasanya skrg. when people ask me about kawen, dulu boleh buat lawak2 lagi. tp skrg sume org tanya dengan penuh serius!!!! and its shocked when ma ngan abah pun dah start serius asking! wah wah wah.. ini bole mendtgkan tekanan... and aku nak pitam jap.. ha... pengsan2...
haih... nak buat mcm mana. aku phm apa semua org nk. tp bila masih blum diizinkan tuhan, aku redha.. tp x bermakna aku x buat apa2.. aku usaha.. dah usaha sedaya upaya.. ermmm.. mls nak ckp dah.. ni je lah utk arini.. lain mcm dah rasa..

~ Birthday wishes ~

Its, my birthday! Yeap. FB. . sgt penat sbb sgt bz dgn persiapan cukur jambul mikhail esok. sgt penatsssss! esok lepas majlis mmg aku terpukang! hehehehhe! kalau tak tau apa makna terpukang sila cr dlm kamus. 3 ekor kambing telah selamat di masak. tunggu utk org makan je esok. i wish esok aku masih larat bangun ok!

Well... aku dpt beratus besday wish kat FB.. thank u so much!!! senyum lebar aku bila tgk. semua mendoakan yg terbaik. insya Allah.. aku harap doa kalian tuhan makbulkan. terubat hati.. aku admit aku mengharapkan seseorang wish aku besday. tp... mmg xde lah. means mmg dia tak ingat lah. emmmm... xpelah. org x lg ingat kan aku la tuh..

aku x larat sgt ni.. esok2 la aku update gambo kambing... penatsssssssssssssss!

Friday, December 25, 2009

~ Happy 30th birthday to me ~

Alhamdulillah... walau pahit, walau sakit, walau perit pun hidup, aku masih diberi peluang bernafas di atas bumi tuhan ini for 30 yrs.. Aku mau terus tabah, aku mau terus cekal kerana setiap nafas ini disertakan dugaan yg harus aku bayar..

Tahun ni, tak lg seperti tahun yg sblm ini.. tak lagi seperti yg dulu2 nya.. hanya aku yg tau apa beza nya. its sad.. tp aku tau.. ada hikmah atas semua ni..pertama kalinya airmata jatuh on birthday. hanya aku yg tau kenapa air mata itu..

Ya tuhan, aku mohon kekuatan, aku mohon ketabahan. utk aku terus menghadapi segala dugaan mu selagi diizinkan oleh mu. Ya Allah.. aku mohon dikurniakan kebahagiaan, aku mohon dikurniakan rezeki yg murah..

Thursday, December 24, 2009

~ Kalau memang berakhir, akhirilah saja ~

Its 3.30 am.. i just had my bath..
br sampai raub..
hari yang panjang..
penat nan teramatsssssss...

i hope i can sleep kejap lagi..
tido lena mcm baby..
aku penat, penat sgt.
esok cuti.. lusa menyiapkan utk kenduri

owh ya.. cukur jambul mikhail in on saturday
tp buat kat rumah pokde kat taman bukit koman.
3 ekor kambing menanti hari nak dikorbankan.

2 hari sebelum my 3 series birthday..
emmmmm......
tahun ni xkan lg dpt msg HAPPY BIRTHDAY SAYANG dr sesiapa..
sbb i am not belong to anyone..
Ya tuhan, dlm kepenatan ni, aku mohon, peliharalah emosi ku ini..

** Kalau mmg berakhir, akhirilah saja...

Wednesday, December 23, 2009

~ Kepenatan nan teramats ~

Hectic day.. ke hulu kehilir.
Training, meeting.. tp sempat pi gym.
Takpe.. semua ni yg buat aku lupa pd hati yang merana..
And now, badan sgt penat.
Esok2 lah sambung cerita..
Harap2 boleh tido dengan lena..
ZZZZzzzzz...

Tuesday, December 22, 2009

~ Luahan perasaan ~

Hemmmm.. i dunno y.. tp terasa nak meluahkan sesuatu. aku tak tau la apa yg bakal aku taip sebenarnya. ikut apa kata otak yg asyik berfikir ntah apa2 + kepala yg sgt sakit. i wish i could sleep now sbb esok nak kna bgn pagi, training. tp ntah.. still la terkebil2.

People arround me keep telling me that my face look so stress. sampaikan si bobo (trainer yg berborak ngan lyn + kam) pun ckp muka aku nampak mcm tu. aiks.. jelas sgt ke? emmm.. aku tak tau apa yg aku stress sgt. tp aku kena admit, aku mmg x pandai nk berlakon. what ever shows at my face, itu la aku masa tu. cuma kalau aku sedih, aku boleh buat2 bahagia.. tp lately lakonan aku x berapa berjaya bab tu.

kerja skrg stressful... pk nak meet target, mana nk ccr lubang2 bisness, mana nak kejar ke hulu kehilir, mana nk kira sakit hati x dpt kerjasama lagi.. but so far rasanya aku boleh catch. kengkawan ramai yg boleh tolong. tp sakit hati + sakit kepala la jugak..

personal life? hemm... ni menambahkan stress kot. hati masih sakit. kkdg aku nangis jugak. biarpun x seteruk dulu. bila2 teringat kat dia, aku sedih... sedih sgt. tp bila pk balik, aku kena ingat, itu takdir aku. aku kena ingat yang dia bukan terbaik utk aku. aku kna bersyukur sbb dia dah x ada lg dlm idup aku. sedih, sedih la.. sedih sgt. sbb dgn dia perasaan tu lebih dr org2 lain sebelum ni. tu pasal aku lebih terluka..

kalau ckp pasal luka hati, mmg dah tak tau mcm mana nak describe. sgt luka ok. tapi bila pikir balik, aku hope ini la last hati aku sakit. ini la last org buat aku mcm ni. lepas ni mana tau, aku jumpa org yg mmg nak jaga aku kan. tp aku yakin aku akan jumpa. sbb selama ni aku dah rasa mcm2 dah.. so aku hope lepas ni aku boleh dpt bahagia yg aku nak. aku pun dah tgk mcm2.. aku hope aku tak terima nasib mcm org2 lain.. emmm..

skrg, aku cuba kurangkan mengeluh. aku tau aku x klua hu ha hu ha mcm dulu2.. aku blum ada keinginan mcm tu. aku tau aku byk bwk diri. ntah..kkdg aku rasa aku dah byk susahkan org. susah kan kawan2 bila aku mula2 frust. so skrg xpelah.. aku dok dendiam lah. kesian kat org nak dgr sume hal aku.

kdg2 aku terasa nak mencabar diri buat semua benda yg aku avoid sblm ni. aku terasa nak pi tgk movie kat cineleisure, aku terasa nak pegi jln2 kat bandar sri damansara tu, pusing sana sini, pegi sana sini, tempat2 yg mmg aku ignore selama ni. tp aku takut... aku takut hati aku sakit tgk semua tu.. aku tak nak rasa nyilu, pedih tu semua. tp bila pk, sampai bila? org tu bahagia kat sana. aku???

ntah.. sampai bila nak mcm ni.. hem.. beratnya kepala nk fikir.. makin sakit kepala... aku terkebil2 xleh nak tido tetiap mlm.. org tu tido je agaknya.. x susah2 nak pikir ttg sedih k apa k..
penat lah.. kan bagus kalau aku kat tempat dia?? aku nak duduk di kedudukan tu. yg sesuka hati melukakan!

arghhh.. aku dah start tensi.. kena berhenti.. nih luahan perasaan yg ntah apa2.. i hate all this feelllingggggggg!!!

Monday, December 21, 2009

~ Aduh.. sakit kepala aku ~

Last nite mengalami headache yg sgt hebats!! sampai menonggeng. menangis ok! annies siap tolong picit. dia kesian kat mummy yg dah menangis nih. ntah kol bape la aku terlelap. bgn still sakit. trus drive balik kl pi office. byk keje aku sebenarnya.. adeh.. sampai skrg kepala aku still sakit nih! aduh..

and now, still kat office. aiyooohhh.. pening2.. planner utk tour aku tak siap lagi nih. hemn.. penat otak memikirkan nak kehulu kehilir nih. urgh! org kata seronok dpt jenjalan. wah.. kalau perginya berjalan2 mkn angin mmg seronok. tapi kalau dah namanya pegi bekerja.. penat seh!! so arini mengelat gym. minggu ni dpt 2 kali je lah sbb aku amik cuti on wednesday.

Chatting wit someone... aku pernah mention mamat nih b4. tak pasti kat sini atau kat my friendster blog (teringat zaman kegemilangan memblogging dulu). ada apa dengan dia?? he wanted to come down to KL (frm singapore) utk holiday + berjumpa aku + celebrate my birthday! even its belated, tp of coz aku hargai. aku hargai apa yg org buat utk aku. cuma ada org2 yg tak pernah hargai apa pun yang aku pernah buat utk dia..

i known him for past 4-5 yrs. tp tak penah jumpa. walau kat ceruk dunia sekali pun dia, he will call me. chat kat ym tu mmg selalulah kan. so.. hopefully this time aku jumpa dia lah. =)

Sunday, December 20, 2009

~ Kek pisang kukus ~


The taste is GOOD! mmg sedap.. ni yang aku buat arini. so sesapa yang ada FB aku, resepi kat sana eh.. =)

* Kaler pucat skit sbb abah beli pisang montel! tak penah aku dgr org buat kek dgn pisang montel!

Saturday, December 19, 2009

~ Cejuknya! ~

2 ari kat raub ni, hujannn je..
So sejuk..
Feeling lebih skit bila ujan2 nih..

Hujan di luar, hujan di dalam..
Tak lah.. biarlah hujan kat luar je.
Kat dalam nih dah penat..
Dah tak mau hujan lagi..
Menunggu matahari bersinar je..
Insya Allah..

~ Apam ice-cream ~


Lately, utk mengisi masa lapang, dan mengelakkan dr berfikir yg susah2, yg membebankan perasaan, aku suka memasak! mcm2 la yg aku masak. tp x pernah pun nak buat entry. kat atas ni benda alah yg aku masak harini. namanya APAM ice-cream. bukan buat drpd ice cream tu.. tp campo ice cream soda. yummy! sedap! ikut rsepi internet. last week masak kek minyak. LIKE! 1 adunan bole dpt 30 cup. sekejap je dah habis semua.. esok2 leh buat lg. =)

~ True Fitness X-mas gift! ~

Ni la yang dpt bila amik Xmas gift True fittnes nih..

Back massage.. LIKE!
Ada 4 Yoga session.. LIKE!

Ha.. yg ni 4 session gak. kna pg tempat ni lah kot?



Yang ni rupa bentuk luaran.. dlmnya benda2 kat atas tu lah.



Friday, December 18, 2009

~ Cinta hati ~


Aku terdengar bunyi sumbang gitar tu dipetik. Suara adam nyanyi lagu cari jodoh wali band penuh pelats! bila aku pusing belakang, adam tgh petik gitar tu dgn penuh bergaya sambil joget2 and nyanyi! adoila.... mmg la adam ni. mummy rasa nak lempang je. comel sgt! muahsssss!

~ Stupid, stupid?? ~

I need some air to breathhhhhh!!!!! bila darah sudah naik kepala, aku mmg panassssssss la kan??? kisah hape pulak? kisah seseorang yg meroyan telah menyusahkan org lain.. susah la nak ckp. aku pun x rasa apa dia rasa. so apa aku boleh ckp dr tempat aku yg x rasa apa dia rasa tu, aku assume dia ni adalah seorang perempuan yg cepat melatah dan meroyan. so bila dia meroyan bukan shj telah menyusahkan kehidupan bf dia (tunang or wat eva), keluarga bf dia kerana perlu melayan dia yg sudah separa gila juga aku dan keluarga aku yg konon menjd punca. aiyoooohhhhhhh!!!

Ok.... tarik nafasssss... hembusssss... tarikkkkk... hembussssss... tarik lagi.. dan hembussss. aku ni dah la mmg tgh hangen sakit segala tempat blk dr gym. ttiba ada pulaaaakkkk yg cr psl kan. ckp sendiri xmau, nak org yg ckp.. adoiiii! ko mmg sakit otak! dgn org2 lain pun sume sakit otak jdnya ok!

Aku tak reti lah cemana nk explain. tp yg pastinya, drh aku mendidih la . well.. aku.. kalau x marah, bukan aku la kan.. i wanted to say something here. as usual, mengingatkan diri aku sendiri. for those yang rasa diri tu x mampu nak letgo masa lampau, jgnlah gatal2 nak cr org lain, pastu nak samakan org br tu dgn org lama, hoping tat org br tu boleh jd sama mcm org lama, pastu x mampu nak syg org br tu mcm mana syg org lama (alasan kah?) or hope akan ada org yg sejibik2 mcm org lama tu.

Jgn buat naya anak org. dah meroyan kan.. kesian la. kalau x nak jgn dipaksa2. soal hati ni bukan boleh direplace2... kena ikhlas. kita dok separuh hati kat org. separuh lg terbang melayang. org yg syg kat kita tu stengah mati syg kita beb.. isk! tak baik.... taknak buat cara tak nak. nak buat cr nak. kalau mmg xleh nak lupa yg lama, jgn gatal2 pi amik org lain utk buat replacement tanpa alasan.

btul, hati kita sakit, hati kita luka. kita nangis tetiap ari.. (aku la nih kan) tapi back to basic.... Allah tu lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita. Kita kena ingat apa yang kita nak sgt tu, apa yg kita rasa terbaik utk kita tu, blum tentu baik... biar kita sengsara sekrg jgn kemudian hari. sbb Allah tu tau, kalau kita masih dgn apa yg kita nak tu, kemudian hari kita akan sengsara, akan hancur. jd jgnlah pertikai kan kerja tuhan..

kenyataan ttp kenyataan. sesusah mana pun, sepahit mana pun, redha la.. (mcm aku redha je kan? tp alhamdulillah.. aku blajar utk redha dan aku rasa aku mmg dah redha 100%) yg penting, jgn persoalkan kerja tuhan! kita ni hamba. x sebyk mana pun yg kita tau tentang sesuatu kejadian tu! paham?? Allah tak akan menduga kita lebih dr apa yg kita mampu! ingat tu selalu ok!

yg dok asik meroyan ni pun, pk dulu dgn akal yg waras. jgn asyik taunya nak maki org. kalau dah mmg msg SENT ITEM, bukan la org yg menganto. tp dia la yg menganto kat org! akai ada ka??? jgn nak main maki sesuka hati. paham, dia tu kamu yang punya. jaga la leklok. ko dok serkap jarang, dok desak dia, kalau aku pun aku cabut beb. silap2 benda yg aku x buat pun, aku buat je lepas tu. kami ni x hadap pun yg ko punya tu. mcm mana org nak tahan ngan ko kalau ko meroyan memanjang???

bukan salah org kalau dah mmg yang kau punya tu begitu... muhasabah diri la dulu. otak ada jgn letak kat tapak kaki.. sila letak di dalam kepala utk di guna.. LIKE!!! wah.. aku xleh taip lg panjang. aku pun kena muhasabah diri jgn asik nak cepat melenting je. pantang kena cuit sikit!!!

adeh, sakit btul kaki aku ni. al maklumla 400 kalori yg berjaya dibakar arini... LIKE lg! mua a a a a

* Terima kasih kepada kamu2 semua yg pernah sakitkan aku. kalau tak sebab korang aku tak berdiri seteguh harini. kamu semua buat aku jd lebih tabah. kalau tak sebab kamu juga, aku tak belajar, aku tak sedar mana silap aku. soooo aku LIKE jugak lah!

Thursday, December 17, 2009

~ Apa ke susah sgtnya!!!! ~

Another SUSAH NAK TIDO NIGHT!
bengong..
dah penat2 mcm ni pun susah nak tido lagi ka?
susu segelas dah aku minum td..
takkan nak 2-3 gelas kot???'

*sigh!

Wednesday, December 16, 2009

~ True Fitness ~

Semalaman susah nak tido! tatau lah kol bape aku terlelap tu! bangun pi ofc. ptg ada meeting. lepas meeting blurrrrr.. aku ada byk sgt benda nak kena buat. january, start la misi jelajah 1 malaysia aku ni. uwaaaaa.. help!! kalau tak, mmg HELL la aku kan.. mua a a a a a...

I starts my first gym session today. Kam ngan lyn mmg excited la nak membelasah aku cukup2 kan. ok la.. syiokkk! alah, ada pass kan, guna sajorkkk! habis sbulan ni, berenti la aku. nyeh nyeh nyeh! tempat yg sgt sesuai utk aku sekarang. i like!!! boleh bersenam, boleh makin menguruskan badan, dan boleh mencuci mata!!!! mua a a a a a! dah sempat dah jeling menjeling n berkenalan tadi! i'm loving it!

erk? nak excercise ke nak cr jodoh ni?? haha! but who knows.. ntah2 dah di tulis kat luh mahfuz jodoh aku kat true fitness tu kan?? kuang kuang kuang! bongok rina ni tau! well, seriously. ada kawan kan, so mmg semangat la nak buat itu ini. stamina aku not bad. badan pun x rasa sakit sgt. so no worries..

bila dah penat camni, balik umah, tido. lalalalala... sukeeeee... takde la aku menghabiskan masa dgn berfikir, menyusahkan hati sendiri, anti social kan.. well.. nntkan saje progress nya yah! =)

dlm pass tu ada mcm2.. total semua sekali is 399.. which aku x bayo byk tu pun. dpt 4 kali yoga session, back massage.. LIKE! nnt aku upload la gambo. cable tak jumpa. =)



* aku teringat ada org suh sgt aku pi gym sbb nak sgt tgk aku kurus kan. well.... aku buat ni utk diri aku! aku akan buktikan sesuatu!

I dont want to fall asleep!

Its almots 3 AM! Aku tatau lah aku ni takleh tido or aku tak nak tido! lately, aku selalu mimpi dia. which aku sgt TAK SUKE!!! kenapa tak suka? sebab dlm mimpi aku, semuanya indah2 belaka. which mmg aku takkan dpt kat dunia luar ni sampai bila2.

Y la? kenapa perlu mimpi dia n indah2 belaka tu? buat sedih hati aku je bila bgn esok pg. sampai aku jd takut nak tido. aku tamau mimpi dia... aku tak sukaaaaa! its hurt me so much!! and i hate!!!! aku tertekan nih! ARGHHHHHH!!!!! BODOH!!!

Puas hati ko kan????!!!!

Wah...

Psyllium husks telah berjaya masuk ke dlm perut ku ini..
Kita nanti kan hasilnya..
Kam dok msg bgtau dia asik pi toilet..
Ye.. baguih.. ia telah mula men DETOX!

LIKE!

Tuesday, December 15, 2009

Psyllium Husks!


Erk?? Menatang apa kah ini?? Kalau aku tatau apa benda ni, aku assume dia mcm hampas kelapa je. hehehhe.. ni lah dia PHSYLLIUM HUSK. termasuk dlm species fiber. Kam n Lyn telah berjaya membuatkan aku terjebak dengan benda alah ni. Dorang ckp reduce weight sekilo dlm seminggu. oi mak aih.. sebulan 4 kilo. aku ada 8 kilo je lagi nak buang. means i can be sooooo kurus in 2 month ka??? hahaha! Chaiyok! tp mmula kam x bg aku amik menda alah ni. dia kata aku dah kurus. erk?? kurus celah mana nya.. aku nak kuruihhhhhh btul. haha..

Cemana boleh dpt benda ni? td pi lunch ngan Lyn, Kam & Dyla.. lyn ngan kam sibuk la sebut nak g bli benda ni lepas makan. aku ckp jgn beli benda mengarut2 kalau nak kurus pun. dorang dah gelak. depa kata. dak aih... organic lg! owh.. ok.. so i follow them to jaya grocer mutiara tropicana tu. jauh benor pi mencarinya kan. jaya kat pj tu takdak kah? lyn kata, takut la takdak..

so we've found it. sepeket yg kecik is 15 ringgit. yg beso skit 30 ++ kot. aku pun tanya la lyn, dah lama u minum ni lyn? (the reason y aku tanya, ada lah kerana dia bercerita penuh gaya about people loosing weight dgn amik benda ni) Lyn jwb : aku baru je minum sekali... smlm! erk?? hahahahha... gaya dia cerita kan, mcm dah ilang berkilo2 dah.

sabo je lah kakak aku nih. so.. aku ngan kam beli lah menda ni.. cara minum dia? 2-6 TEASPOON p/day. TEASPOON ye! bukan TABLE SPOON. (nnt jd mcm ofcmate aku. ubat batok tu kena minum 2 teaspoon, tp dia amik 2 tablespoon. terus knockout!) bancuh dengan jus or air kosong. tp before that, minum segelas air kosong dulu. so that lg senang fiber tu nak serap semua yg patut kt dlm perut kita nih. frm the internet (tq lagi to google) kalau bancuh ngan air kosong, sgt lah susah utk ditelan. rasa dia x best kot nah?


So, arini will be my first time lah. tunggu after 2 week ah.. kita tgk apa yg akan terjadiiiii.. LIKE!

* aku dah rasa happy nak blogging balik ni. tp aku tatau la utk bape lama... owh.. KAM nak amik kan pass kat gym dia tu utk aku. so aku boleh bergym utk sebulan. la la la.. !

Monday, December 14, 2009

Bila bukan rezeki...

Not in the mood..
kdg2 kita ingat masalah kita dah selesai..
tapi still, bila bukan rezeki kita, bukan la.
ingat tak konon aku nak sewa umah nani?
and i wasssss sooo damn happy waiting to move in?

em... rumah tuh husband dia punya
so he has been approached by agent
600 p/mth termasuk 2 bulan sewa + utilities..
emmm.. tak mampu lah aku.

takpelah.. x salah kan nani jugak..
rumah husband dia kan.. so xpelah.
feeling like crying now...
i'm so down..

haih.. xpe lah....
bukan rezeki aku.
so.. kna cr la rumah lain..

* Takper rina.. dugaan lg ni.. sabar lah..

Kpd encik santa claus



Erk?? Lg 2 minggu je??

Nak tulis surat kat santa claus la..


Encik Santa Claus,

Boleh tolong hantar seorang kekasih yang baik hati & encem on my birthday tak?

Saya tak nak kekasih yang tau gunakan saya bila dia susah aje.

Bila dia senang, dia tinggalkan saya sesuka hati.

Nanti saya gantung GUNI MERAH yang beso di depan pagar ye.

Thank U! mua a a a a!

Saturday, December 12, 2009

A.K.U


A.K.U
~ The absence of him is everywhere I look. It is like a big hole has been punched through my chest ~

New Moon...


Yea... finally i watched twilight new moon.. tak lah. aku x mencabar diri aku ke cinema utk tgk cerita ni. coz i know i cant do it. but i've watched it @ home. brother sebelah bg copy. well i guess luckly i watch it @ home with ayu, diera. kalau tgk kat cinema, i'lll be crying like hell. bukan sbb cerita tu sedih sgt (but i admit that some part telah meletupkan hati aku. =)
when edward cullen tinggalkan bella, i do understand the feeling. when she's crying like hell @ nite, i know how hurt it is coz i did it too. when she saw "him" everywhere, i know y.. sebab teringat sgt.. and when she said " The absence of him is everywhere I look. It is like a big hole has been punched through my chest " i can feel the pain coz ive gone through it since berbulan2 yang lepas!
hemm... i tought that i wont be able to watch it. but i did.. dulu masa tgk twilight yang first, mmg da siap plan utk tgk the 2nd one sama2.. tp nampaknya, tak diizinkan tuhan.. (its still me who counting all the janji2 manis yang tak pernah tertunai! FUCK!!)
emmmm... movie yang melebamkan hati!

Thursday, December 10, 2009

Balik dah..

I'm back to KL..
Alhamdulillah i'm safely arrived..
Penat sgt, ngantuk.. nak tido..
Next trip will be next week..
Hermmmmmmm....

* ALLAH tu lebih mengetahui apa yang terbaik utk kita. diturunkannya dugaan yg perit, terasa menyakitkan.. tp hasil dr dugaan tu, kita akan jd lebih kuat and lebih bersedia.. Aku blaja utk serik, aku blaja utk lebih kuat. Aku blaja segala2nya..

Wednesday, December 9, 2009

Grand Paragon..

Here i am in Grand Paragon JB..
I hate my feeling staying in JB
Knowing someone yang sgt dekat dgn aku
tapi tak nak buat apa2..

The decision has been made.. and i will stick to it.

* YOU! u've made my life so hard! I hate u!!!!!

Tuesday, December 8, 2009

Badly!!!

What eva YOU get when u hurt me..
I hope its worth it
Coz YOU've ruined my life badly!!!!!!

It will break my heart into a million pieces!!!

Another JB trip..
Hermmm... God, please give me some strenght to survive!

It will break my heart into a million pieces!

Sunday, December 6, 2009

No longer...

I am no longer me that YOU know before..
I can be so cruel with my words, with my behaviour!
So, back off!

Saturday, December 5, 2009

Its december..

It's december again.. diam2 dah hujung tahun dah. 2009??? not a good year for my luv story.. another broken heart. berkali2.. how pathetic. how i wish to have a god relationship with someone. kekal sampai bila2.. herm.. blum rezeki nampaknya..

tapi xpe.. ada sebab kenapa semua tu blum terjadi.. Allah itu lebih tahu apa yang terbaik utk aku. Allah takkan menduga kita lebih dr yang kita mampu. i told someone yang jatuh berkali2 buat aku rasa tak mampu dah nak bangun. but that someone said : tapi ko bangun jugak kan? kalau tak, xla mcm ni harini...

yeah.. alhamdulillah.. biar byk kali pun mamat ni sakitkan aku, menyusahkan aku... setiap kali tu jugak aku still mampu bgn balik biar pun pernah sekali jatuh terduduk. sebab aku kuatlah tuhan duga aku mcm ni. takpe.. semua tu bg aku pengajaran.. aku masih belajar ttg hidup.

Keje baru.. alhamdulillah.. hopefully kekal sampai satu tahap aku mampu buat bisnes sendiri.. Insya Allah.. family getting better.. and aku tgh usaha selesai kan semua 1-1..

ermmmm... its new me.. im happy with my way now.. ish for coming soon birthday??? Adala... :)

Friday, December 4, 2009

Tinggalkan aku..

Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin kau ada
kembali lagi ke dalam cerita hidupku ini
ku bahagia tanpa dirimu
biar begini adanya karna
tanpamu ku temukan sinarnya..
usah lagi kau guris hatiku
ku tak mau lagi
merasakan hadirmu dlm duniaku
pergilah dr hidupku..
** Part of the song je ni..

Thursday, December 3, 2009

Salahkah aku terlalu mencintaimu...

Kutatap dua bola matamu.
Tersirat apa yang kan terjadi.
Kau ingin pergi dariku.
Meninggalkan semua kenangan.
Menutup lembaran cerita.
Oh sayangku...Aku tak mau...
Ku tau semua akan berakhir.
Tapi ku tak rela lepaskanmu.
Kau tanya mengapa aku tak ingin pergi darimu.
Dan mulutku diam membisu...

Salahkah bila diriku terlalu mencintaimu.
Jangan tanyakan mengapa
Karena aku tak tau.
Aku pun tak ingin bilakau pergi tinggalkan aku.
Masihkah ada hasratmu tuk mencintaiku lagi.
Apakah yang harus aku lakukan.
tuk menarik perhatianmu lagi...
Walaupun harus
Mengiba agar kau tetap disini.
Lihat aku duhai sayangku...


** I really like this song. Aku tatau pun lagu ni dulu... tp since g karok ngan feeza, dia suka nyanyi lagu ni. best... its meaningful for me. but it is not my hope now.. dulu mungkin..

dah download lagu ni. byk2 kali dengar rasa sedih sgt la pulak. things that i noticed lately, biar pun aku dah byk ari x nangis, ada masa2nya bila aku tarik nafas masih ada sendu yang berbaki... which bila aku terasa sendu tu, aku akan sgt teringat pd makhluk Allah tu. * sigh!

lately susah sgt nak tido... hemmm... tensi tak cukup tido.. :(

Wednesday, December 2, 2009

Advanced birthday present!





Arini dpt advanced birthday present dr Kam! TQ!! tp sedih sebenarnya.. ada org janji nak bg bear, nak bg bunga for my birthday.. yeah.. as expected, janji tinggal janji forever...



I am @ ...

Penatnya harini.. penat badan penat otak.. arini ada meeting @ tropicana. penat aku mengharung jem pg2.. pastu meeting pun mcm2 rasa ada. sakit ati ada, puas ati ada... urghhhh! im so stressful!! dah la lepas ni kena pusing 1 malaysia.. uwaaaaa!! travel is fun, tapi penat beb.. dgn advance dr finance yg mcm haraaaammm tu, susah la.. hemmmm... aiyoooh! huru hara lg la muka aku lepas nih!

lately aku xde selera nak makan. last few days bought some baju utk p kerja. lama x bli bj keje kan. mmula si dila ngan kamm dok suh try.. tp aku tgk xde size aku. aku x nak ah.. sbb aku tau la kecomelan aku ni kan. aku pakai saiz 44 - 46 je beb. kalau kat situ size paling besar pun 40 mana nak muat. tp dila paksa gak try. aku pun sarung jugak lah kan (tanpa masuk ke fitting roon ok!) surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!! i am @ size 40 now!! biar betik!! mmg la org dok bebel aku dah kurus, tp x kan la sampai pakai size 40 kot! mmg menipu btul lah size baju tu kan!

i try another one. btul la..size 40 aje.. me likey!!! tp tuhla.. kalau kurus sihat, xpe lah.. nih kurus merana.. hemmmm... beli skirt yg cun.. size 31! its impressive!!! :)

Wahai mata...

Tidurlah wahai mata...
Aku dah penat berjaga!

Tuesday, December 1, 2009

Aku...


I have stop crying after the "incident". tak yah la pikir incident apa. and time goes by. tak ada 1 pun perancangan yg menjadi.. so, mmg xdelah nampaknya. nak buat cemana kan..


stop crying doesnt mean aku tak ingat, tak bermakna aku tak sedih. cuma mata penat menangis. takpun airmata dah kering. berbulan2 dah aku menangis.... penat dah. dia ttp buat x tau.. ttp dgn bodoh sombong tu.


** Mls nak sambung entry ni... otak aku kosong! nampak tak mata aku yg bengkak tu??? aku menyampah!

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
 
Dear Diary Blogger Template